Tidak pernah selesai selagi tiada penguatkuasaan tegas. Insiden pemandu memandu bawah pengaruh alkohol bagai tidak penyelesaian kerana semakin banyak berita mengenai pemandu mabuk melanggar individu lain di atas jalan raya dilaporkan.
Semalam, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur Perai di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.05 pagi itu, mangsa, Khairizul Mohamad Noor, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Isterinya, Zuriana Hasan, 35, yang turut mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal di lorong kiri sebelum kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun merempuh mereka dari belakang.
Ads
Menurutnya, akibat kejadian itu kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya, manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, manakala isterinya kini dilaporkan masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
"Pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi di sini.
Ads
Dalam pada itu, Nik Ros Azhan meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu agar tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis di mana-mana balai polis berdekatan.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di Unit Forensik HSJ berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Butterworth selepas keluar makan bersama dua lagi adik mereka malam tadi.
Menurutnya, Zuriana masih belum sedar dan dia juga tidak tahu suaminya telah meninggal dunia.
Ads
Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai lima anak yang masih kecil.
Jenazah Khairizul telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Hj Mohd Saad, di sini petang tadi.
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 9 Februari 2020 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Sumber : Sinar Harian/ Penang Kini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa ada pada nama? Ia satu ungkapan yang cukup popular memberikan gambaran, tak kisahlah siapa nama aku, kerana nama itu diberikan oleh mak ayah kita. Betul tak?
Tapi kalau nama pelik dan unik, memang akan jadi ingatan untuk semua oranglah. Hal ini telah mempopularkan seorang remaja berusia 14 tahun apabila ibu dan ayahnya sepakat memberinya nama TAHANAN PBB. Wow, unikkan!
Mudah nak ingat tetapi adakala membawa erti negetif kepada orang yang kali pertama mendengarnya. Apatah lagi PBB dikaitkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh 191 buah negara di seluruh dunia.
Sedikit sejarah tentang PBB ialah pertubuhan antarabangsa ini dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
Hah, habis bagaimana kalau menjadi nama TAHANAN PBB? Confirm orang akan ingat kerana terlalu unikkan.
Remaja ini namanya Tahanan PBB
“TAHANAN PBB” dilahirkan 31 Ogos 2003 yang lalu dan merupakan anak kepada pasangan Mohammad Yaqub dan Akilah. Kedua orang tuanya berasal dari Afghanistan serta merupakan pelarian pencari suaka akibat peperangan di negara mereka. Kedua-duanya kini menjadi penhuni rumah Perlindungan Imigresen (RUDENIM), Manado, Indonesia.
Semasa temubual bersama remaja ini, dia memaklumkan, ibu bapanya sebelum ini menjadi sebahagian penghuni tahanan imigresen Rudenim Sembawa tetapi pada 2010, dipindahkan ke Rudenim Manado.
“Jika nama saya TAHANAN PBB, adik saya pula bernama “TAHANAN PBB NOMBOR DUA”. Dia juga lahir, sama seperti saya di dalam sel penjara,” ujar TAHANAN PBB yang ditemui dalam seragam sekolah.
Peraturan negara seberang Indonesia, menurut Akta Kelahiran dan Ijazah SD Tahanan PBB.(Kompas.com/Ronny Adolof Buol), TAHANAN PBB merupakan sebahagian penghuni Rudenim Manado bersama 139 imigran lainnya yang bermasalah.
Kebanyakan dari mereka berasal dari Afghanistan. Selain itu ada yang berasal dari Sudan, Ethopia, Somalia, Pakistan, Syria dan Myanmar. Kebanyakan dari mereka adalah pencari suaka.
Mungkin kerana sejak lahir dibesarkan di sel penjara @ tahanan sel, “TAHANAN PBB” sudah sangat fasih berbahasa Indonesia dialek Manado dan kini bersekolah di SMP Negeri 2 Manado dan dalam tingkatan dua. Malah kakaknya juga mendapat pendidikan di SMAN 4 Manado.
Sijil kelahiran tertera namanya Tahanan PBB dan adiknya Tahanan PBB Nombor 2
Walau memegang akta kelahiran yang dikeluarkan oleh pemerintah Indonesia tetapi “TAHANAN PBB” tidak mahu mengaku dirinya orang Indonesia biar dirinya layak. Mungkin jiwanya dan darah negara Afghanistan masih tebal di dada remaja ini.
