
Pelakon berbakat besar, Anna Jobling mendedahkan dirinya mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah umrah, pada tahun hadapan.
Menerusi sebuah hantaran di akaun 14arcv, peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu tampil berkongsi perancangan murninya tersebut ketika dia membuat siaran langsung di TikTok.
Artikel Berkaitan: Usaha Keras Lepas Dewi Remaja 18/19 Buahkan Hasil, Anna Jobling Antara Yang Dicari Di Google Malaysia Sepanjang Tahun

“Ada sebenarnya Anna nak pergi umrah tahun depan. Insya-Allah, doakan,” katanya.
Menerusi siaran langsung yang sama, ada juga peminatnya yang bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang Anna inginkan.
Pemiliki nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu bagaimanapun, menyatakan tidak mahu mencari teman lekai atau sesiapa buat masa ini.

“Saya tidak mahu mencari lelaki. Saya tidak mahu mencari sesiapa,” ujarnya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat mendoakan agar urusan pelakon berusia 22 tahun itu untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan tercapai dan dipermudahkan.
SUMBER: TikTok 14arcv
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sweetnya Bila Finalis Dewi Remaja Tolong Suapkan KFC Kepada Makcik-Makcik Ni..

Alahai, bestnya.
Mesti laju je kan makan ayam kalau gadis-gadis cantik ini yang tolong suapkan ayam KFC ke mulut kita.
Sudahlah KFC memang terkenal dengan kesedapan dan kerangupan ayam gorengnya, resipi turun temurun sejak ratusan tahun ini memang sangat popular dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Tapi lagi laju kalau finalis Dewi Remaja yang terdiri dari Affie Rania, Sherin, Anna Jobling, Haneesya Hanee, Tia Sarah dan Arena Iman yang tolong suapkan. Sedap je kan makan ngadap-ngadap ni.

Kunjungan finalis Dewi Remaja ke Pusat Jagaan Titian Kasih OKU Nur di Rawang, Selangor dalam episod tujuh dengan membawakan set Snack Plate KFC terdiri dari dua ketul ayam, whipped potato, coleslaw dan roti yang lembut membuatkan hari penghuni Rumah Titian Kasih OKU Nur ni begitu ceria.


Sebagai sebuah syarikat korporat yang prihatin terhadap golongan kurang upaya, KFC memberi peluang kepada para finalis untuk turun padang dan melihat sendiri bagaimana kehidupan individu yang tidak berkemampuan. Secara tidak langsung, ia dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan prihatin kita sesama manusia.
Seorang dari finalis Affie Rania menzahirkan rasa syukurnya kerana dapat bertemu golongan tidak bernasib baik ini.
“Rania cuma anak tunggal dan hanya ada Mama dan Papa. Bila lihat golongan tidak bernasib baik ini, rasa sedar betapa perlunya kita menjaga orang tua di usia mereka. Setiap orang mungkin tidak sama nasibnya tetapi kalau mereka boleh menjaga kita dengan penuh kasih sayang ketika kecil, kenapa kita perlu ada banyak alasan untuk menjaga mereka,” katanya yang langsung tidak kekok bermesra dengan golongan tua dan OKU di pusat jagaan ini.

“ Apa yang paling buatkan saya terkesan semasa berada di sana ialah bagaimana anak-anak mereka meninggalkan ibu bapa masing-masing dalam keadaan sebegitu rupa. Ada yang sudah lama tak terima kunjungan daripada anak sendiri.

“Guys, don’t ever let your parents feel that way. Mereka telah menjaga kita dari kecil without complaints. Lepas dah berjaya, korang tinggalkan pula kerana anggap mereka sebagai beban…,” katanya yang tidak kekok dengan tugasan minggu ini.
“Hadiah RM1,000 daripada KFC Malaysia yang saya terima ni, saya dermakan kepada Rumah Titian Kasih & Pusat Jagaan OKU Nur. Mereka memang sukakan ayam KFC, jadi saya harap mereka akan enjoy dengan pemberian ini.”

Sementara itu bagi Haneesya Hanee, mendekati penghuni di sini membuatkan dia sedar betapa pentingnya sokongan keluarga terhadap golongan lebih berusia.
“Hanee sempat berbual dengan mereka. Ada yang sakit dan bila kami datang melawat, mereka begitu ceria. Seronok tengok mereka terhibur termasuk menari,”katanya yang menghabiskan setengah hari bersama golongan istimewa ini.

