
Berita baik buat korang yang sedang mencari telefon pintar baru, Apple telah pun mengumumkan bahawa iPhone SE sudah boleh mula ditempah melalui laman rasmi Apple bermula 11 Mei 2020.

Selain tempahan melalui lawan web Apple, korang juga boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih.

iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak tahu harga telefon pintar ini kan?
Bagi model 64Gb dijual pada harga RM1999, 128GB RM2199 dan 256Gb pada harga RM2699.
Amacam, berminat tak?
Sumber: amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Kesilapan Mengecas Telefon Bimbit Yang Korang Perlu Berhenti Buat Kalau Nak Bateri Tahan Lama

Kadang kala kita tak perasan pun sebenarnya rutin yang selalu kita buat adalah tidak betul. Kesalahan mengecas telefon bimbit adalah yang sering kita lakukan tetapi masih ramai yang tidak tahu.
Jika mahu bateri telefon bimbit korang tahan lama, elakkan daripada melakukan 9 kesilapan mengecas berikut:
1. Tinggalkan kabel cas pada soket

Pengecas sentiasa menggunakan kuasa di soket walaupun handphone tidak disambungkan. Hal ini tidak baik untuk bil elektrik korang. Selain itu, ia juga melepaskan haba yang perlahan-lahan dapat berkumpul dan jika udara dalam ruang tersebut lembap, ia mampu menyebabkan kebakaran. Jika korang tidak mengecas telefon, tanggalkan kabel daripada soket.

2. Cas sehingga bateri 100%

Setiap bateri mempunyai bilangan kitaran pengisian yang tepat dan sekiranya korang selalu mengecas handphone sehingga 100%, ia akan berakhir dengan lebih cepat. Cara yang betul adalah cas penuh handphone sebulan sekali dan untuk waktu-waktu yang lain, ianya dicaj sekitar 20 hingga 80% sahaja.

3. Biarkan sehingga bateri mati

Jangan biarkan bateri handphone korang betul-betul habis kerana jangka hayat bateri untuk bertahan akan semakin berkurangan.
4. Biarkan cas handphone semalaman

Jika korang mengecas handphone semalaman, ia bukan sahaja membazirkan bil eletrik, malah boleh menyebabkan tempoh jangka hayat bateri korang berkurangan.
5. Gunakan handphone sewaktu cas

Jangan menghabiskan bateri telefon korang semasa sedang dicaj. Ini kerana ia membawa dua tekanan bateri yang berlebihan untuk melakukan dua perkara sekali gus. Jika ada yang menelefon korang, cabut terlebih dahulu plug charger dan cas semula selepas tamat panggilan.
6. Caj handphone walaupun bateri lebih 20%

Mengecas telefon secara berterusan adalah salah kerana ia boleh menjadikan jangka hayat bateri korang lebih pendek daripada sepatutnya. Cara terbaik untuk menggunakan bateri adalah mengecasnya hanya bila ia benar-benar diperlukan.
7. Caj handphone tanpa membuka casing telefon

Salah satu ‘bahaya’ ketika mengecas telefon adalah membiarkan handphone dicaj tanpa membuka casing. Ia boleh menyebabkan overheat dan supaya telefon boleh ‘bernafas’.
8. Menggunakan kabel cas yang murah dan tidak original

Setiap telefon mempunyai pengecas serasi yang tidak boleh diganti dengan jenama lain. Sekiranya korang tidak menggunakan pengecas yang betul, tenaga yang dihantar ke bateri mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit.
9. Mengecas handphone melalui laptop

Ada diantara individu yang gemar mengecas handphone melalui laptop, ketika mereka sedang bekerja. Namun begitu, ia memerlukan masa lebih lama untuk bateri menjadi penuh. Sebaiknya, cas telefon pada soket di dinding.
Semoga informasi ini berguna dan memberikan sedikit sebanyak pengetahuan untuk korang mengecas telefon bimbit.
Sumber: brightside.me
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapatkan Foto Instagram Menarik Dengan 7 Teknik Mudah Ini!

