Terjawab sudah teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia ke-9 selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Sebelum ini, negara digegarkan dengan kemelut perletakan jawatan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

YDPA Perkenan Lantik Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri. Ini Biodata PM Ke-9 Malaysia

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara,” memetik keyataan.

Jom kita tengok biodata ringkas tentang Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Biodata

Nama: Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tarikh Lahir: 18 Januari 1960

Tempat Lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan

Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)

Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik

Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)

 

IKLAN

Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)

Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Perkahwinan

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 bersama pasangannya iaitu Datin Sri Muhaini Zainal Abidin

Hasil perkahwinan mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:-

  1. Nina Sabrina
  2. Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
  3. Nashriq
  4. Iqbal

Kerjaya/Perkhidmatan

1985 – Peguam

1995 – 1999 – Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

2008 – 2009 – Menteri Belia dan Sukan

9 April 2009 – 2013 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

IKLAN

2013 – 2015 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2015 – 2018 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

12 Mac 2020 – Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)

7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)

1987 – Ahli Majlis Daerah Temerloh

1996 – Ahli Majlis Perbandaran Temerloh

1995 – Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

1996 – Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

IKLAN

Politik

1987 – Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh

1988 – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh

1993 – Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian

2001 – Timbalan Ketua Bahagian

2004 – Ketua UMNO Bahagian Temerloh  & Ahli Parlimen Bera, Pahang

Anugerah

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2004)

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2020)

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2005)

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2008)

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2020)

Esok dijadualkan istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri, jam 2.30 petang di lstana Negara.

Sumber: Istana Negara ,Wikipedia & Internet

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI