Selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, pelakon sensasi, Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara berhubung kes saman sivil yang difailkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil yang mewakili syarikat Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram miliknya, Intan atau pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid menuntut agar pihak berkenaan menyelesaikan jumlah pembayaran sebanyak RM1.3 juta sebelum 15 Januari 2026.
“Salam sejahtera, setelah hampir tiga (3) tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan,” tulisnya.
Ads
“Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru Pereka Fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh Mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami,” jelas Intan lagi.
“Kenyataan ini dibuat secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas kami memilih untuk menunggu dan menghormati proses perundangan sepenuhnya,” katanya.
Menurut Intan, kenyataan terbuka itu dibuat khusus kepada pihak yang terlibat sahaja dan tidak bertujuan mengaitkan mana-mana pihak lain termasuk pereka fesyen lain dalam industri.
Terdahulu, syarikat Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd. dilaporkan enggan memberi sebarang komen apabila dikaitkan sebagai pihak yang berhutang dengan pelakon tersebut.
Salah seorang pengasas jenama berkenaan, Rizman Nordin sebelum ini menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang biasa apabila nama mereka menjadi sebutan dalam pelbagai isu.
Ads
Pada masa yang sama, Intan mendakwa individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji, namun mula mengelak apabila tiba masa untuk melunaskan hutang seperti yang dipersetujui.
Sementara itu, susulan kenyataan terbuka tersebut, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini kembali menjadi bualan netizen di media sosial selepas dikaitkan sebagai pihak yang dimaksudkan oleh pelakon berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Misha Omar, bakal mengadakan konsert solo terbaharunya yang dinamakanMISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE pada 21 Disember 2024.
Konsert ini akan berlangsung di Odeum at Jiospace, Petaling Jaya, bermula jam 8.30 malam. Ini merupakan konsert solo pertama Misha selepas kali terakhir mengadakan persembahan di Istana Budaya pada tahun 2021.
Berbeza dengan konsert besar sebelumnya, penyanyi lagu popular Sampai Bila itu memilih untuk mengadakan persembahan kali ini dalam skala lebih kecil tetapi lebih bermakna buat para peminatnya. Ini juga adalah cara Misha menghargai peminat yang telah menyokongnya sepanjang dua dekad dalam industri muzik.
Menurut Misha, walaupun konsert ini kecil, ia adalah langkah pertama menuju impian untuk mengadakan konsert yang lebih besar pada masa depan.
“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam industri, saya memang ada impian untuk mengadakan konsert besar.
“Tapi, saya lebih suka bermula dengan langkah kecil sebelum menuju ke sesuatu yang lebih besar,” katanya.
Konsert yang dianjurkan oleh Double M Productions ini dijangka berlangsung selama 90 minit dengan muzik yang disertai oleh pemuzik-pemuzik berprofil tinggi. Misha akan dibantu oleh Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal dan Ayop Azril sebagai pengarah muzik bersama sembilan pemuzik. Selain itu, Jennifer Thompson akan bertindak sebagai pengarah konsert dan Simon Khoo sebagai pengarah teknikal.
Selain itu, Misha juga menjelaskan bahawa nama Back to Basic dipilih kerana ia merujuk kepada perjalanan awal kerjayanya sebagai penyanyi.
“Konsert ini membawa saya kembali ke saat-saat awal saya sebagai penyanyi, ketika pertama kali menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman pada tahun 2002,” tambah Misha.
Bagi para peminat yang sudah lama menantikan Misha kembali ke pentas, konsert ini pastinya satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Misha menjanjikan kejutan menarik untuk semua yang hadir pada malam tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang meminati filem bergenre biografi muzikal, jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah filem biopik Elton John yang berjudul Rocketman.
Diarahkan oleh Dexter Fletcher, filem ini mengisahkan tentang perjalanan karier Elton John yang bermula di Royal Academy of Music sehinggalah beliau berjaya memberi pengaruh muziknya kepada peminat di seluruh dunia.
Watak penyanyi versatile yang pernah popular dengan lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word ini dilakonkan oleh Taron Egerton bersama gandingan actor hebat lain seperti Jamie Bell, Richard Madden dan Bryce Dallas Howard.
Rocketman akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 Julai ini dan apa yang menariknya, macam biasa kami nak berikan pass masuk percuma untuk menonton filem hebat ini.
Jawab soalan mudah dan korang bakal memenagi pass masuk untuk dua orang ke tayangan Rocketman di seluruh pawagam Malaysia.
Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil pass tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
*Pass perlu di ambil dalam masa satu minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan masih lagi hangat bercakap mengenai hubungan antara pelakon sensasi, Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron. Apa yang lebih menarik, isu ini kembali menjadi perbualan orang ramai apabila muncul bukti baru yang menguatkan spekulasi mengenai hubungan mereka pada masa lalu.
Menerusi saluran Youtube, Garo Sero Institute baru-baru ini memuat naik sebuah gambar ‘panas’ Soo Hyun yang didakwa di ambil di kediaman milik Sae Ron.
Lebih mengejutkan lagi, gambar yang tular itu menunjukkan pelakon lelaki berkenaan tampil tanpa memakai seluar sambil mencuci pinggan di kawasan dapur sehingga mengundang persoalan dalam kalangan peminat.
Dalam pada itu, warga internet yang mempunyai ‘mata helang’ segera membandingkan latar belakang dalam gambar itu dengan dapur Kim Sae Ron yang pernah muncul dalam rancangan realiti tvN On & Off pada tahun 2020 dan hasilnya membuatkan orang ramai terkedu kerana terlalu banyak persamaan yang sukar dinafikan.
Gambar Kim Soo Hyun yang didedahkan baru-baru ini dipercayai di ambil di rumah Kim Sae Ron
Antara bukti kuat yang ditemui adalah seperti warna meja dapur dalam foto tersebut sama seperti yang terdapat di kediaman Sae Ron, kedudukan papan pemotong dan mesin pencuci pinggan berada di tempat yang sama seperti dalam rakaman rancangan TV tersebut.
Melalui bukti-bukti ini juga ramai pihak yang percaya bahawa gambar tersebut memang diambil di kediaman Kim Sae Ron, sekaligus menguatkan spekulasi mengenai hubungan mereka.
Mendiang Sae Ron sebelum ini dilaporkan berkongsi gambar kediamannya buat pertama kali pada September 2020, sehingga kini masih belum dapat dipastikan sejak bila beliau mula tinggal di situ.
Kredit: Soompi
Walau bagaimanapun, agensi Soo Hyun, Gold Medalist mendakwa bahawa gambar itu diambil pada Disember 2019 iaitu ketika pelakon wanita itu masih berusia 19 tahun.
Kontroversi ini semakin memanaskan keadaan dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warga internet khususnya peminat industri hiburan Korea. Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum memberikan kenyataan rasmi yang lebih terperinci.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!