
Bintang sensasi, Ariana Grande telah mengumumkan yang dia sudahpun berkahwin dengan pilihan hati, Dalton Gomez pertengahan Mei lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu hanya dihadiri 20 orang rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Bila sudah berkahwin pasti ada busana perkahwinan, betul tak? Akhirnya hari ini, penyanyi popular ini telah memuatnaik gambar hari perkahwinannya dalam balutan busana pekahwinan.

Direka oleh pereka fesyen terkenal Vera Wang, busana gaun perkahwinan tanpa lengan potongan empire itu cukup ringkas tanpa perincian manik atau labuci. Namun rekaan yang moden dengan bukaan dan belahan tinggi di bahagian belakang menjadikan ia sempurna buat selebriti berusia 27 tahun itu.

Gaya busana ini dilengkapkan dengan pemilihan layah ber’volume’ potongan pendek paras bahu dan diserikan dengan tampilan riben keras. No crown, no tiara, just a bow.
Dalam satu hantaran di Instagram, Vera Wang berkata, “Untuk muse yang cukup menakjubkan, betapa hebatnya perjalanan ini bagi kami semua di Vera Wang. Ia merupakan satu kegembiraan dan penghormatan! Semoga anda dan Dalton berbahagia sepanjang hayat.”
Sumber foto: Instagram Ariana Grande
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Geli Dengan Trend Fesyen But Sangkar Tikus, Label Sebagai Penderaan Haiwan

Trend fesyen pelik baharu di New York iaitu kasut tumit tinggi yang menggunakan sangkar tikus, kini tular di media sosial.
Menurut New York Post, kasut itu dibina oleh pejabat New York Uncommon Creative Studio untuk menarik perhatian.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Highway’ Semakin Sesak, Azhar Sulaiman Saran Anak-Anak Cari Pasangan Yang Menetap Di Kuala Lumpur

Pengasas studio itu, Nils Leonard berkata terdapat tiga juta tikus dan lapan juta manusia di New York, jika kota metropolitan itu biasa dikaitkan dengan penciptaan kasut popular, inilah fesyen.
Sebelum ini tular di media sosial, apabila seorang wanita memakai kasut tumit tinggi dengan sangkar tikus bahagian tumit kasut, meraih perhatian netizen.

Video itu dikongsi oleh pengguna Janette Ok pada 10 Februari dengan kapsyen.
“jika #ratatouille mempunyai plot twist yang bergaya, namun ini mempamerkan seorang wanita dengan yakin memakai kasut yang luar biasa dengan sangkar yang dilekatkan pada but”
Gaya itu dijangka menarik minat daripada pihak industri fesyen dan penonton.
Bagaimanapun, ia turut mendorong perbincangan di platform media sosial dengan ramai yang melabel pernyataan fesyen itu sebagai penderaan haiwan.

“Huge animal abuse! Disgusting,” tulis seorang netizen.
“Stop, please stop,” komen seorang lagi.
“Stop abusing poor animals!” komen juga pengguna lain.
SUMBER: Instagram Janette OK
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang Miss Teen USA 2021 Hampir Terjatuh Sambut Kemenangan

Musim pertandingan ratu cantik secara rasminya telah bermula bagi penganjuran akhir tahun ini. Terbaru, gadis bernama Breanna Myles dari Florida telahpun dinobatkan sebagai Miss Teen USA 2021 pada pagi ini.

Reaksi spontan Breanna yang hampir terjatuh sewaktu namanya diumumkan sebagai Miss Teen USA 2021 telah menjadi bualan ramai. Breanna yang bersaing sengit dengan wakil District of Columbia menantikan nama pemenang dengan penuh berdebar sebelum dia berteriak riang dan hampir terjatuh kerana tidak mempercayai tuah menyebelahi dirinya pada edisi kali ini.
Menariknya, ini bukanlah kali pertama Breanna ‘terjatuh’ di pentas pertandingan ratu cantik.
Gadis berusia 18 tahun ini terlebih dahulu pernah menyertai pertandingan Miss Florida Teen USA pada tahun 2020 dan berpuas hati di kedudukan keempat terbaik WALAUPUN di terjatuh pada waktu tersebut.
Breanna tidak mudah menyerah kalah apabila dia sekali lagi mencuba nasib di pertandingan Miss Florida Teen USA pada tahun 2021 dan berjaya menjuarainya, Julai lalu.