Bercita-cita menjadi seorang tentera, “TAHANAN PBB” berkata, dia tidak tahu bagaimana jika orang bertanya namanya kelak yang mungkin menjadi jenaka apabila dia dewasa nanti. Apa pun, “TAHANAN PBB” tetap bersemangat bersekolah kerana mahu menjadi anggota tentera. Sumber Kompas.Com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai yang memuji negara Jepun kerana ia adalah antara negara paling selamat di dunia. Statistik kes bunuh di Jepun pada 2017 adalah paling rendah dalam dunia, sekitar 0.2 kes bagi setiap 100,000 orang.
Namun begitu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat membimbangkan kerana dianggarkan lebih kurang 20,000 nyawa melayang setiap tahun akibat bunuh dirim atau lebih kurang 1,600 nyawa setiap bulan. Bunuh diri di landasan keretapi, terjun bangunan, gantung diri di Hutan Aokigahara adalah sesuatu yang “normal” di Jepun.
Budaya “culture of shame” amat menebal dalam jiwa rakyat Jepun. Apabila gagal, mereka berasa teramat malu dan sering menyalahkan diri sendiri. Lihat saja apabila Jepun kalah semasa Perang Dunia Kedua, mereka beramai-ramai membunuh diri kerana terlalu malu dengan kegagalan.
Bercakap tentang Hutan Aokigahara, ia merupakan tempat popular untuk orang membunuh diri, sehinggakan orang yang nak bunuh diri di negeri-negeri lain di Jepun pun sanggup datang ke sini untuk bunuh diri.
Kenapa agaknya?
Kredit foto: cdns.klimg.com
Jom kita ikuti kupasan yang telah dibuat oleh Zunita Ramli, merupakan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di sana.
Hutan Aokigahara adalah hutan yang terletak di kaki Gunung Fuji. Ia juga dikenali sebagai “Seas of Trees” yang menjadi lokasi popular untuk bunuh diri di atas beberapa sebab, salah satunya kerana ia terletak jauh dikawasan pedalaman. Jika mahu bunuh diri di tempat awam biasanya akan dilihat oleh orang lain dan akan diselamatkan, jadi percubaan bunuh diri itu biasanya akan gagal.
Kawasan hutan tebal yang gelap seolah-olah “welcoming” pembunuh diri untuk datang membunuh diri juga adalah salah satu faktor. Hutan Aokigahara dikatakan sangat tebal dan gelap sehingga tiada burung mampu hidup di kawasan hutan ini.
Kredit foto: pinimg.com
Selain itu, “fear of isolation” juga menjadi salah satu sebab mengapa mereka membunuh diri. Jadi, mereka mahu “mati bersama-sama” yang lain di hutan ini. Itu adalah sebab mengapa mereka sanggup datang jauh dari negeri lain untuk membunuh diri di hutan ini.
Malah, ada juga yang berpendapat kerana ramai yang telah mati di hutan itu jadi anda tidak akan mati sendirian dan akan berada dalam kumpulan yang sama selepas mati. Anda tidak akan berasa keseorangan jika mati di tempat ini.
Fuh, dengar pun dah seram!
Lebih menarik lagi, terdapat sebuah filem yang menceritakan tentang kisah benar yang berlaku di hutan ini.
Siapa pernah masuk ke Hutan Aokigahara ni? Hm, tengok gambar pun seram, tak jadilah nak masuk. Hiks!
Apa-apa pun, situasi ini berlaku mungkin kerana pegangan agama kerana walaupun Jepun adalah sebuah negara yang maju dengan kecanggihan teknologi, namun masih ada sesuatu yang hilang iaitu pegangan agama.
Jika ada pegangan agama mungkin golongan ini dapat berfikir dengan lebih rasional dan tidak mengambil keputusan drastik untuk membunuh diri.
Jenayah tidak mengenal usia. Jika remaja seusianya menghabiskan masa belajar, lain pula halnya dengan seorang remaja berusia 19 tahun yang nekad merompak bank. Banyak adegan menyaksikan penjenayah mengacukan pistol dalam kes rompakan bank namun ternyata penjenayah mati ditembak ini mengacukan sabit di leher tawanannya.
Laporan Harian Metro, seorang penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, dalam satu insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kes cubaan samun dan cubaan bunuh itu berlaku jam 2.04 petang.
Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun yang bersenjatakan sebilah sabit masuk ke kawasan perkhidmatan bank dan mengacukan senjata di leher seorang wanita tempatan yang juga pelanggan bank terbabit.
"Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun'.
"Tembakan itu mengenai rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan mahupun pekerja bank," katanya dalam satu kenyataan. Ashmon berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Sumber : Harian Metro/ Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...