Nama Aisar Khaled sering menjadi sebutan warganet kerana apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti mendapat perhatian ramai. Terbaru, personaliti media sosial itu telah menerima suntikan vaksin dan dia sempat merekodkan video sepanjang proses pemberian vaksin itu dijalankan.
Namun begitu, timbul pula isu apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan yang mengatakan “Perasan tak? Kalau influencer/artis boleh pula record masa ambil vaccine? Muka yang “tak famous” mcm kita ni tiber kena ikut MEDICAL PROCEDURE. TIDAK DIBENARKAN UNTUK RECORD.”
Remaja sempat menemu bual Aisar dan meminta komennya berkaitan dengan isu hangat ini.
“Isu tentang rekod video ini sebenarnya saya terlebih dahulu telah meminta keizinan daripada doktor yang bertugas ketika itu. Pada mulanya, memang dia tidak beri izin tapi selepas meyakinkan doktor itu, saya diberi kebenaran untuk merekodkan video dengan syarat hanya sekejap sahaja dan tidak menganggu kerja mereka,”
“Tidak timbul isu saya seorang influencer atau tidak kerana doktor tu pun tak kenal siapa saya. Niat saya untuk memuat naik video tersebut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pengambilan suntikan vaksin ini. Mungkin masih ada lagi yang belum mendaftar, dan saya juga ingin menegaskan betapa pentingnya untuk masyarakat kita menerima vaksin,” jawab Aisar.
Ads
Aisar juga turut menjelaskan bahawa semuanya terpulang kepada budi bicara kerana dia sendiri melihat ada sahaja individu lain yang turut sama merekodkan video semasa terima suntikan vaksin.
“Saya rasa masih ramai lagi individu lain yang merekodkan video ketika divaksin. Mungkin mereka juga telah mendapat keizinan doktor untuk melakukan perkara itu. Jadi, tidak timbul isu tidak adil atau sebaliknya kerana kami semua seperti orang lain yang meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum merekod video,” tambahnya lagi.
Ads
Remaja berusia 21 tahun ini juga dilihat ditegur oleh petugas kesihatan kerana memakai baju yang ketat semasa menerima suntikan vaksin baru-baru ini dan menerima kritikan daripada warganet kerana tidak mengikut saranan yang telah ditetapkan.
“Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf dan saya tidak berniat untuk memakai baju yang ketat. Saya rasa baju tu biasa sahaja dan mungkin sebab dulu saya kurus. Baru-baru ni saja baru saya buat badan sikit di gym, jadi sebab tu agak ketat sikit kot (gelak),”
“Lagi pun doktor tu tak marah pun. Dia sekadar bergurau sahaja dan tidak ganggu proses suntikan pun sebab semuanya mengambil masa hanya sekejap saja. Cuma, saya perlu buka baju sikit dan semuanya berjalan lancar seperti biasa. Tidak ambil masa yang lama pun,” jelasnya.
Ads
Tidak hanya itu, Aisar juga muncul dengan sebuah video prank menunjukkan dirinya pengsan pada malam selepas menerima suntikan vaksin. Ditanya tidak risau ke sama ada tindakannya itu memberi kesan kepada masyarakat seperti menakut-nakutkan, Aisar punya jawapannya sendiri.
“Kalau penonton menonton video itu dari awal, saya memang terang-terang dah beritahu bahawa itu adalah sebuah video prank hanya untuk melihat reaksi rakan serumah.
Saya tidak berniat untuk menakutkan masyarakat dan awal-awal lagi saya memang dah jelaskan bahawa itu hanya prank untuk rakan-rakan sahaja. Jadi, tidak timbul isu saya nak menakut-nakutkan masyarakat tentang vaksin ini,” tambahnya lagi.
Apa-apa pun, diharap agar masyarakat mendapat pencerahan tentang ‘isu hangat’ ini dan tidak menunding jari kepada individu lain. Semuanya bergantung kepada nasib dan rezeki masing-masing kerana ada yang diberi kebenaran untuk merekodkan video dan ada yang tidak dapat melakukan perkara sedemikian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hashtag #sepanjanghayyataira sedang trending ketika ini gara-gara gandingan pelakon baharu, Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali. Naskhah yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu menjadi perhatian ramai dek keserasian yang ditonjolkan.
Biarpun gandingan mereka hanya menggantikan pelakon asal yang menarik diri di saat-saat akhir, namun itu bukan menjadi halangan untuk memberikan yang terbaik.
Buktinya gandingan serasi menjadi tuah kepada drama tersebut, biarpun mereka masih setahun jagung dalam dunia lakonan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Aniq Suhair, si jejaka kacak yang mengisi kerusi lakonan sebagai Hayyat.
Di sini REMAJA senaraikan 10 fakta menarik mengenainya.
Nama penuh Aniq Suhair adalah Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh. Dia dilahirkan pada 21 Disember 2000 dan bakal menginjak usia 22 tahun.
Aniq merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.
Jejaka tinggi lampai ini memulakan langkah di dalam bidang seni apabila dia menyertai pertandingan Hero Remaja 2020 anjuran majalah Remaja dan disiarkan di saluran Astro Ria.
Berjaya menjadi antara 12 finalis akhir Hero Remaja 2020, kehadiran Aniq di sesi uji bakat adalah tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.
