Satu kebanggaan bukan sahaja buat keluarga, malah turut membawa nama Malaysia! Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meluahkan rasa terharu apabila cucu perempuannya, Isabella Saffiya O’Luanaigh terpilih mewakili skuad Malayan Tigress Bawah 17 Tahun (B-17).
Lebih membanggakan, Isabella Saffiya yang baru berusia 14 tahun kini bersama skuad muda negara beraksi di Piala Srikandi Merdeka 2026 yang berlangsung di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia.
Chef Wan Terharu Dengan Pencapaian Isabella Saffiya
Menerusi perkongsian di Threads, Chef Wan berkata beliau pada awalnya tidak mengetahui mengenai kemenangan besar skuad negara yang membelasah Arab Saudi 9-0 pada Selasa lalu.
Berita gembira itu hanya diketahuinya selepas menerima kiriman gambar daripada anaknya, Serina, selain melihat perkongsian laporan media mengenai kejayaan skuad berkenaan.
Walaupun mengakui bola sepak bukanlah sukan yang begitu diminatinya, pencapaian Isabella bersama pasukan kebangsaan tetap membuatkannya tersentuh dan bersyukur.
“Tahniah buat Isabella dan pasukannya atas pencapaian mereka. Saya sangat berbangga dengannya, Alhamdulillah.”
Chef Wan turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian yang cukup membanggakan buat seluruh keluarganya.
Bagi seorang datuk, melihat cucunya diberi peluang menyarung jersi negara pada usia yang begitu muda tentunya menjadi detik istimewa. Lebih-lebih lagi apabila Isabella Saffiya bukan sekadar menyertai pasukan, malah bersama rakan sepasukannya berjaya mencatat keputusan positif dalam kejohanan tersebut.
Ads
Baru 14 Tahun, Isabella Saffiya Sudah Sarung Jersi Negara
Biarpun masih muda, Isabella kini diberi kepercayaan memperkuatkan barisan Malayan Tigress B-17 sebagai pemain tengah dengan menyarung jersi nombor 11.
Peluang mewakili negara pada usia 14 tahun pastinya menjadi satu pencapaian cukup bermakna buat Isabella dalam perjalanan awalnya sebagai pemain bola sepak.
Pada usia ketika kebanyakan remaja masih mencari pengalaman dan mengembangkan bakat masing-masing, Isabella Saffiya sudah berpeluang merasai pengalaman beraksi bersama skuad muda kebangsaan dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.
Ads
Skuad muda negara turut mempamerkan aksi positif sepanjang saingan peringkat kumpulan Piala Srikandi Merdeka 2026 apabila berjaya menamatkan Kumpulan A sebagai naib juara.
Kemenangan besar 9-0 ke atas Arab Saudi turut menjadi antara keputusan yang mencuri perhatian sepanjang perjalanan pasukan negara dalam kejohanan tersebut.
Ia bukan sahaja menjadi satu keputusan membanggakan buat pasukan, malah memberi pengalaman berharga kepada barisan pemain muda negara termasuk Isabella Saffiya yang masih berada pada peringkat awal perjalanan dalam arena bola sepak.
Cabaran Thailand Di Separuh Akhir
Selepas kemenangan besar ke atas Arab Saudi, Isabella dan rakan sepasukan kini berdepan satu lagi cabaran penting apabila dijadualkan bertemu Thailand pada peringkat separuh akhir.
Ads
Pertemuan tersebut pastinya menjadi satu lagi ujian penting buat barisan Malayan Tigress B-17 dalam usaha meneruskan momentum positif mereka di Piala Srikandi Merdeka 2026.
Semoga Isabella dan seluruh skuad Malayan Tigress B-17 terus memberikan aksi terbaik dan membawa pulang keputusan membanggakan buat Malaysia!
Sumber : Sinar Harian, Threads chefwan1958_official
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak menyiapkan tesis ni bukan boleh dalam masa yang singkat. Banyak perkara perlu diambil kira untuk melengkapkan satu tesis yang baik.
Bagi seorang student, hanya mereka saja yang memahami bagaimana struggle nak mendapatkan ‘literature review’ untuk topik pilihan mereka. Kalau tak cukup info, alamatnya sampai ke sudahlah tesis tu kena reject dengan supervisor korang.
Jadi, untuk membantu memudahkan kerja korang, berikut adalah antara sumber-sumber journal article yang boleh dijadikan rujukan.