Tidak hanya menikmati set Snack Plate yang enak tetapi apa yang lebih menerujakan apabila kebanyakan penghuni ini sama-sama menari bila mana lagu Poco-Poco berkemundang. Gelagat finalis Dewi dan penghuni begitu menghiburkan. Namun lebih teruja apabila ada penghuni meminta lagu Chicken Dance dan finalis begitu sempoi menari bersama mereka.


Wajah-wajah keriangan terpancar di wajah mereka sambil menikmati ayam KFC yang enak.

Dalam pada itu, Arena Iman berkata, melihat kepada nasib adiknya, Adam yang mengalami autisme, dia bersyukur kerana adiknya dijaga dengan begitu baik di rumah.
“Cuma Arena terfikir bagaimana jika Arena tiada dan ibu bapa kami juga tiada. Bagaimana dengan nasib Adam kelak,”katanya yang kelihatan gembira melayan penghuni bermain belon.
Thank you KFC Malaysia & Add Hope Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
This Is It, TOP 12 FINALIS DEWI REMAJA 2018/19!

Sejak pertandingan mencari bakat gadis-gadis tanah air, DEWI REMAJA diperkenalkan kira-kira 33 tahun yang lalu kita telah menyaksikan lahirnya nama-nama besar dalam industri hiburan.
Dan sebenarnya, nama-nama yang lahir dari pertandingan ini tidak lagi perlu kami sebutkan kerana bintang-bintang mereka yang bergemerlapan telah menjadi bukti bahawa DEWI REMAJA merupakan platform pencarian bakat mempunyai kredibiliti tersendiri.
Sepanjang sembilan edisi yang dianjurkan sebelum ini begitu ramai bakat-bakat luar biasa daripada generasi mereka. Kini tiba masanya untuk REMAJA meneruskan legasi tersebut untuk mencari siapakah juara edisi ke-10, DEWI REMAJA 2018/19!

Semalam bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah berlangsung majlis sidang media dan pengumuman siapakah di antara TOP 20 DEWI REMAJA 2019/19 terpilih ke peringkat seterusnya iaitu menjadi Finalis DEWI REMAJA 2018/19.
Melihatkan jumlah media yang datang membuat liputan REMAJA yakin edisi terbaru ini bakal menjadi antara penganjuran yang terbaik.
Kesemua peserta TOP 20 hadir dengan menggayakan pakaian lengkap, head-to-toe berwarna putih. Di sebalik senyuman mereka sebenarnya terselindung rasa gugup dan berdebar menantikan keputusan.

Di laman media sosial terutama di Instagram REMAJA pula ramai mula membuat ramalan siapakah yang akan layak menjadi finalis. Tak kurang juga penyokong masing-masing yang tidak putus-putus memberikan sokongan dengan hashtag masing-masing.
Mungkin dalam masa yang terdekat setiap TOP 12 akan mempunyai hashtag tersendiri? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Turut hadir pada sidang media ini ialah dua tunjang utama penganjuran DEWI REMAJA tahun ini iaitu Pengurus Saluran Astro RIA, Emarina Mohd Kamal dan Farah Husammuddin, Penerbit Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Penganjuran DEWI REMAJA 2019/19 dengan tema ‘PESONAKAN BINTANGMU’ kali ini dilihat mempunyai liputan yang cukup menyeluruh merangkumi program TV, kandungan digital dan media sosial serta sokongan radio. DEWI REMAJA 2019/19 akan ditayangkan setiap hari Ahad jam 10:30 malam menerusi saluran Astro RIA (104) dan Astro RIA HD (123) bermula 25 November 2018.

