Instagram Perkenal Bully-Filter, Tiada Lagi Cacian Golongan ‘Bawang’ Selepas Ini?

Share

Hari di mana ‘makcik dan pakcik Bawang’ akan senyap semula bakal tiba tak lama lagi. Mungkin.

 

Dalam perkongsian bersama pengguna mereka di seluruh dunia, Instagram hari ini mengumumkan bahawa mereka akan cuba untuk mengelakkan lebih banyak isu buli siber dengan memperkenalkan fungsi Bully Filter.

Bermula hari ini, Instagram akan mengekang kemasukan komen yang berbaur ‘buli, cacian melampau, perkauman, body shaming, seksual dan pelbagai lagi’ yang dilihat semakin giat ditulis oleh pengguna Instagram di bahagian komen pengguna lain.

“Untuk pengetahuan semua, kami tidak akan berdiam diri dengan isu buli di Instagram. Peraturan pengguna kami selama ini sememangnya melarang apa-apa jenis buli siber di platform ini.

“Dengan fungsi baru ini, Instagram akan lebih positif dan boleh digunakan oleh semua pihak tanpa rasa takut.”

 

* * * * *

 

Konsepnya mudah. Fungsi bernama DeepText ini boleh mengenal pasti komen ‘tidak berperikemanusian dan spammy‘ di dalam sekurang-kurangnya 9 jenis bahasa. Kemudian, komen tersebut akan dibuang secara automatik.

Bagaimanapun, pengguna Instagram masih boleh pergi ke bahagian setting dan menutup fungsi tersebut jika mereka mahu. Pengguna Instagram juga masih boleh menutup fungsi bahagian komen agar pengikut mereka tidak boleh menaip sebarang komen balas.

Disebabkan kebanyakan daripada remaja hari ini terikat dengan dunia Instagram, penulis merasakan fungsi ini adalah jalan terbaik bagi mengelakkan aplikasi ini berubah menjadi lebih negatif dan offensive.

Malah, selebriti seperti Neelofa juga menyambut baik pengenalan Bully Filter agar semua orang boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyebarkan positiviti.

Ia juga selaras dengan kempen ‘Hentikan Bully Siber’ yang dilancarkan oleh para selebriti termasuklah Neelofa pada bulan lepas.

 

* * * * *

 

Selain daripada memperkenalkan fungsi ‘Bully Filter’ tersebut, pengguna Instagram juga akan memperoleh beberapa lagi penambahan menarik di dalam aplikasi kegemaran mereka itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO dan rakan pengasas Instagram, Kevin Systrom di akaun Instagram-nya sendiri, dia berkata, “Instagram hari ini akan memperkenalkan beberapa lagi fungsi baru.

“Kami berkolaborasi bersama beberapa lagi aplikasi lain seperti Spotify dan GoPro (besar kemungkinan untuk memasukkan lagu ke dalam video dan gambar, serta jenis kamera GoPro).

“Kami juga akan perkenalkan efek kamera baru agar lebih banyak rakan aplikasi yang boleh tawarkan fungsi mereka untuk pengguna Instagram di Stories. Juga, akan ada fungsi ‘Explore’ dan fungsi Video Call ,” kata beliau lagi.

Banyak tu!

Cuma penulis terfikir, agaknya pesaing Instagram terdekat seperti SnapChat akan perkenalkan tak fungsi baru mirip Instagram, SEBELUM Instagram sempat melakukannya..? Hehe.

Spread some love, people!

 

IKLAN