
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa tampil bersuara berhubung kes kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, yang sehingga kini masih meruntun hati ramai.
Menerusi satu perkongsian di Threads, pelakon berusia 28 tahun itu menegaskan agar keadilan dapat ditegakkan tanpa campur tangan rasuah serta meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap pihak yang bersalah.
Dalam pada itu, Intan turut menitipkan doa agar kebenaran segera terbongkar dan roh Allahyarhamah Zara Qairina terus terbela.
“Doa kami buatmu Zara. Insya-Allah kebenaran akan menyinari jalanmu dan keadilan akan ditegakkan,” tulisnya lagi.
Sebagai rekod, Zara Qairina, 13, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pagi 16 Julai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.