Transformasi luar biasa isteri kepada pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma, menarik perhatian ramai apabila beliau berjaya menurunkan 35 kilogram selepas melahirkan anak sulung mereka, Noah.
Lebih mengagumkan, perubahan itu dicapai tanpa sebarang jalan pintas atau penggunaan produk pelangsingan yang meragukan, sebaliknya melalui disiplin, usaha konsisten dan kesabaran selama hampir tiga tahun.
Bukti Kejayaan Memerlukan Masa
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Aizatul berkongsi foto transformasi dirinya selepas bersalin. Menurut beliau, proses menurunkan berat badan bukan sesuatu yang mudah, namun setiap usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan.
“Saya hilang 35 kilogram dalam dua tahun setengah dan mengambil hampir tiga tahun untuk tegangkan semula kulit yang kendur dan ‘mommy pouch’ selepas bersalin,” jelas Aizatul.
Bagi Aizatul, tiada istilah jalan pintas dalam mencapai tubuh ideal, sebaliknya beliau percaya setiap perubahan memerlukan masa, disiplin dan kepercayaan kepada proses.
Ads
Tubuh Langsing Seperti Supermodel
Penampilan terbaharu Aizatul yang kelihatan langsing dan sihat nyata mengundang pujian ramai. Malah, rata-rata warganet menyamakan bentuk badannya kini seperti seorang supermodel.
Stop chasing shortcuts for results that are meant to last a lifetime. I believe real changes takes time and i’m proud of every step🥹 I lost 35kg in 2 and a half years, took 3 years to tighten up saggy skin and the mommy pouch? Still here 😂
Tidak kurang juga dalam kalangan wanita yang tampil bertanya petua dan rahsia Aizatul kekal konsisten mendapatkan semula bentuk badan asal, lebih-lebih lagi selepas melalui pengalaman kehamilan dan kelahiran.
Kesimpulannya, tubuh ideal bukan dicapai dalam sekelip mata. Setiap langkah kecil ke arah gaya hidup sihat akan memberi impak besar, bukan sahaja kepada penampilan tetapi juga kepada kesihatan mental dan fizikal.
Ads
Aizatul Aqma, anda adalah bukti bahawa dengan kesungguhan, tiada apa yang mustahil!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedih, tapi itulah…tak ada peluang nak menonton Westlife di hadapan mata.
Menurut kenyataan rasmi pihak penganjur iaitu MacpiePro Sdn Bhd, KESEMUA tiket bagi konsert ‘Westlife The Twenty Tour 2019 LIVE In Kuala Lumpur’ sememangnya telah habis dijual dalam tempoh 32 jam saja.
Bermakna spekulasi awal para peminat dan REMAJA sendiri pada hari Ahad lalu terbukti benar. Kami semua tidak dapat membeli tiket secara online selepas jam 11 pagi namun tidak pasti sama ada server laman web tersebut terlalu ‘berat’ dengan pengunjung ataupun tiket telah habis terjual.
“Tiket pre-sale telah habis dijual di Atria Shopping Gallery pada 13 April (Sabtu). Sepanjang tempoh 9 jam, peminat telah bermalam, beratur dan menerima goodies daripada penaja makanan dan minuman kami.
“Pada keesokan harinya, tiket mula dijual di laman web macpiepro.com dan di aplikasi MMspot. Sekitar jam 11 pagi (15 April), kesemua 14,700 tiket habis terjual untuk konsert ini.”
Hhm, nampaknya harapan dak-dak 90’s untuk melihat Westlife hancurlah..
Kami pun memahami situasi peminat kumpulan tersebut yang datang daripada generasi berlainan. Bukan saja Gen X dan Gen Y yang meminati mereka, remaja muda seperti korang pun masih mendengar lagu nyanyian Westlife.
Mungkin ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak penganjur sekiranya penyanyi sepopular Westlife datang ke Malaysia selepas ini.
Tentukan Hari Berbeza Jualan Tiket
Daripada jumlah tiket 14,000 itu, mungkin ia boleh dibahagikan kepada beberapa slot/hari berbeza. Sehari untuk 3,000 jualan tiket sebagai contoh. Dengan cara itu, peluang untuk peminat SEBENAR yang bukannya berstatus reseller mendapatkan tiket lebih cerah.
