Alam persekolahan sudah pun bermula untuk sesi 2018. Seperti biasa, ada saja pelbagai cerita sama ada mengenai murid mahupun guru.
Paling seronok bila ada cikgu comel dan kacak yang mengajar. Ketika itu, mulalah gambar cikgu akan menjadi viral berserta dengan pujian yang sesekali lucu kedengarannya. Ada juga pandangan “nakal” dan usikan daripada ibu bapa yang sanggup kembali ke sekolah semula jika cikgu perempuannya terlalu cantik.
Tolak tepi isu cikgu comel dan kacak, isu perguruan kali ini turut mendapat perhatian dari Mohd Fadhly Othman yang telah menulis isu Cikgu Seksi, Murid Sengsara berdasarkan pandangan peribadi di fb miliknya hari ini. Merupakan seorang Speaker Modul Goodbye Pornography, Mohd Fadhly juga merupakan seorang guru, aktivis dan juga penulis.
Ustaz Fadhli bersama salah seorang bekas pelajarnya. pix dari fb Mohd Fadhli Othman
SEKSI, Murid SENGSARA : SATU PANDANGAN
Tahukah anda se awal anak berumur 7 tahun mereka sudah ada emosi. Tahukah anda rangsangan syahwat (seks) anak anak telah mula aktif se awal umur 7 tahun?.
Cuba fikirkan bagaimana salah laku seksual boleh berlaku di sekolah? Murid diraba, penggunaan perkataan lucah dan ada yang sudah terjebak dengan aktiviti seks oral.
Memang tidak dinafikan ini semua dek kerana tiada kengkangan sejak dari rumah.
Namun jangan lupa juga apa yang mereka lihat di sekolah. Ketahuilah anak anak murid kita terutama diperingkat rendah mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Apa yang mereka lihat mereka boleh ingat. Dan lebih bahaya jika mereka pernah mengalaminya sejak dari rumah.
Mengalami apa ? Kecelaruan seks.
Ads
Kecelaruan ini berlaku kerana pengaruh dalam keluarga. Saya pernah jumpa seorang pelajar tahun 6 bakal menduduki UPSR 2018. Apabila tanya apa yang anda faham tentang PORNOGRAPHY ? Jawapannya ialah seks!
Bila ditanya bagaimana tahu ? Jawapannya dari bacaan buku buku fixi dan tonton video lucah di telefon bimbit abang kandung.
Penulisan kali ini adalah untuk guru wanita terutamanya. Tahukah anda pakaian anda sebenarnya boleh mendorong ransangan seksual kepada anak anak murid? Terutama lelaki.
Ya. Pakaian guru perempuan yang mengikut liuk liuk tubuh badan, sendat, ketat dan padat sebenarnya memberi kesan kepada murid murid. Kesannya adalah pada pemikiran mereka.
Sebagai seorang guru, kita memang tak tahu apa emosi mereka. Tetapi sekiranya kita menjaga cara berpakaian kita mengikut etika pakaian guru itu lebih baik.
Ads
Saya tidak berhajat untuk menyalahkan guru wanita. Tetapi perlu nyatakan juga, kerana akhir akhir ini kelihatan guru guru wanita sungguh bergaya dan ‘daring’ pakaiannya.
Jangan anggap ‘ alah…budak kecik je mana ada perasaan ‘. Eh, cikgu ! Jangan sesekali nyatakan sebegitu. Andai ada di antara anak anak murid kita telah ada pengalaman menonton atau membaca bahan lucah, anda yang berpakaian seksi pada pandangan mereka sebenarnya telah menjentik emosi mereka.
Sepanjang saya menjalankan program GOODBYE PORNOGRAPHY terdapat guru guru adukan yang muridnya ada melancap dalam tandas, buat seks oral dan sebagainya.
Pendek kata, di luar sekolah mereka dah terjebak dengan perkara ini, janganlah dalam sekolah guru wanita pula jadi agen bahan ransangan mereka.
Perkara ini sangat subjektif tapi apa salah kita ambil cakna. Dan ingat bukan murid sahaja terganggu. Guru guru lelaki pun boleh kacau bilau. Jangan pula bila kata macam ini ada guru wanita persoalkan ” dah tu kenapa tengok kami ? “
Ads
Kesimpulannya, tutuplah aurat bukan balut urat. Ikutlah syariat bukan ikut adat.
U/p : saya yakin post ini akan dapat hentaman dari golongan guru wanita. Dah lama nak nyatakan baru malam ini dapat kekuatan.
MOHD FADHLI BIN OTHMAN FOUNDER & SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
LIHAT DI SINI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak semua kanak-kanak yang perlu bekerja sejak di bangku sekolah dan memahami erti pergorbanan demi mencari sesuap nasi.
Justeru apabila pelakon remaja yang kian meningkat naik, Qistina Raisah mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan alam persekolahan seperti kanak-kanak lain demi mengejar cita-cita sebagai seorang pelakon cilik, ramai netizen tampil mencemuh secara pra-matang tanpa benar-benar mengetahui kisah sebenar.
Kata pemilik nama penuh Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri ini, dia pernah cuba untuk ke sekolah sama seperti rakan sebayanya sewaktu di darjah satu; namun ia hanya bertahan selama 10 hari sahaja memandangkan perlu kerap ‘ponteng sekolah’ untuk memenuhi kehendak jadual penggambaran.
