Terbaru, kisah penuh emosi mengenai SUGA dari kumpulan sensasi global BTS sekali lagi menjadi tular selepas seorang pakar psikiatri kanak-kanak, Dr. Cheon Keun Ah, berkongsi pengalaman istimewanya bersama bintang itu dalam program terapi muzik dikenali sebagai MIND.
Menurut Dr.Cheon, selepas SUGA atau nama sebenarnya Min Yoongi (32) tamat menjalani khidmat militarinya, beliau telah melibatkan diri sebagai sukarelawan di Hospital Severance, Seoul sepanjang musim bunga. Dalam tempoh itu, SUGA turut menyumbang sebanyak 5 bilion Korea Won (kira-kira RM17.4 juta) bagi pembinaan pusat rawatan baharu untuk kanak-kanak autisme.
Menurut laporan, Dr. Cheon dan pelantun lagu ‘Daechwita’ itu mula berkolaborasi sejak November tahun lalu dan menghasilkan program MIND yang membawa maksud Music, Interaction, Network, Diversity. Program ini bertujuan membantu kanak-kanak autisme mengembangkan kemahiran sosial dan emosi mereka melalui terapi muzik.
Dalam sebuah video YouTube baru-baru ini, Dr. Cheon turut mendedahkan satu insiden menyentuh hati melibatkan seorang remaja dalam program berkenaan di mana remaja ini telah dirawat olehnya sejak zaman tadika dan merupakan individu dalam spektrum autisme yang tidak tahu bermain sebarang alat muzik.
“Pada peringkat awal program, dia sangat pendiam dan tiada ekspresi. Suatu hari, ketika melihat rakan-rakan lain bermain alat muzik, anak itu berkata perlahan dengan wajah suram, ‘Saya tak tahu main apa-apa pun…’,” kata Dr. Cheon.
Melihat situasi itu, SUGA terus mendekati remaja tersebut dan berkata, “Suara awak pun satu instrumen juga. Nampaknya awak kena menyanyi saja lah.” dan melalui respon itu ia seperti memberi sinar kepada remaja berkenaan.
Ads
“Dia tersenyum lebar dan mula menyanyi dengan kuat! Semua orang terkejut dan sangat tersentuh!” jelas Dr. Cheon lagi.
Ads
Malah, menurutnya lagi, remaja itu pulang ke rumah dan memberitahu ibunya dengan penuh semangat, “Ibu! Cikgu Min kata suara saya adalah instrumen. Saya nak menyanyi sekarang!”.
Sementara itu, kisah ini nyata mengundang pujian dari kalangan peminat BTS iaitu ARMY dan juga masyarakat yang mengangkat kepekaan dan kelembutan hati SUGA dalam mendekati kanak-kanak istimewa. Momen istimewa itu sekaligus membawa makna besar, dan menjadi bukti bahawa muzik dan kata-kata ikhlas mampu merubah dunia seseorang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim pandemik Covid-19 nyata telah menyebabkan banyak perniagaan mengalami kerugian di seluruh dunia.
Malaysia juga tidak terkecuali apabila ramai yang terpaksa gulung tikar dan menyebabkan ramai pekerja kehilangan hasil mata pencarian.
Terbaru, muzium bergambar popular di Ansa Hotel, Bukit Bintang akan ditutup bermula Isnin depan. Hanya berbaki 2 hari saja sehingga Ahad ini, Museum of Illusions Kuala Lumpur mengumumkan penutupan cawangan mereka di Malaysia itu menerusi posting di akaun Facebook mereka.
“Terima kasih di atas sokongan semua orang sejak kami dibuka pada tahun 2018. Pelbagai pengalaman manis telah kami alami sepanjang 3 tahun ini. Sudah tiba masanya untuk kami mengucapkan selamat tinggal, kami akan menutup operasi secara rasmi pada 27 September 2020,” catat mereka.
Bagi korang yang berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini, korang bolehlah merebut promosi istimewa yang ditawarkan oleh Museum of Illusions Kuala Lumpur.