Manakala kandungan digital dan media sosial pula di laman sesawang rasmi REMAJA iaitu di wwww.remaja.my/dewi dan laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter (Majalah Remaja). Radio ERA pula bertindak sebagai radio rasmi. Turut diumumkan Scha Alyahya sebagai hos yang turut menjayakan tugas ini dalam HERO REMAJA tahun lalu dan Hans Isaac sebagai juri tetap.
BACA: 8 Fakta Menarik Sepanjang Uji Bakat DEWI REMAJA 2018/19
Kepada yang berjaya layak menjadi finalis TOP 12 DEWI REMAJA 2018/19, team REMAJA ingin mengucapkan tahniah dan all the best. Timbalah pengalaman, pengetahuan dan cungkil potensi diri ke tahap yang paling tinggi dalam diri. Just be yourself, yakin diri dan paling penting disiplin haruslah dijaga. Buat TOP 20 yang tak terpilih jangan putus asa mungkin rezeki lebih berpihak kepada 12 orang yang terpilih. Sejujurnya setiap seorang daripada korang mempunyai potensi yang cukup hebat.
Okay that’s it! Jom kita kenali serba sedikit latar belakang TOP 12 DEWI REMAJA 2018/19!
HANEESYA

Nama penuh: Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan
Tarikh lahir: 11 Februari 2000
Usia: 18 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pandai menari, bergelar model sepenuh masa sejak berusia 15 tahun, pelakon ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek’ dan mempunyai cabaran kondisi dyslexia, scoliosis dan thalasemia.
TIA SARAH

Nama penuh: Siti Sarah Shah Binti Nasser Shah
Tarikh lahir: 6 September 2000
Usia: 18 tahun
Asal: Klang, Selangor
Pelajar jurusan TESL, fasih berbahasa Inggeris, suka mengacara, melukis dan mengembara. Mengidolakan Ryan Seacrest dan Jimmy Fallon.
ANNA JOBLING

Nama penuh: Anna Ellisa Gustin Jobling Binti Abdul Rahman
Tarikh lahir: 14 Ogos 2000
Usia: 18 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Seorang perenang, mahir bermain alat muzik saxsofon dan piano, berdarah kacukan Inggeris dan Portugis Melaka. Memiliki 14 ekor kucing dan seorang vegetarian.
ARENA IMAN

Nama penuh: Arena Wan Mun-Yi Binti Iman Wan
Tarikh lahir: 16 Disember 1999
Usia: 19 tahun
Asal: Damansara, Selangor
Mahir bermain gamelan, piano, ukelele dan gitar. Kakak kepada Adam ‘Adam Autism Family’ dan bapanya Iman Wan merupakan komposer terkenal. Terlibat secara aktif dalam pelbagai TVC.
AFFIE RANIA

Nama penuh: Tunku Affie Rania Binti Tunku Fauzi
Tarikh lahir: 11 November 1999
Usia: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pelajar dalam jurusan peniagaan di Monash University. Mempunyai skill beatbox dan hobinya bermain futsal. Ibu merupakan bekas peserta DEWI REMAJA 2018/19, Che Puan Mimi Wahedah.
LYDIA DEL SAL

Nama penuh: Lydia Del Sal Binti Lawsin @Lawrince
Tarikh lahir: 27 Januari 1998
Usia: 20 tahun
Asal: Sepanggar, Sabah
Pernah menjuarai Ratu Runggus Matunggong, Ratu Grand Merdeka Mall 2018. Pernah muncul dalam drama ‘Kuramanis’ dan filem ‘NegaraKu 16 September’.
AWEEN

Nama penuh: Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail
Tarikh lahir: 6 Oktober 1998
Usia: 20 tahun
Asal: Kuala Krai, Kelantan
Seorang pesilat dan kini bekerja sebagai juru runding kecantikan. Pernah muncul sebagai pelakon tambahan filem ‘Munafik’.
RASYA

Nama penuh: Rasya Sofea Binti Mohd Nasurdin
Tarikh lahir: 29 Januari 1996
Usia: 22 tahun
Asal: Kajang, Selangor
Pernah bergelar gimnas dan cheerleader. Muncul menerusi pelbagai TVC seperti Petronas Merdeka 2015, Safi, SEJORA dan Lovelilykl. Berdarah kacukan Perancis, Siam, Arab, Baba Nyonya, India dan Cina.
ZEERA AZIZI

Nama penuh: Nurazeera Binti Azizi
Tarikh lahir: 16 Januari 1996
Usia: 22 tahun
Asal: Jenjarom, Selangor
Kini bertugas sebagai pramugari, pernah mengeluarkan single ‘Kehilangan’ dan juga viral ‘Pramugari Cantik Sukan SEA’. Merupakan kakak kepada pelakon/penyanyi, Neera Azizi.
SHERIN