Aniq aktif dalam sukan Taekwondo dan pernah menjadi juara dalam pertandingan sukan tersebut. Bahkan, ketika sesi uji bakat Hero Remaja, Aniq telah mempersembahkan seni bela diri tersebut sebagai salah satu bakat yang dimilikinya.
Tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir Hero Remaja 2020, Aniq tersingkir pada peringkat episod ketujuh pertandingan.
Ketika episod tersebut, Aniq tersingkir bersama rakan seperjuangan iaitu pelakon dan penyampai radio Hotfm, Imran Aqil.
Biarpun tidak berjaya ke peringkat akhir pertandingan Hero Remaja 2020. Aniq walau bagaimanapun telah dinobat sebagai Hero Remaja Favorite 2020 berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diraih hasil undian para peminat.
Aniq mengakui dirinya seorang yang pemalu.
Walaupun masih muda, Aniq kini merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah francais restoran Subway yang terletak di Q Avenue, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem animasi, Missing Link bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 11 April ini.
Filem yang diterbitkan oleh Annapurna Pictures ini nyata tidak menghampakan kami kerana jalan ceritanya penuh pengisian, disamping menyelitkan aksi-aksi lucu si big foot.
Missing Link menceritakan tentang seorang peneroka haiwan yang menggembara semata-mata ingin membuktikan bahawa wujudnya haiwan rare yang mempunyai ketinggian setinggi 8 kaki dan berat 630 pound, tidak dipercayai kewujudannya oleh orang lain.
Oleh kerana itu, Sir Lionel Frost (Hugh Jackman) sanggup menunaikan hajat Mr. Link (nama haiwan yang diberikan olehnya) untuk berjumpa dengan kerabatnya yang dikatakan wujud di Himalaya dan sebagai timbal balik, haiwan rare tersebut akan menunaikan impian Sir Lionel untuk memberi sampel DNAnya sebagai bukti kewujudan.
Pengembaraan mereka ke Himalaya penuh dengan debaran kerana turut diikuti oleh si musuh yang tidak senang dengan penemuan haiwan rare tersebut oleh Sir Lionel Frost.
Karakter animasi terbaik
Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, Zoe Saldana, Zach Galifianakis, Timothy Olyphant, Emma Thompson, Stephen Fry, Matt Lucas, Amrita Acharia dan David Walliams.
Bayangkan, haiwan berbulu yang berketinggi 8 kaki tapi penuh dengan karakter humor dan langsung tidak menakutkan. Mr. Link seekor haiwan besar berbulu yang lucu, adorable serta pandai bercakap. Bukan itu saja, katanya dia juga pandai menulis.
Hebat bukan?
Kesemua karakter yang ada dalam Missing Link mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain watak utama Sir Lionel dan Mr. Link, Adelina Fortnight (Zoe Saldana) juga berjaya menjadi antara tarikan dalam menguatkan lagi jalan cerita. Wataknya sebagai seorang wanita yang tegas namun berjiwa penyayang dan turut membantu dalam pengembaraan Sir Lionel dan Mr. Link ke Himalaya.
Genre santai & menghiburkan
Tak perlu jalan cerita yang berat, Missing Link mampu untuk menghiburkan korang di pawagam. Karakter lucu animasi ini memberikan impak besar secara keseluruhannya.
Aksi komedi yang diselitkan membuatkan penonton tidak bosan dan mampu bertahan sehingga ke pengakhiran cerita. So, tak ada la korang rasa macam nak keluar panggung. Hiks!
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat babak-babak yang tidak logik di dalam file mini. Nah, dah nama cerita kartun kan, biasalah tu. Hehe!
Apa-apa pun, kami bagi empat bintang untuk Missing Link. Jangan lupa untuk serbu pawagam menyaksikan filem animasi menghiburkan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali Familymart membuat promosi, sudah pasti ramai yang excited dan tidak melepaskan peluang untuk turut sama ‘beratur’ di kedai serbaneka dari Jepun ni.
Satu lagi berita baik yang korang kena tahu, Familymart sekali lagi melakukan promosi ‘gila’ dengan menawarkan promosi ais krim perisa Strawberi secara percuma buat korang yang lahir pada bulan Januari atau januari baby!
Bukan itu sahaja, perisa strawberi ini juga ditawarkan dalam bentuk minuman dan juga aiskrim sundae.
Jadi macam mana nak dapatkan aiskrim percuma ni?
Muat turun aplikasi FamilyMart di smartphone anda dan pastikan daftar sebagai ahli.
Pergi ke bahagian “rewards”, dan pastikan anda pilih birthday voucher. Dah habis tu, anda boleh tebus di mana-mana kaunter FamilyMart.
Kalau tak lahir bulan Januari boleh tebus ke?
Jika anda bukan seorang January baby, jangan risau, anda masih boleh mendapatkan aiskrim dengan harga RM2.90 sahaja. Masih berbaloi jika dibandingkan dengan aiskrim jenama lain.
Ayuh, apa lagi guys. Jom serbu cawangan Familymartyang terdekat esok. Hm, tapi KLIA dan Genting Highland tak ada promotion ni k..
Selamat Mencuba…Hiks!
Sumber : Facebook Familymart Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!