Jualan Tiket Mengikut Kategori
Selain itu, penganjur juga boleh membuka jualan mengikut kategori berbeza pada hari berbeza. Sebagai contoh yang pernah dilakukan sebelum ini, penganjur menjual dahulu tiket berharga paling rendah, kemudian yang sederhana dan akhirnya zon VIP dan Rock.
Hadkan Pembelian Tiket
Bagi setiap pembeli, mereka boleh dihadkan untuk mendapat hanya 5 tiket, sebagai contoh. Sama seperti yang pernah dilakukan semasa perlawanan bola sepak Malaysia.
Venue Lebih Luas
Akhir sekali, kami masih berpendapat penganjur wajar memikirkan faktor venue yang lebih luas seperti Stadium Nasional Bukit Jalil atau Axiata Arena, seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran tempoh hari. Kan senang, semua orang pun selesa untuk menonton.
Jadi, korang dapat tiket Westlife ke tak?
Bagi yang gagal, korang boleh usha beberapa bandar lain di sekitar ASEAN seperti Singapura, Jakarta, Jawa Tengah, Quezon City Filipina dan Bangkok.
Masih belum terlambat untuk strim di Astro One dan sooka, dan menyaksikan semula malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung Ahad lalu dengan persembahan pentas yang cukup hebat.
Diterajui oleh Sean Lee dan Amelia Henderson sebagai hos, GMWA2025 tampil dengan tema ‘Re-Culture’ satu interpretasi kontemporari yang mengangkat seni dan warisan tradisi Malaysia melalui lensa fesyen, hiburan digital dan muzikal. Ia bukan sekadar tema, tetapi satu pernyataan estetik yang jelas dan berani.
Pendekatan ini sekali lagi mengukuhkan posisi Astro sebagai peneraju acara hiburan berskala besar, membawakan pengalaman “Home of Live Entertainment” yang bukan hanya ditonton, tetapi dirasai.
‘Re-Culture’ menerima pujian meluas di media sosial, terutamanya menerusi kempen promosinya yang rapi dan kemas membuktikan bahawa apabila strategi dan seni bertemu, hasilnya adalah momen yang benar-benar relevan dengan generasi kini.
Prop Dayang Nurfaizah Terima Pujian
Antara yang berjaya menuai pujian terutamanya oleh penonton di auditorium MBSA, Shah Alam serta di platform media sosial semalam adalah persembahan medley oleh Dayang Nurfaizah yang menutup malam anugerah berkenaan.
Bukan hanya lagu-lagu yang dibawakan daripada album Belagu itu bersifat sing-along sehinggakan orang ramai turut serta dalam joget lambak di sekitar tempat duduk masing-masing. Malahan, prop bunga bergerak dengan teknik pencahayaan LED berjaya menambat perhatian orang ramai sebagai latar kepada persembahan Dayang itu.
Selain Dayang, grup lelaki sensasi ALPHA turut ‘menghidupkan’ malam GMWA2025 menerusi persembahan lagu-lagu hit mereka termasuklah P. Ramlee Saloma dan Bujang. Rata-rata memuji paduan vokal dan pengawalan pentas oleh mereka bertujuh, terutama olahan vokal yang dilakukan oleh Izat Ibrahim sebagai pembuka pentas buat ALPHA.
Lain-lain persembahan yang turut memeriahkan GMWA2025 hadir daripada barisan artis terkenal seperti Marsha Milan Londoh,Aina Abdul, Hael Husaini, Nadeera dan ramai lagi.
Meerqeen & Thariq Ridzuwan Menang Besar!
Pelakon popular, Meerqeen dinobatkan sebagai penerima anugerah utama Gempak Most Wanted selepas meraih 2,373,539 undian atas talian serta 40.5% markah daripada barisan juri.
Bukan itu sahaja, Meerqeen turut membawa pulang trofi Selebriti Tergempak 2025 manakala drama lakonannya pada tahun lalu, Thariq Ridzuwan: His Treasure pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Drama Tergempak 2025.
Tiga kejayaan berturut-turut di malam GMWA2025 ini sekali gus mengukuhkan pengaruhnya dalam industri hiburan tempatan.
