Kisah tular seorang pelajar sekolah yang dikenali sebagai Ain Husniza nampaknya masih berlarutan. Kali ini, guru yang didakwa membuat ‘lawak rogol’ ketika sesi pembelajaran telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas muridnya serta bapa murid, Saiful Nizam.
— Saiful Nizam #MakeSchoolASaferPlace (@saifulnizam769) November 30, 2021
Guru yang dikenali sebagai Khairul Nizam Sanuddin pada hari Jumaat lalu telah menuntut agar Ain dan bapanya membuat permohonan maaf di laman sosial milik mereka dan membuat permohonan ganti rugi am termasuk kesan kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah.
Ini merupakan kali pertama identiti guru tersebut telah didedahkan kepada khalayak umum. Sepanjang proses siasatan sebelum ini, ia terus disembunyikan atas dasar hormat terhadap individu terbabit.
Namun begitu, dua beranak ini tidak berdiam diri setelah mereka dilaporkan bakal memfailkan saman balas terhadap guru yang menyaman mereka susulan hantaran TikTok pelajar tingkatan lima itu mengenai dakwaan jenaka rogol.
Mereka turut merancang untuk turut membawa isu ini ke pengetahuan pihak Menteri Pendidikan, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor dan Pengetua Sekolah kerana kegagalan mana-mana pihak untuk melindungi Ain daripada insiden itu.
Ads
“Guru tersebut masih bekerja di bawah kerajaan, jadi sebarang (dakwaan) kesalahan yang dia lakukan, kerajaan bertanggungjawab atas dasar liabiliti vikarius.”
“Insiden (didakwa) berlaku ketika pengetua ada. Pengetua patut menyiasat dan mengendalikannya, itu adalah tugasnya,” jawab peguam mereka, SN Nair.
Kongsi Nair lain, pemfailan saman terhadap guru itu dan pihak lain turut diteruskan atas (dakwaan) sengaja mengakibatkan tekanan emosi (tort of intentionally inflicting emotional distress atau IIED) kepada murid. IIED di sini bermaksud satu bentuk pengabaian di mana tindakan defendan menyebabkan seseorang mengalami tekanan emosi.
Nampaknya seperti kes ini akan terus dibawa ke peringkat mahkamah dek kerana masih tiada tanda-tanda untuk perbincangan secara baik dapat dilaksanakan. Semoga isu ini dapat diselesaikan segera dan dijadikan pengajaran buat semua pelajar dan guru-guru di sekolah.
Ads
*
Terdahulu pada 24 April 2021, Ain memuat naik video di TikTok dan mendakwa seorang guru lelaki pendidikan jasmani & kesihatan telah membuat jenaka berkenaan rogol ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.
Ads
Setelah ia tular, Ain berkata dia telah menerima kritikan dan ancaman termasuklah ancaman rogol oleh seorang pelajar di kelasnya disebabkan tindakan lantangnya. Sejak itu, pihak guru dan pihak murid tersebut telah beberapa kali berbalas kertas saman.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah 48 hari berada di rumah, hari ini merupakan hari pertama jutaan rakyat Malaysia secara rasmi menjejakkan kaki keluar rumah untuk ke tempat kerja masing-masing.
Jalan raya akan kembali sesak, pejabat-pejabat mula riuh rendah dan restoran akan mula dipenuhi ketika berbuka puasa dan makan tengah hari kepada orang bukan Islam.
Sistem pengangkutan awam di bandar-bandar besar juga akan dipenuhi pengguna semula. KL Sentral di Kuala Lumpur yang lengang sejak sebulan lalu akan dibanjiri manusia.
Namun, bawa bersabar dan bertenang kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.
Menerusi perlaksanaan PKPB itu rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung sempena cuti perayaan Aidilifitri, maaf tidak dibenarkan,” jelasnya.
Kenyataan perjalanan rentas negeri ini menimbulkan kekeliruan buat masyarakat dan dan berfikir kalau rentas daerah boleh la kot.
Ini penjelasan dari Malaysia Government Call Centre (MyGCC) tentang perkara ini, apabila ada netizen yang mengajukan soalan berkaitan rentas daerah ini.
Menurut MyGCC, pergerakan rentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti kematian atau sakit.
Selain itu, jika merentas dearah bagi tujuan kerja. Korang perlu mempunyai bukti seperti surat arahan berkerja dari majikan atau ketua jabatan.
Tambahannya lagi, jika tujuan korang merentas dearah bagi tujuan balik kampung untuk berbuka puasa atau sambutan hari raya. Ia tidak dibenarkan.
