Isu CCRIS & Blacklist Ke Luar Negara, PTPTN Beri Kelonggaran Pada Peminjam

Share

Berita baik buat semua peminjam PTPTN yang dah dikenakan CCRIS dan blacklist untuk keluar negara, pihak pengurusan PTPTN telah pun memberikan kemudahan kepada 45,866 orang pelajar dalam membersihkan rekod kredit mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata hal ini dapat membantu para pelajar yang mempunyai dua pinjaman PTPTN yang berasingan untuk pengajian diploma dan ijazah sebelum berkuat kuasa 6 April 2016.

Beliau berkata seramai 32,213 pelajar yang memohon pinjaman kedua mereka selepas 6 April 2016 sudah pun menikmati peraturan baru ini.

                                                                            Gambar hiasan

Dalam erti kata lain, pinjaman diploma akan digabungkan bersama pinjaman ijazah, jadi tiada lagi CCRIS dan ini bermakna tidak ada halangan lagi buat pelajar  ijazah yang sedang melanjutkan pelajaran untuk ke luar negara.

Menurut info laman Facebook Backpackmurah yang diambil daripada sumber twitter, semua peminjam diploma atau ijazah yang masih belajar akan diclearkan nama daripada CCRIS dan juga blacklist keluar negara bermula 15 Ogos 2017.

Namun begitu, pembayaran balik pinjaman diploma dan ijazah ini akan di sekalikan dan perlu dibayar semula selepas enam bulan tamat pengajian.

Jadi lepas ni dah tak ada la isu pelajar yang masih belajar perlu membuat bayaran pinjaman dan mendapat tunggakan yang tinggi.

Nak ke luar negara pun dah tak risau lagi kan? Tapi make sure lepas habis study jangan lupa bayar PTPTN ok? Barulah berkat ilmu tu nanti. Hehe

Sumber: NST & Facebook Backpackmurah

IKLAN