Zaman sekarang macam tak logik kalau orang muda terutamanya golongan remaja tak mempunyai akauan Instagram. Ia kini bukan lagi menjadi platform sosial untuk dikongsikan foto selfie semata.
Malah, Instagram kini sudah menjadi kayu pengukur seseorang untuk mencapai status dalam lingkungan masyarakat terutamanya yang membawa pengaruh.
Korang semestinya mahu jadikan koleksi gambar yang dimuat naik itu cantik dan mempunyai nilai seni tersendiri.
REMAJA ingin kongsi bagaimana kamu boleh mendapatkan foto yang menarik dan berkualiti dengan hanya menggunakan telefon pintar khusus buat kamu memuat naik ke laman media sodial.
Titik poin utama

Memilih titik poin utama atau focal point boleh meningkatkan karakteristik foto yang diambil secara bentuk lanskap. Contohnya subjek pokok dalam jarak jauh, seni bina cantik mahupun orang boleh menjadi titik poin utama yang baik – menjadikannya foto kamu sebagai sebuah elemen unik berserta layar belakang yang mempunyai ‘cerita’ tersendiri.
Teknik bokeh

Dalam pasaran telefon pintar sekarang sudah semakin banyak yang mempunyai feature potrait ‘bokeh‘. Memberikan fokus pada subjek dan mencipta efek kabur di bahagian belakang membuatkan subjek tersebut lebih menyerlah. Ia juga membuatkan ia lebih hidup dengan ilusi kedalaman atau depth yang dicipta menerusi teknik ini.
Cari sudut unik

Untuk permulaan cuba hadkan elemen kepada satu di dalam sebuah foto kerana jika terlalu banyak ia mungkin nampak berserabut dan mengelirukan. Gunakan latar belakang yang minimal dan hanya berikan fokus kepada subjek tunggal. Cuba ambil foto dari pelbagai sudut berbeza dengan menggunakan latar belakang yang sama dan bandingkan hasilnya. Foto terbaik boleh diambil dari sudut yang tidak konvensional. Jadi jangan takut untuk mencuba ambil gambar dari sudut yang lain daripada yang lain.
BACA: 5 Apps Foto Editing Terbaik Pilihan REMAJA!
Kedudukan cahaya matahari

Jika kamu mengambil gambar secara outdoor, kedudukan matahari sangatlah penting. Mengambil gambar dengan kedudukan matahari di belakang subjek boleh membuatkan ia gelap dan silau. Elakkan kedudukan begini jika subjek foto kamu adalah manusia kerana hasilnya pasti tidak cantik. Apatah lagi ia memberikan kedudukan bayang yang tidak sesuai untuk foto.
Faktor cahaya

Foto pemandangan ketika matahari terbit dan terbenam akan menghasilkan warna foto yang lebih ‘panas’ dan keemasan. Ingat, untuk menghasilkan gambar yang cantik kadangkala tidak memerlukan pengcahayaan yang terlalu terang. Keadaan malap atau cuaca mendung juga boleh hasilkan foto yang hebat dan lebih dramatik.
Perlu stabil

Kadangkala untuk mengambil foto adalah lebih baik menggunakan tripod. Ia bagi memastikan telefon pintar lebih stabil. Penggunaan tripod juga lebih penting bila mengambil foto di kawasan yang mempunyai kadar cahaya rendah. Atau kamu juga boleh menggunakan timer bagi mengelakkan tangan bergegar ketika mengambil foto.
Guna apps

Terdapat pelbagai jenis aplikasi foto terdapat di App Store dan Google Play yang boleh digunakan untuk menambah baik kualiti foto. Contohnya aplikasi Pro HDR yang menggambungkan exsposure berlainan pada satu imej dan menghasilkan foto yang sempurna. Jangan takut untuk explore dan gunakan lebih banyak apps untuk editing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada Peranti ‘Chun’ Baru Untuk Gamer! Lihat 5 Sebab Mengapa Patut Tukar Ke Infinix Hot10S

Dengan kapasiti bateri, processor laju dan skrin berkapasiti HD pada Infinix Hot 10S, pengalaman bermain video akan terus berubah selepas ini.
Buat para pemain video mobil dan di atas talian, punca kepuasan mereka semasa teruja bermain adalah peranti yang digunakan.
Pastinya ada di antara kamu yang akan mengeluh dan berkata, untuk mendapatkan telefon pintar terbaik untuk bermain, pasti ia memerlukan bajet mencecah ribuan Ringgit seperti yang dimiliki remaja lain.
Well, bagaimana jika kami kongsikan bahawa peranti terbaru daripada Infinix ini menepati semua kriteria untuk memberikan pengalaman bermain video terbaik kepada kamu DAN didatangkan pada harga mampu milik? Ia ibarat game changer yang kamu cari selama ini!

