Intai Busana Perkahwinan Ariana Grande Oleh Vera Wang. Simple Yet Elegant

Share

Bintang sensasi, Ariana Grande telah mengumumkan yang dia sudahpun berkahwin dengan pilihan hati, Dalton Gomez pertengahan Mei lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu hanya dihadiri 20 orang rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Bila sudah berkahwin pasti ada busana perkahwinan, betul tak? Akhirnya hari ini, penyanyi popular ini telah memuatnaik gambar hari perkahwinannya dalam balutan busana pekahwinan.

Direka oleh pereka fesyen terkenal Vera Wang, busana gaun perkahwinan tanpa lengan potongan empire itu cukup ringkas tanpa perincian manik atau labuci. Namun rekaan yang moden dengan bukaan dan belahan tinggi di bahagian belakang menjadikan ia sempurna buat selebriti berusia 27 tahun itu.


Gaya busana ini dilengkapkan dengan pemilihan layah ber’volume’ potongan pendek paras bahu dan diserikan dengan tampilan riben keras. No crown, no tiara, just a bow.

Dalam satu hantaran di Instagram, Vera Wang berkata, “Untuk muse

yang cukup menakjubkan, betapa hebatnya perjalanan ini bagi kami semua di Vera Wang. Ia merupakan satu kegembiraan dan penghormatan! Semoga anda dan Dalton berbahagia sepanjang hayat.”

Sumber foto: Instagram Ariana Grande

IKLAN