Qistina Raisah
“Saya belajar dari rumah sejak usia tujuh tahun. Jadi saya tidak merasai keseronokan bersama rakan sekolah.
“Saya memilih kaedah pembelajaran di rumah ini pun kerana pernah dibuang sekolah sebab kerap ponteng.
“Saya pernah bercadang masuk (semula ke) sekolah pada usia 12 tahun untuk mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi terpaksa melupakannya disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Pada masa yang sama, saya pernah dapat job berlakon di Itali.. tetapi cikgu ingat saya pergi bercuti. Jadi saya kena buang sekolah terus,” ujar gadis berusia 25 tahun ini sebelum menyambung, “Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja. Saya pun belajar bahasa Mandarin dan bermain gitar.”
Belajar Secara Fleksibel
Tidak menafikan soal pelajaran itu penting, namun Qistina percaya keseimbangan antara pelajaran dan pekerjaan yang telah dilakukan olehnya sejak usia tujuh tahun lebih berkesan untuknya.
“Saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jadi saya bersyukur. Sebab ada orang belajar tinggi pun sukar nak berjaya. Jadi saya redha apabila saya boleh bina kerjaya dalam bidang seni ini,” ulasnya.
Begitupun, sama seperti kebanyakan selebriti cilik lain, jiwa Qistina juga pernah terdetik rasa teringin untuk berkawan seperti pelajar lain di sekolah. Cuma apabila usia sudah menginjak remaja, Qistina melalui fasa di mana dia sudah boleh menghargai perhubungannya dengan ibu sendiri yang sudah dianggap sebagai rakan karibnya berbanding terkilan kerana kurang mempunyai rakan-rakan sebaya.
Terdahulu, REMAJA menemui Qistina sewaktu sidang media filem bergenre seram, Rahsia yang bakal menemui pawagam pada 10 Ogos 2023.
Selain Qistina, filem yang diinspirasikan daripada Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-7 dengan judul yang sama ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Ihsan Foto: Astro Shaw
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu-persatu filem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menemui penonton di pawagam pada bulan ini.
Jika pada minggu lalu, penonton Malaysia disajikan dengan filem 1917 yang memenangi anugerah Golden Globes, minggu ini filem The Garden of Evening Mists pula menyusul.
The Garden of Evening Mists secara ringkasnya menyampaikan kisah seorang wanita bernama Yun Hong (Serene Lim) yang ditangkap oleh tentera Jepun dan digunakan sebagai pemuas nafsu mereka.
Sebagai cara untuk melupakan seksaannya, Yun Hong akan berkongsi dengan kakaknya, Yun Ling (Sinje Lee) mengenai impiannya untuk membina sebuah taman Jepun selepas dirinya bebas.
Namun, hayat Yun Hong tidak panjang dan Yun Ling ingin merealisasikan impian itu. Namun, rasa kasih mula terjali di antara Yun Ling dan seorang tukang kebun Jepun bernama Nakamura Aritomo (Hiroshe Abe).
Corak lakonan setiap bintang dalam flem ini dilihat amat berkesan. Korang akan mudah percaya dengan rasa marah, terseksa, kesedihan dan harapan yang mereka paparkan.
Tak hairanlah apabila Sinje Lee telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Golden Horse untuk watak Yun Ling, baru-baru ini.
Kesimpulannya pada hemat penulis, The Garden of The Evening Mists merupakan satu naskah yang sudah lama tidak ditonton di pawagam. Dari sudut pandang sinematografinya, penonton akan terbuai pemandangan bumi Cameron Highlands.
Ia menambah nilai romantis pada jalan cerita cinta ini dan korang akan merasa familiar dengan pemandangan kebun teh dan Mossy Forrest yang biasa kita kunjungi. Tak salah kalau penulis katakan ramai yang akan berkunjung semula ke Cameron Highlands selepas ini.
The Garden of Evening Mists mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menontonnya okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam tadi.
Yazid, yang berduet dengan Ruhil Amani, menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih, sebuah lagu yang asalnya dipopularkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip.
Meskipun berusaha memberikan yang terbaik, persembahannya gagal menambat hati juri dan membuatnya berada di tempat terbawah.
Pada malam yang sama, penyanyi Sheila Abdul mencuri tumpuan apabila muncul sebagai juara konsert minggu kelima.
Persembahan bertenaga Sheila melayakkan dirinya meraih Anugerah Terpaling Adabi, sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,000. Liza Aziz pula menduduki tempat kedua, manakala Ning Baizura berada di posisi ketiga.
Selain itu, penyanyi lagu Mungkinkah itu turut dipilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian peminat.
GV11 minggu keenam, yang bakal berlangsung pada 29 Disember ini, dijangka menyajikan kelainan apabila barisan peserta diberikan tema Lagu Seram untuk cabaran seterusnya.
Sementara itu, Jihan Muse mengumumkan bahawa dia akan berehat daripada tugas mengacara kerana persiapan menyambut kelahiran anak ketiganya.
Tempatnya akan digantikan oleh Sherry Alhadad yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad sehingga ke pentas akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Izzahan Isman, bekas pelajar tahfiz tajaan MARA, menamatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Amerika Syarikat dengan CGPA 3.72 serta meraih pelbagai anugerah akademik dan kepimpinan.