Kemenangan Breanna pada hari ini sekaligus mencipta sejarah apabila dia menjadi wakil Florida pertama untuk memenangi Miss Teen USA dalam sejarah penganjurannya. Tidak sia-sia dia memperolehi tempoh setahun untuk memperbaiki skilnya sebagai peserta!
Sedikit info menarik mengenai Breanna. Asalnya, dia telah dilahirkan di Kentucky dan merupakan gadis berdarah kacukan Republik Dominica daripada ibunya manakala ayahnya berdarah Afrika-Amerika.

Pada usia tujuh tahun, mereka berpindah ke Florida dan sejak itu, dia dibesarkan di Port St. Lucie hinggalah baru-baru ini menamatkan pengajian di Sekolah Menengah.
Breanna membuktikan dirinya bukan saja cantik malah bijak apabila dia turut menamatkan kursus ‘dual enrollment’ daripada Indian River State College sewaktu di sekolah. Untuk pengetahuan, kursus ini dikhususkan untuk pelajar di kolej atau universiti di Amerika Syarikat dan pelajar bebas untuk mengambilnya ataupun tidak.


Sebelum ke Oklahoma untuk menyertai pertandingan Miss Teen USA 2021, Breanna telahpun berjaya menempatkan dirinya di Florida State University dan sempat mengikuti mengambil Sains Komputer serta Persembahan Pentas Muzikal. Katanya selepas ini, dia ingin meneruskan pengajian dan mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera perisian; pada waktu yang sama dia akan terus bersama organisasi Miss Teen USA sebagai wakil mereka untuk tempoh setahun.
Jujurnya, kami cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan olehnya untuk bergiat aktif dalam dunia ratu cantik biarpun jadualnya sibuk sebagai pelajar.
Tahniah Breanna Myles!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Happy World Sleep Day, Ini Manfaat Tidur Yang Korang Perlu Tahu

13 Mac 2020 dipilih sebagai World Sleep Day bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk dunia tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan pemanduan.
Sambutan ini diperkenalkan oleh World Sleep Day Committee of World Sleep Society dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.
Mereka terdiri daripada individu yang bekerja dalam sektor perubatan, mengambil bidang kesihatan khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.

World Sleep Day diraikan pada hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox berlaku setiap tahun. Untuk tahun ini, sambutan hari tidur sedunia disambut pada 13 Mac dan pada tahun hadapan, ia akan berlaku pada 12 Mac 2021.
Hm, tak sangka pula tidur pun diangkat sebagai satu sambutan bagi masyarakat dunia. Tapi, ada relevannya juga kerana segelintir individu terlalu menghabiskan masa dengan kerja sehingga mengambil mudah soal tidur dan berehat.
Manusia dewasa lazimnya memerlukan waktu tidur selama 7 ke 8 jam sehari, tapi dek kerana kepadatan jadual kerja, ada yang tidur hanya 4 jam sehari.

Selain itu, tidur juga sebenarnya mempunyai manfaat seperti berikut:
1. Jantung lebih sihat
Tidur yang berkualiti mengurangkan beban terhadap jantung anda, kerana tekanan darah dan kadar degupan jantung menurun pada waktu malam.
Sementara itu, orang yang kurang tidur atau tidur terlalu banyak berisiko tinggi untuk menghidap Hiperlipidemia, di mana keadaan kolesterol di dalam darah berada pada tahap tinggi, yang boleh menjadi punca serangan jantung atau strok.
2. Berat badan yang sihat
Kurang tidur boleh menganggu keseimbangan hormon ghrelin dan leptin di dalam badan, di mana kedua-dua hormon ini boleh mengawal atau menambah selera makan yang menyebabkan pengambilan kalori berlebihan sehingga berat badan bertambah.
3. Mengawal emosi
Tidur dan emosi mempunyai kaitan yang rapat; kekurangan tidur boleh menyebabkan emosi terganggu dan tekanan, sementara mengekalkan corak tidur yang sihat dapat membantu meningkatkan kesejahteraan emosi.
4. Memori dan konsentrasi
Tidur juga membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, konsentrasi dan produktiviti.
Wah, mesti ada yang rasa nak sambung tidur kan? Hiks!
Sumber: worldsleepday.org
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