Nama penuh: Sherin Amiri Binti Karim Amiri
Tarikh lahir: 16 Februari 1995
Usia: 23 tahun
Asal: Kuala Lumpur
3 tahun bergelar pramugari, masih belajar dalam bidang komunikasi massa di Segi College dan pernah menjadi model TV bagi KFC, Rexona dan Mee Sedap. Fasih berbahasa Farsi. Ayah berketurunan Iran/Rusia dan ibu, Melayu.
ERNISHA

Nama penuh: Erni Nurshahira Binti Khairul Nizam
Tarikh lahir: 5 Januari 1995
Usia: 23 tahun
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Mempunyai skil menguruskan event dan kini bekerja sebagai PR Executive. Seorang sosial media influencer.
FAZ

Nama penuh: Fazni Fazreen Fazeera Binti Faizul
Tarikh lahir: 11 Februari 1998
Usia: 20 tahun
Asal: Segamat, Johor
Pernah menjadi bakat di bawah MIG (2014-2015), muncul dalam beberapa buah filem seperti ‘Dubai Im In Love’, ‘Surf This Love’ dan juga muzik video ‘Sejati’ dari Faizal Tahir.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi Hos Karpet Merah AJL33, Anna Jobling Buktikan Kemampuan

Pencarian Dewi Remaja 2018/19 baru saja melabuhkan tirainya, namun rezeki ternyata berpihak kepada Anna Jobling kerana sudah terpilih untuk menjadi hos karpet merah di Anugerah Juara Lagu 33.
Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan antara salah satu acara tahunan terbesar dan sudah pasti ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan berprestij ini.
Mendapat tawaran daripada sebuah stesen televisyen swasta tanah air seperti satu mimpi buat finalis tempat keempat Pencarian Dewi Remaja 2018/19.
“Saya sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh E! Show untuk menggendalikan acara karpet merah Anugerah Juara Lagu 33 semalam. Perasaan bercampur baur, happy dan gementar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjadi hos, apa lagi untuk satu acara yang besar seperti AJL,” jelas Anna.

Tidak mensia-siakan peluang yang ada, Anna menyahut cabaran yang diberi dan berusaha untuk melakukan sehabis baik bagi membuktikan bahawa dia juga mampu melakukan tugasan ini walaupun tiada pengalaman.
“Alhamdulillah, pada mulanya saya memang rasa nervous tetapi lama-kelamaan jadi lebih selesa pula untuk interview barisan selebriti yang ada. Lagi pun, tugasan ini memerlukan saya untuk berbahasa Inggeris, itu yang membuatkan saya lebih selesa dan confident. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu saya belajar untuk terus sukses dalam industri ini,” katanya.
Dayang Nurfaizah & Sufian Suhaimi pilihan Anna Jobling
“Saya berpeluang untuk menemubual Dayang dan Sufian sebelum acara bermula lagi. Tak sangka mereka antara pemenang malam semalam. Dayang was so humble dan dia buat saya rasa selesa macam bercakap dengan kawan-kawan. Hehe!”

“Begitu juga dengan Sufian Suhami, persembahannya cukup untuk membuatkan hati penonton tersentuh dan dia menyampaikan lagu Di Matamu itu dengan begitu baik sekali. Sudah tentu dua orang finalis ini menjadi pilihan saya untuk acara AJL semalam,” jawabnya lagi.
Perkembangan selepas Pencarian Dewi Remaja 2018/19
“Saya sekarang sibuk menghadiri casting dan sesi photoshoot sekarang. Selepas Dewi Remaja, kehidupan saya sedikit berbeza dengan sebelum ini. Kalau keluar rumah dah ada yang kenal dan ingin mengambil gambar bersama. Malah, di AJL semalam pun ramai yang menegur saya untuk bergambar,”

“Secara tak langsung saya rasa lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong kami sejak dalam Dewi Remaja lagi.”
Tahniah kami ucapkan kepada Anna Jobling kerana berpeluang untuk menjadi hos karpet merah dalam acara besar seperi AJL ini. Semoga rezeki Anna akan terus bersinar and all the best to you, girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

