Aktor berbakat besar kelahiran Malaysia, Irfan Zaini, baru-baru ini melakar sejarah dalam kerjayanya dengan membintangi filem antarabangsa terbaharu iaitu G.O.A.T. (Greatest of All Time).
Menerusi temu bual eksklusif bersama Remaja, pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi pengalaman yang paling berharga apabila dapat bergandingan bersama bintang Bollywood terkenal, Vijay Chandrasekhar.
Irfan yang memegang peranan sebagai pelakon tambahan tetapi penting dalam G.O.A.T, mengungkapkan kegembiraannya apabila dapat bekerja dalam satu set pengambaran bersama pelakon legenda itu.
“Untuk filem terbaharu ini, sampaikan saya ke set pengambaran mereka dan saya minta peluang kepada produksi terbabit untuk dapatkan satu babak bersama Vijay. Jadi, pada tahun lepas saya diberi peluang untuk dalam filem ini di Rusia, saya tidak kisah jika mereka lakukan pengambaran di Pluto pun saya sanggup.
“Saya pun tidak kisah pegang watak apa asalkan dapat berlakon dengan superstar Vijay. Jadi pelakon tambahan pun dah cukup membuatkan saya gembira. Alhamdulillah, untuk filem ini saya lebih daripada pelakon ekstra kerana saya ada beberapa babak,” katanya bernada gembira.
Ads
Dalam pada itu, tidak hanya teruja dengan peluang berlakon bersama Vijay, tetapi juga dengan sikap rendah diri dan profesionalisme bintang Bollywood itu membuatkan Irfan amat bersyukur apabila berada dalam karya tersebut.
“Apa yang saya suka mengenai Vijay adalah walaupun dia dikenali ramai, dia masih rendah diri dan menghormati orang sekeliling.
“Dia sangat menghargai masa kerana dia datang tepat pada waktunya di set penggambaran. Malah, walaupun saya baru, Vijay ajak saya masuk ke caravan dan berborak. Ini adalah perkara yang saya tidak akan lupa dalam hidup,” ujarnya.
Menariknya, tawaran berlakon dalam G.O.A.T datang semasa umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitiri, Irfan bagaimanapun merasakan peluang ini terlalu penting untuk dilepaskan.
Ads
Selain itu, dia turut mendedahkan perjalanan untuk mendapatkan peluang ini tidak mudah kerana banyak cabaran yang harus dihadapinya ketika di negara orang.
“Keluarga saya memahami betapa pentingnya peluang ini, jadi saya beraya di Rusia. Paling menarik, produksi menyediakan nasi beriani untuk saya supaya saya tidak terlalu merindui keluarga. Saya tidak sangka pasukan produksi yang besar ini sangat prihatin dan menjaga kebajikan saya.
“Cabaran utama adalah mendapatkan peluang berlakon dalam filem ini. Dengan ribuan pelakon yang menunggu peluang untuk berlakon bersama Vijay, dan saya sebagai orang Malaysia, saingannya sangat sengit. Saya rasa ini adalah rezeki yang cukup besar buat diri saya,” tuturnya lagi.
Ads
Menutup bicara, pelakon filem Polis Evo 3 itu sempat memberikan nasihat kepada pelakon muda yang bercita-cita untuk menembusi industri filem antarabangsa.
“Tiada formula khusus untuk mencipta nama dalam filem antarabangsa. Bagi saya, jangan terus putus asa dan teruskan mencuba. Masa yang tepat akan datang jika kita bersungguh-sungguh dan mencintai apa yang kita lakukan,” nasihat Irfan.
“Bina diri anda dahulu dan cipta satu profil sebelum melangkah ke luar negara. Belajar di Malaysia dan bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku di sana. Jalannya bukan mudah, tetapi usaha yang berterusan akan membuahkan hasil,” katanya panjang.
Sekadar info, filem yang disutradarai oleh pengarah terkenal Venkat Prabhu dan ditulis oleh skrip yang berpengalaman, menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang luar biasa. G.O.A.T. juga banyak melakukan pengambaran di negara Rusia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum album studio ketujuh Taylor Swift yang berjudul Lover bakal menemui para peminat.
Kebelakangan ini juga, penyanyi lagu Me itu turut memberi hint kepada peminat yang juga dipanggil Swifties mengenai lagu di dalam album tersebut.
Terbaru, Taylor berkongsi satu foto di laman instagramnya seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa dia akan berkolaborasi dengan teman baiknya, Selena Gomez dan bekas musuh, Katy Perry.