Dalam ucapan kemenangannya, Meerqeen meluahkan rasa syukur dan memberi bayangan tentang perancangan terbaharu buat para peminat.
“Terima kasih kepada Astro. Ini adalah permulaan buat saya pada tahun 2026. Saya akan datang dengan karya yang baharu buat anda (peminat).”
“Saya tahu saya tengah berisi sedikit sekarang tapi percayalah, ini sekejap sahaja. Saya tengah sediakan sesuatu buat kalian,” ucap pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.
Menariknya untuk edisi kali ini, proses pemilihan pemenang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada undian awam, sebaliknya turut melibatkan penilaian barisan juri profesional, menjadikan keputusan lebih seimbang dan kompetitif.
ALPHA Bolot Dua Trofi
Malam GMWA2025 juga menjadi milik ALPHA yang tidak pulang dengan tangan kosong apabila membolot dua anugerah penting.
‘Boy band’ yang dibarisi oleh Ariel Fesol, Izat Ibrahim, Daniel Sher, Rizal Rasid, Afiq Sky, Ray-D dan Araff ini memenangi kategori Video Muzik Tergempak menerusi lagu P. Ramlee Saloma serta kategori Lagu Era Tergempak menerusi lagu Mona Lisa.
Kategori Digital Creator Jadi Tumpuan
Kategori Digital Creator turut menjadi antara segmen paling dinanti-nantikan pada malam tersebut.
Antara pemenangnya termasuklah:
• Digital Creator (Lifestyle) – Wani Faizun
• Digital Creator (Entertainment) – Christy Ng
• Digital Creator (Foodie) – Jason
• Digital Creator (Motivation & Education) – Sir Badang
• Digital Creator (E-Sports) – Hakim Nanyan
• Digital Creator (Beauty & Fashion) – Nigel Sparks
Kategori Program Digital Tergempak pula dimenangi Sembang Seram kendalian Safwan Nazri. Manakala pelakon dan hos jelita, Amelia Henderson pula meraih kemenangan selaku Hos Program Tergempak.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada semua pemenang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa rahsia untuk memiliki wajah yang helok, Hero Remaja?
Pandai menjaga kulit, jaga pemakanan, minum air banyak-banyak dan sayangi ibu korang ketat-ketat!
Antara punca mereka ini boleh berjaya dalam kehidupan masing-masing adalah kerana restu yang diterima oleh finalis Pencarian Hero Remaja daripada ibu. Jom tengok sama ada mereka seiras atau tidak.
01
Fattah Amin
Sepanjang proses resepsi majlis perkahwinan Fattah bersama pelakon, Nur Fazura berlangsung, pasti ramai yang sedar dengan keberadaan ibunya, Azizah Binti Abdul Ghani yang menjadi tulang belakan karier Fattah, selama ini.
Sama seperti pelakon tersebut, ibunya juga manis sentiasa tersenyum!
“Bagi saya, ibu tersangat istimewa di hati saya. Segala hadiah dan penghargaan yang pernah saya berikan kepada ibu tidak akan mampu membalas pengorbanan ibu selama ini. Beliau tidak pernah rasa terbeban atau rasa susah untuk membesarkan kami lima adik-beradik.
Kata aunty Azizah pula, “Walaupun Fattah sudah terkenal, sikap dia tetap sama seperti yang saya dan ayahnya terapkan – selalu rendah diri dan tidak lupakan agama. Bab agama tu memang ayahnya tekankan, manakala saya lebih kepada bab akademik,” kata beliau kepada Majalah Keluarga yang memilih Fattah dan ibunya sebagai penghias cover, bulan ini.
02
Syafiq Kyle
Jika Fattah berjaya mendapat restu ibu untuk berkahwin, ibu kepada Syafiq Kyle iaitu Rohayu pula memberikan sepenuh kebebasan untuk Syafiq tentukan calon isterinya nanti. Haih, ramai sangat ke calon? Hehe.
“Aunty tak pernah letakkan sasaran bila. Kalau dia dah bersedia, teruskan saja dan saya tak memilih siapa yang akan menjadi bakal menantu saya nanti. Kalau kita memilih atau paksa nanti, (timbul) masalah pula kerana dia yang nak berkahwin, bukan kita kan,” kata aunty Rohaya.