Yang ni pun best
Untuk student UITM
Boleh juga cari dekat sini
Ni pun boleh try
Untung student-student sekarang dah ada thread yang boleh bantu korang untuk cari reference nak siapkan tesis. Dah ada yang bagi jalan ni, jangan korang malas pula nak cari ye..
Sumber: Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama bergenre romantik komedi, From Saga With Love baru-baru ini asyik diperkatakan oleh peminat drama seni tanah air.
Bahkan drama terbitan Red Communication ini kerap muncul di laman For You Page akaun TikTok warganet dek kerana momen-momen kelakar dan ‘melting’ yang dipamerkan di dalam drama tersebut.
Pelakon utama drama tersebut, Siti Khadijah Halim yang memainkan watak Karma turut mengekspresikan rasa bersyukurnya atas penerimaan yang cukup hangat dari para penonton terhadap drama lakonannyai itu.
“Alhamdulillah berkat kesungguhan barisan pelakon dan team produksi yang sangat best, drama From Saga With Love berjaya mendapat tempat di hati para penonton sehinggakan kerap tular di TikTok.
“Semestinya Siti amat teruja dan bersyukur kerana kami, barisan para pelakon telah memberikan komitmen 100 peratus dalam karya ini,” jelasnya ketika ditemui di pelancaran koleksi Mayang by Anntsya di Starhill Gallery baru-baru ini.
Lakonan pelakon berusia 26 tahun tersebut turut dipuji ramai dek kerana kelihatan cukup ‘natural’ di mata penonton.
“Memang ramai cakap yang Siti nampak natural bila bawak watak Karma dan sejujurnya memang ada sedikit sebanyak persamaan watak tersebut dengan diri Siti sendiri.
“Siti amat happy kerana menerusi pujian tersebut telah membuktikan bahawa Siti berjaya membawakan watak Karma itu,” jelasnya lagi.
Bekas juara Gadis Panca NR ini turut berkesempatan berkongsi kenangan manis beliau ketika menjalani penggambaran drama tersebut.
“Kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila kitaorang masak nasi lemak bersama-sama. Haaaaa…adegan nasi lemak yang kalian saksikan itu adalah hasil penat lelah kami, barisan pelakon juga.
“Kami bersama-sama kopek ikan bilis, rebus telur dan masak nasi tersebut,” selorohnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Siti Khadijah Halim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini aktor Korea yang popular dengan drama Hometown Cha Cha ini dikatakan menolak semua tawaran projek baharu pada tahun 2022 akibat kontroversinya bersama bekas kekasih.
Tapi nampaknya ‘tuah’ masih menyelebelahi pelakon kesayangan di ‘2022 Asian Artist Awards’.
Hal ini selepas belaiu berjaya membawa pulang 4 trofi kemenangan dan anugerah iaitu ‘Anugerah Pilihan Terbaik’, ‘Anugerah Selebriti Asia’, ‘Anugerah Populariti DCM’ dan ‘Anugerah Populariti Idola +’.
“Saya mendengar peminat bekerja keras untuk mengundi siang dan malam, saya akan buat yang terbaik untuk membalas jasa anda dengan projek baik. Terima kasih.”
Tambahnya ketika memenangi Anugerah Populariti Idola +,
“Terima kasih kerana kerisauan anda yang ikhlas. Sebenarnya, saya sedang terfikir apa yang perlu disediakan dan bekerja untuk projek baru. Saya terfikir bila saya peling bahagia. Saya paling bahagia dan bersyukur ketika itu. Sejujurnya, saya merasakan sebab saya boleh berlakon kerana ada yang menyokong dan melawat saya. Mungkin mereka yang membuatkan saya gembira. Saya akan menjadi seorang pelakon yang lebih baik.” ujar Kim Seon-ho.
Untuk pengetahuan, Kim Seon-ho mengumumkan bahawa peminat boleh melihatnya dalam filem “Sad Tropics” pada tahun hadapan.
Selain Kim Seon-ho, antara artis yang berjaya melakar kemenangan luar biasa adalah idola yang menjengah ke dalam dunia lakonan iaitu Kwon Yuri dan juga Kim Se-jeong yang merangkul anugerah “Best Actor Award” bagi kategori wanita. Selain itu juga, pelakon Han So-hee, Seo In-guk dan Park Min-young juga telah berjaya memenangi anugerah “Best Artist Award”.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!