Untuk pengunjung walk-in, korang hanya perlu membayar RM15 untuk pemegang MyKAD dan RM10 untuk pemegang MyKID. Jadi korang akan berjimat lebih daripada 50%.
Sebelum ini, harga biasa untuk memasuki muzium ini adalah RM35 seorang.
Jom guys, support sikit industri pelancongan tempatan untuk kali terakhir ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak mahu bila habis saja belajar terus dapat tawaran kerja. Dengan keadaan ekonomi sekarang, rasa macam bersalah pula kalau masih ditanggung oleh mak ayah.
Jadi, sehabis mungkin kita berusaha untuk mendapatkan pekerjaan secepatnya.
Untuk membantu korang yang mungkin baru saja menamatkan pelajaran, berikut merupakan perkongsian tip dari Maizatul Afifah tentang bagaimana untuk mendapat tawaran kerja sejurus selepas korang tamat belajar.
Walau bagaimanapun, pastinya ia bergantung kepada rezeki masing-masing. Tapi tak salah kan kalau korang usaha dan berikhtiar.
1. Kemaskini resume
2. Cari peluang pekerjaan
3. Pergi pameran kerjaya
4. Mohon kerja secara online
5. Pengalaman kerja
6. Jangan tolak tawaran interview
7. Minta pertolongan kawan-kawan (bukan guna cable tau!)
8. Don’t give up
9. Paling penting, usaha!
InsyaAllah kalau dah rezeki tak ke mana. Good luck guys!
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sempena Hari Bapa tahun ini, Remaja ingin menyenaraikan antara beberapa filem tentang kisah seorang ayah yang korang boleh tonton bersama keluarga.
Banyak mesej dan pengajaran yang disampaikan menerusi filem-filem ini. Jom kita lihat antara filem-filem menarik berkaitan dengan bapa.
1. Onward
Mengisahkan tentang Ian dan Barley Lightfoot yang merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia.
Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat.
2. The Pursuit of Happyness
Mengisahkan tentang seorang ayah yang sanggup bekorban hingga menghancurkan rumahtangganya demi untuk memberi anak lelakinya kehidupan yang lebih baik. Bab paling sedih ialah bilamana Will dan anaknya terlalu miskin dan melarat sehinggakan terpaksa tidur di dalam tandas awam.
3. I Am Sam
Kisah menyayat hati seorang bapa angkat yang mempunyai IQ rendah dan mempunyai seorang anak angkat yang bijak.
4. The Game Plan
Seorang bintang bolasepak Amerika yang tiba-tiba terpaksa menjaga anak perempuannya yang agak nakal apabila kekasihnya meninggal dunia. Daripada seorang yang bersikap berpoya-poya. The Rock perlahan-lahan berubah menjadi seorang bapa yang amat bertanggungjawab.
5. Raya and The Last Dragon
Menceritakan tentang sebuah tanah naga yang wujud daripada 5 puak, namun tidak lagi didiami oleh naga kecuali hanya tinggal seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang wanita yang dikenali sebagai Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus menjadi batu. Susi juga berusaha untuk menghidupkan ayahnya yang telah menjadi batu.
6. Papadom
Kisah seorang bapa yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga isterinya terbunuh dalam satu kemalangan. Sejak itu, dia bersumpah untuk menjaga anak tunggal perempuannya dengan baik. Cuma, dia bersifat terlalu mengongkong sehingga membuatkan anaknya tidak selesa.
7. Definitely Maybe
Kisah seorang anak perempuan yang bergilir-gilir dijaga oleh ibu bapanya yang dah bercerai. Semasa si anak dijaga oleh bapanya, mereka memaksa bapanya bercerita tentang kisah cinta ayahnya itu dari mula sehingggalah bapanya itu bertemu dengan ibu anak tersebut.mud
Bagi mereka yang berhati lembut dan mudah menangis, sediakanlah tisu sebelum menonton ya kerana filem-filem ini mampu membuatkan korang mengalir air mata. Hiks!
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.