Ibu Syafiq juga berkata anak keduanya itu memang manja dan sukar untuk marah orang lain. “Walaupun kadangkala kurang bercakap, dia suka usik dan sakat adik bongsunya! Kalau dia ada masalah, dia lebih suka menyendiri je.
“Bila kita tanya, barulah dia akan cerita apa yang telah berlaku,” kata aunty lagi.
Syafiq pula menyifatkan ibunya sebagai insan terbaik yang selalu ada bersamanya, selalu menegur dan membimbing.
03
Nabil Aqil
Dari luaran, memang pelakon baru drama Mr Grey dan ibunya kelihatan seperti adik-beradik!
Wajah ibu Nabil Aqil iaitu Yasmi Abdul Hamid ini menurutnya adalah hasil semangatnya seperti orang muda. “I just don’t act like my age,” katanya kepada kami. Mempunyai darah kacukan Pakistan-Jawa, beliau berkata menjaga kesihatan itu penting, selain perlu senyum selalu dan sentiasa positif. Barulah muka nampak glowing.
Kali pertama bertemu dengan Yasmi di pentas akhir Hero Remaja 2017 Oktober lalu, penulis ada bertanya kepada beliau tentang minatnya untuk menari. Adakah sama je perangai anak-beranak ini memandangkan Nabil suka benar menari secara random.
“Saya suka keluarkan peluh bila menari. Bukan untuk seronok je tetapi juga sebagai cara untuk kekal fit. Nabil dan adiknya jugalah yang selalu jadi mangsa dance partner saya.”
04
Harris Annuar
Yass, Harris Annuar merupakan anak teruna kepada Puan Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.
Hubungan dua beranak ini memang tidak pernah buatkan penulis kering gusi. Sekiranya Harris memuat naik sesuatu yang menarik di Instagram-nya, pasti Kak Ton muncul di situ untuk memberikan komen di ruangan bawah.
Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd ini sama seperti Harris yang dilihat tidak boleh duduk diam, ada saja perkara atau aktiviti yang ingin dilakukannya.
“Ibu seperti yang ramai lihat mempunyai sense of humor, tetapi beliau juga tegas dengan saya. Saya kagum dengan semangat ibu yang tabah dan cekal dalam hidup.
“Kak Ton yang korang kenali di TV sama jugalah seperti Kak Ton di luar, Ibu tak pandai bermuka-muka dan sentiasa transparent je dengan orang di sekeliling. Ibu hanya akan berhenti bercapa selepas dia telah sampaikan segala info yang dia ingin beritahu. Hehe,” kongsi pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja 2017.
Dari mana datangnya mata sepet Hero Remaja 2017 ini? Tentulah dari mummy-nya!
Aunty Faridah Sheikh membesarkan Alif bersama empat lagi adik-beradik lain dengan berkorban sewaktu mereka kecil dan disebabkan itulah, dia mengagumi pengorbanan serta ketabahan beliau.
“Saya tak merasa malu dengan zaman kesusahan kami kerana dari situlah, kami belajar untuk menghargai. Dulu, saya turut ke depan untuk membantu menyenangkan ibu dengan mencari duit bagi menanggung adik-beradik di bawah saya yang masih bersekolah.
“Sekarang bila saya sudah dapat mencari rentak sedikit dalam dunia lakonan ini, insyaAllah saya akan teruskan untuk membantu mummy dan yang lain-lain,” kongsi pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini.
06
Ikmal Amry
Setiap kali pelakon, Ikmal Amry memuat naik gambar atau Insta Story-nya bersama ibu, pasti ada saja yang akan komen, “Kirim salam dekat mak mertua I, okay.”
Sepanjang pengenalan kami bersama Ikmal, dia selalu berterima kasih kepada ibunya atas apa yang berlaku kepada dirinya, selama ini. Sehinggakan sebelum berlangsungnya acara finale Pencarian Hero Remaja, Ikmal pulang dahulu ke Melaka untuk berjumpa dan meminta restu daripada ibunya.
Korang selalukan tanya macam mana nak dapat kulit cantik seperti Ikmal Amry, haa inilah rahsia. Minum air kosong banyak-banyak dan sayangi ibu korang yang cantik. Selagi berpeluang, manja-manjalah dengan ibu.
Happy Mother’s Day Semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.