Namun bagi kes-kes lain seperti terkandas dan sebagainya. Korang perlu merujuk kepada balai polis terdekat bagi mendapatkan maklumbalas selanjutnya. Untuk makluman, ia atas budi bicara polis juga.
So kesimpulannya, berkunjung ke rumah sesiapa pun tidak dibenarkan.
Tanpa kenyataan rasmi berhubung punca dan cara kematian, agensi Jepun, Production Ogi yang mewakil Hara bagaimanapun berharap agar semua orang menghormati privasi penyanyi itu.
"Ahli keluarga dan rakan Goo Hara sedang terkejut dan bersedih pada masa ini. Oleh itu, kami memohon kamu untuk tidak menulis sebarang spekulasi dan menyebarkan khabar angin," tulis mereka.
Kejadian ini berlaku lebih sebulan selepas tragedi kematian yang melanda bekas ahli kumpulan f(x), Choi Sulli.
Untuk pengetahuan, Sulli telah ditemui meninggal dunia pada 14 Oktober lalu selepas pengurus menjumpainya di rumah mendiang. Meskipun dia cepat menghubungi paramediks yang tiba dalam tempoh 19 minit saja, Sulli telahpun didapati meninggal dunia.
Peminat mengetahui akan hubungan rapat di antara Hara dan Sulli.
Ia jelas dapat dilihat pada mesej terakhir yang disampaikan oleh Hara semasa melakukan sesi Instagram Live semalam. Dia meminta maaf kepada Sulli kerana tidak dapat menghadiri upacara penghormatan kerana berada di Jepun pada waktu itu bagi tujuan promosi karier solonya.
Dalam keadaan menangis, Hara cuba untuk menahan sebak dan berkata, "Sulli, saya minta maaf tidak dapat pergi (ke pengebumian) kamu kerana saya berada di Jepun.
"Saya minta maaf kerana tak mempunyai cara selain menegur kamu dengan cara ini.
"Hiduplah dengan baik di atas sana dan lakukan apa jua yang ingin kamu lakukan dulu. Saya akan berusaha untuk hidup dan bekerja keras untuk kamu."
Goo Hara cried for the passing of her friend Sulli and now she's taken the same path.
Isu perebutan harta di kalangan ahli keluarga selepas seseorang itu meninggal dunia bukanlah situasi baru jika di Malaysia ini.
Tidak kira agama, bangsa dan latar belakang, ia sememangnya terjadi. Malah situasi ini juga selalu dipaparkan di dalam drama televisyen tempatan.
Menariknya di Korea Selatan, ia juga merupakan situasi yang familiar.
*
Hal ini terjadi selepas insiden kematian penyanyi K-Pop, Choi Sulli beberapa bulan lalu.
Isu perebutan harta bekas penyanyi kumpulan f(x) itu dilaporkan masih belum selesai oleh media di Korea Selatan.
Kata mereka, sebaik saja meninggal dunia, ibu bapa mendiang dikatakan telah bertelagah kerana isu harta peninggalan Sulli kira-kira RM18 juta.
Sama seperti di Malaysia, undang-undang di Korea Selatan juga menyatakan harta pusaka ahli keluarga yang meninggal dunia harus dibahagikan sesama ahli keluarga.
Ini termasuklah ibu bapa, pasangan, anak dan adik-beradik.
Dalam kes Sulli yang belum berkahwin dan tak meninggalkan sebarang wasiat, hartanya secara automatik akan diserahkan kepada ibu bapa, dua orang abangnya dan adik lelaki.
Namun, dalam diam bapa Sulli dilaporkan bersifat tamak kerana masih inginkan bahagian hartanya walaupun belum pernah menziarahi kubur Sulli lagi.
Ia setelah abang kedua Sulli iaitu Choi Dae Hee bersuara di media sosialnya kerana tak berpuas hati dengan sifat bapanya.
“Saya nak meratapi kematian Sulli dengan tenang. Tapi bagaimana seorang yang kami gelar sebagai ayah tergamak hanya memikirkan soal harta sedangkan dia tidak pernah menziarahi kubur adik saya sekali pun.”
Dae Hee turut memut naik imej screen shot di mana bapanya mendedahkan kepada rakannya bahawa dia sudah tak bertegut sapa dengan ibu Sulli selepas mereka bergaduh mengenai harta peninggalan Sulli.
Aduhh..
Malu apabila aib keluarga dibuka sebegini rupa setelah anak mereka meragut nyawanya sendiri.
Untuk pengetahuan, Dae Hee memutuskan untuk tak menerima apa-apa bahagian peninggalan harta Sulli.