Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menasihati golongan selebriti tidak perlu melayan komen yang kurang enak daripada netizen atau ‘berperang’ dalam media sosial.
Selain itu, pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti itu juga memberitahu isteri tercintanya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara yang tidak baik.
“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya. She is my big alarm clock.
Ads
“Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini,” katanya.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang memasuki industri seni seharusnya menerima dengan hati yang terbuka apabila dikritik pelbagai pihak.
Ads
“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.
“Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,” tambahnya aktor kelahiran Singapura itu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aduh, kalau dah serumpun tu mestilah ada persamaan di antara negara-negara Nusantara.
Salah satu grup K-Pop yang pada hemat penulis berstatus underrated iaitu Mamamoo baru saja selesai menjayakan showcase Fan Meet di Singapura pada malam ini.
Bertempat di Zepp@Bigbox Singapura, acara berjudul [Hello! MooMoo] Asia Fan Meeting ini bukanlah calang-calang apabila harga tiket yang dijual boleh tahan juga mahalnya. Namun peminat tegar mereka nampaknya sanggup berbelanja dari SGD108 hingga SGD248 demi berjumpa dengan grup kegemaran mereka itu.
Itu bukanlah perdebatan utama. Peminat di Malaysia juga gembira apabila peminat di Singapura berpeluang untuk bertemu Mamamoo setelah grup itu pernah turun ke Kuala Lumpur sempena konsert Kwave 2 beberapa tahun lalu.
Namun, apa yang diperdebatkan adalah apabila Solar, Hwasa, Moonbyul dan Wheein menyarungkan baju Kebaya di atas pentas.
Cantik sungguh baju kebaya bunga tabur berwarna terang yang disarung mereka berempat. Yang tak berapa nak cantik adalah bila netizen membandingkan asal-usul kebaya.
Peminat dari Indonesia sudah tentu berkata kebaya asalnya dari negara itu #DoneClaim. Ada yang berkata Malaysia mempunyai versi kebayanya tersendiri seperti Kebaya Nyonya yang juga popular di Singapura. Peminat dari Brunei turut tak ketinggalan.
Ini adalah antara respon yang mendapat perhatian REMAJA.
Aduh, kalau dah nama serumpun tu, mestilah ada persamaan di antara negara-negara Nusantara guys.
Tak perlu rasanya nak berbalah atau #DoneClaim di ruang komen. Malaysians, we should take the high road dan tak perlu nak terasa triggered okay.
Apa-apapun, Mamamoo memang kelihatan cantik berkebaya! Lihat sajalah persembahan mereka di bawah [SWIPE LEFT]
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan pada beberapa bulan yang lalu, ramai yang mengeluh kerana telah hilang pekerjaan ekoran daripada penutupan syarikat akibat kesan pandemik COVID-19.
Ini ada satu berita baik buat rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan, kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Program ini membolehkan penganggur dan graduan mendaftar mulai 15 Jun lalu diwujudkan untuk meningkatkan prospek pekerjaan.
Jika korang berhasrat untuk memohon program ini, bolehlah ikut langkah-langkah berikut:
Bagi majikan yang mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka boleh mula mendaftar profil mereka juga melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Mulai 1 Julai dan seterusnya, majikan boleh memilih nama pekerja yang diupah di bawah program ini. Majikan juga boleh memilih dari senarai kursus yang diluluskan melalui laman sesawang berkenaan untuk pekerja mereka yang baru diupah, jika diperlukan untuk tujuan pengambilan pekerja dan peningkatan kemahiran.
Untuk keterangan lanjut korang boleh lihat Soalan Lazim yang dipaparkan dalam laman web rasmi Perkeso.
Sesiapa yang kehilangan kerja mahu pun graduan yang masih belum mendapat pekerjaan, bolehlah korang cuba nasib disini mana tahu rezeki kan?
Aktres jelita, Nina Kho Siew Ching atau lebih dikenali sebagai Nina KSC, berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran di China.
Menurutnya, mereka memberikan layanan sangat berbeza mengikut status seseorang dalam produksi.
Tambah aktres berusia 33 tahun itu, pelakon yang memegang watak utama akan diberikan keistimewaan luar biasa berbanding pelakon dan kru lain yang terlibat.
“Di China, mereka beri layanan berbeza ikut watak. Kalau pelakon utama, disediakan bilik khas yang tidak boleh dimasuki oleh pelakon lain.
“Pihak penerbit, pengarah dan pelakon utama akan menerima makanan dalam kotak mewah dengan lapan jenis lauk. Bungkusan pun lebih cantik.
“Manakala untuk kru lain, mereka hanya diberi bungkusan biasa,” katanya kepada Remaja.
Mengimbas kembali satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya, Nina turut berkongsi bagaimana dua orang kru produksi pernah dimarahi gara-gara menumpang keretanya untuk pulang ke tempat penginapan.
“Pernah saya mahu tumpangkan dua kru balik ke tempat penginapan. Tapi mereka dimarah dan dihalau, sedangkan kereta saya besar. Mereka juga tinggal di hostel berdekatan hotel saya.
“Individu yang marah itu sentiasa cakap lemah-lembut dengan saya dan beri layanan baik. Tidak sangka dia boleh marah kru produksi dengan teruk,” ujarnya.
Walaupun diberikan layanan baik sebagai pelakon, Nina secara peribadi tidak selesa dengan suasana bekerja di China. Katanya, budaya kerja di Malaysia jauh lebih mesra dan adil.
“Di Malaysia, kita layan semua orang sama rata. Tiada yang lebih tinggi atau rendah. Kita siap berkongsi segala perkara.
“Saya memang tak selesa dengan suasana di sana. Tak seronok bila berada dalam persekitaran begitu,” kongsinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.