Cantik dari luaran dengan prestasi dalaman mengagumkan, REMAJA pasti kamu tidak teragak-agak untuk menukar kepada model telefon pintar Infinix Hot10S ini selepas mengetahui kelebihan #xtrachunxtrahot yang ada padanya.
01
Processor yang tidak mengecewakan
Jujurnya, isu lagging pada peranti memang akan ‘potong stim’ pemain. Kamu tidak boleh menikmati masa main yang lancar mahupun berkomunikasi dengan ahli pasukan dengan sistematik. Lebih mendukacitakan lagi apabila peranti tiba-tiba ‘hang’ dan menjadi punca kekalahan semasa permainan mencapai momen kritikal!
Infinix Hot10S memastikan semua itu tidak berlaku kerana ia menggunakan MediaTek Helio G85 iaitu octa-core processor berkelajuan tinggi.
02
Respon paparan skrin pantas
Selain rasa adrenalin semasa bermain, apa yang membuatkan pemain tidak jemu dengan hobi ini adalah grafik dan rekaan menarik pada karakter. Justeru, sekiranya kamu merancang untuk mendapatkan peranti baharu demi bermain, kamu wajib mengambil peranti yang memberikan resolusi terbaik. Barulah #xtrachunxtrahot!
Paparan HD Ultra Smooth berkapasiti 90Hz + 6.82” HD pada Infinix Hot10S mengurangkan isu ‘lagging’ ketika bermain kerana ia menggunakan ‘high-speed moving footage’. Di samping itu, Infinix juga menjamin kelancaran sewaktu meleret skrin (swipe).

03
Hayat Bateri Lama
Satu perkara yang kita semua ingin elakkan semasa bermain adalah apabila notifikasi bateri rendah muncul pada skrin. That, right there is a mood killer. Jika kamu ialah seorang pengguna telefon pintar yang selalu menghabiskan masa terluang dengan bermain, dapatkan peranti yang didatangkan dengan bateri berkapasiti tinggi.
Infinix Hot10S misalnya dikuasakan dengan bateri 6000mAh yang membolehkan pengguna menikmati masa permainan sehingga 18 jam. Ya, 18 jam! Tambahan pula dengan teknologi Power Marathon, kamu akan dijamin dengan 25 peratus jangka hayat bateri ekstra setelah bateri menurun hingga tahap 5 peratus.
04
Game Booster
Mana-mana pemain pasti mencari peranti yang mampu memberikan lebih rasa #xtrachunxtrahot semasa mereka sedang teruja bermain. Dengan kelebihan Dar-link Ultimate Game Booster oleh Infinix, ia berkesan untuk Infinix Hot10S bagi mengoptimumkan prestasi peranti, paparan skrin dan sensitiviti skrin.

05
Kamera Memuaskan, Peranti Memudahkan
Siapa saja yang tidak menggunakan telefon pintar mereka untuk menangkap foto dan merakam video? Paparan foto dan video pada Infinix Hot10S dilihat cukup tajam dengan fungsi kamera 48MP tiga kali ganda dengan paparan malam.
Bukan itu saja, salah satu kelebihan kegemaran kami adalah betapa mudahnya untuk ‘unlock’ peranti ini dengan fungsi cap jarinya. Malah, ia mampu mengenalpasti wajah walaupun kamu sedang memakai pelitup muka.

Buat para gamers yang belum tahu, tidak lama lagi Infinix Hot10S akan melancarkan kolaborasinya bersama permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Just saying, bagi mana-mana pemain tegar Mobile Legends di luar sana, Infinix Hot10S adalah peranti terbaik untuk korang perolehi masa permainan terbaik sekarang.
Khas sempena pelancarannya sekarang, Infinix menyediakan pakej diskaun untuk pembeli! Infinix Hot10S boleh kamu dapatkan secara eksklusif di Shopee pada harga serendah RM499 bagi pakej 64GB+4GB dan RM549 bagi pakej 128GB+4GB.
Para gamers tunggu apa lagi? Ayuh tempah sekarang di Shopee dan rasakan sendiri pengalaman terbaik main game dengan Infinix Hot10S ni!
Untuk info lanjut mengenai telefon pintar Infinix Hot10S, lawati akaun media sosial Infinix di Facebook dan Instagram.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