Dalam foto tersebut dilihat ada perkataan cats dikatakan ada kaitan dengan peminat penyanyi lagu I Kiss A girl iaitu KatyCats.
Sementara itu, peminat mengaitkan penyanyi lagu Love You Like A Song itu dengan perkataan ‘fearless’ memandangkan Selena juga menggunakan perkataan tersebut di bio Instagramnya.
Setakat ini, Taylor tidak memberikan apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut. Album itu bakal keluar pada 23 Ogos ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini bukan kisah dongeng atau gosip liar tidak berasas. Perkhabaran ini benar belaka. Ya, kursus yang dinamakan Taylor Swift Course ini sudah ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute yang merupakan salah satu institut di bawah pengurusan New York University.
Kursus ini telah pun dilancarkan bermula 26 Januari 2022 yang lalu dan akan berterusan sehingga 9 Mac yang akan datang. Penyanyi itu sendiri, Taylor Swift turut dijemput untuk bercakap di dalam salah satu kelas, namun institut tersebut masih lagi menunggu respon darinya.
Kursus itu akan merangkumi evolusi Taylor Swift sebagai usahawan muzik kreatif, warisan penulis lagu pop dan country, wacana belia dan kanak-kanak perempuan dan politik perkauman dalam muzik popular kontemporari.
Menurut sumber dari Institut tersebut, kursus yang diajar oleh penulis Rolling Stone, Brittany Spanos ini sudah menerima senarai menunggu yang panjang.
Terdapat lima objektif mengapa kursus ini diadakan.
Pelajar akan membina pemahaman dan penghargaan untuk Taylor Swift sebagai usahawan muzik kreatif. Sekaligus akan belajar untuk menyahkonstruk cara kreativiti dan penulisan lagu yang telah menjadikan taylor mampu bertahan dalam industri muzik yang berkembang pesat.
Pelajar akan mempelajari tentang warisan pencipta lagu pop dan country yang telah mempengaruhi Swift serta wacana mengenai “prodigies” dalam sejarah muzik pop.
Pelajar akan mendapat pemahaman tentang bagaimana wacana belia dan zaman kanak-kanak sering dieksploitasi dalam industri media dan muzik.
Pelajar akan belajar tentang politik kaum dalam muzik popular kontemporari, dan untuk menyoal siasat isu ‘whiteness’ yang berkaitan dengan politik, penulisan lagu, pandangan dunia dan interaksi Taylor Swift dengan dunia budaya yang lebih luas di sekelilingnya.
Pelajar akan mengembangkan nilai sofistikated yang lebih besar dalam penghayatan artistik, pemikiran kritis, penyelidikan dan kemahiran menulis mereka.
Terdahulu, Clive Davis Institute New York University pernah menawarkan kelas tentang artis muzik lain pada masa lalu. Sementara itu, universiti lain juga telah menjadi tajuk utama kerana menawarkan kursus yang berteraskan figura muzik seperti Beyoncé dan Miley Cyrus.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini pasukan polis New Zealand telah merasmikan pelancaran hijab yang dikhususkan untuk dipakai oleh anggota muslim mereka yang berhijab.
Rekaan hijab yang melekap di kepala itu dilihat sebagai satu simbol kepelbagaian negara tersebut yang meraikan rakyatnya tanpa perbezaan tidak kira dari sudut bangsa, agama dan latar belakang.
Konstabel Zeena Ali yang merupakan rekrut baru pasuka polis itu menjadi wanita muslim pertama yang menggayakan hijab tersebut sebagai sebahagian dari uniform rasmi.
Konstabel Zeena merupakan anak kelahiran Fiji yang berpindah ke New Zealand sejak dari umur 3 tahun menyatakan yang dia bersungguh-sungguh mahu menyertai pasuka polis selepas peristiwa serangan pengganas di sebuah masjid di Christchurch awal tahun lalu.
Menurut Zeena dalam sebuah hantaran di laman Instagram Polis New Zealand, “Memiliki hijab rasmi yang dikuatkuasakan oleh majikan sangat bermakna bagi wanita muslim seperti saya yang selama ini menganggap kerjaya sebagai anggota polis bukan satu pilihan. Sangat bagus bagaimana Polis menggabungkan agama dan budaya saya.
“Saya gembira majikan berusaha untuk memastikan hijab yang saya pakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi saya sendiri.”
Sumber: Instagram @newzealandpolice
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.