Ramai selebriti di Malaysia pernah menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab menggodam Instagram mereka, termasuklah Ramona Zamzam, Adibah Noor dan Alif Aziz yang sebelum ini turut mengalami situasi IG di hack.
Tidak hairanlah mengapa golongan selebriti yang dijadikan sasaran kerana dengan jumlah pengikut yang ramai, individu tidak bertanggungjawab ini boleh membuat duit dengan menjual akaun peribadi mereka.
Terbaru, Miss Universe Malaysia 2020 iaitu Francisca Luhong James menjadi mangsa apabila akaun instagramnya juga turut digodam. Semua gambar personaliti ini telah dipadam dan hanya tinggal dua foto terbaru yang dimuat naik.
Ekoran daripada situasi yang terjadi pada Francisca ini, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar juga turut berkongsi kepada Remaja bahawa instagramnya juga cuba digodam oleh individu yang sama.
“Kelmarin, Harris juga hampir terkena kerana akaun IG tersebut turut menghantar mesej melalui DM dan tanpa berfikir panjang, Harris terus block akaun terbabit. Pandai dia tukar nama verified support, bahaya sangat jika ada yang terpedaya,”
Ads
“Perkara seperti ini perlu dikongsi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, khusunya golongan selebriti yang sering menjadi mangsa. Takut ramai pula nanti yang terkena. Setahu Harris, jika berlaku apa-apa memang pihak Instagram akan terus email kepada kita dan alliance dia mesti @instagram dan bukannya instagramsupport@gmail.com. Itu yang Harris tahu la,”
Ads
“Jadi Harris berharap seluruh pengguna media sosial lebih berhati-hati selepas ini dan tidak sewenangnya terpedaya dengan segala mesej yang diterima,” jelas Harris lagi.
Ish, memang jahat betul orang yang suka hack akaun Instagram orang lain ni. Cubalah kepakaran korang tu disalurkan pada tempat yang betul dan bukannya buat kerja haram seperti ini.
So guys, hati-hati dan jangan mudah terpedaya okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.
Rata-rata masyarakat mahu merakam proses tersebut untuk mengelakkan rasa was-was dan gusar sekiranya mendapat picagari kosong. Walaupun pihak berwajib telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya pemberian vaksin kosong adalah amat kecil.
Namun, kerajaan kini membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jururawat juga perlu menunjukkan picagari.
Sebaliknya, pemberi vaksin diarahkan untuk menerangkan dan menunjukkan kepada penerima proses mengisi vaksin ke dalam picagari dan penerima juga boleh mengawasi proses tersebut bagi mengelakkan rasa was-was.
Menurut Khairy Jamaluddin lagi jururawat yang mengaku menyuntik penerima vaksin dengan picagari kosong telah diberi amaran. Jelasnya, individu terbabit juga akan menjalani proses tatatertib.
Viral sebelum ini apabila seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi. Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.
Sebelum ini timbul isu ‘double standard’ daripada netizen apabila para selebriti dibenarkan merakam setiap momen ketika menerima suntikan vaksin, sedangkan rakyat biasa tidak dibenarkan.
Ekoran daripada kemelut politik di Malaysia kini, ‘roadblock’ atau sekatan jalan raya telah dilakasanakan oleh pihak Polis bagi mengelak sebarang provokasi atau perkara yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tujuan SJR tersebut dibuat adalah sebagai kesiapsiagaan bagi menjamin tahap keselamatan.
Acryl berkata tindakan tersebut dikesan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan dan orang ramai dilihat memuat naik kandungan yang dipercayai menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi diraja.
Sumber ; Twitter PDRM
“Langkah mendirikan SJR ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap ‘omnipresence’ bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.
“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak.
“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ini tidak bermakna korang boleh cari ‘jalan tikus’ pula ya. Atur perjalanan dengan baik, mungkin informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingat lagi tak kejadian penghujung tahun lalu yang menimpa seorang rakyat Malaysia, Danial Arief Ahmad Fuat, 22 tahun yang separuh dari kakinya hancur ketika mencari bekerja di sebuah kilang pengitar sampah di Samseong, Seoul Korea Selatan.
Ketika kejadian, Danial dikatakan sedang bekerja sebelum mesin pengisar sampah tersebut tersangkut menyebabkan dirinya perlu masuk dan mengorek sampah yang melekat di mesin bagi membolehkan ia beroperasi semula.
Namun tiada siapa menduga, mesin tersebut bergerak semula sekaligus mengakibatkan separuh dari tubuhnya dikisar dalam kejadian yang dikatakan amat menggerikan.
Beginilah keadana Danial ketika kejadian empat bulan lalu sekaligus mengakibatkan kakinya perlu dipotong segera demi menyelamatkan nyawanya
Selepas empat bulan kejadian dan untuk mengikuti perkembangan terkininya, REMAJA menghubungi Danial Arief yang kini sedang menjalani rawatan di Ajou University Hospital, Korea Selatan.
Saat dihubungi, Danial menjelaskan dirinya dalam keadaan sihat. Dirinya baru saja selamat menjalani pembedahan kali ke lima iaitu mengambil kulit di bahagian perutnya untuk ditampal di peha yang tinggal sebelah.
Danial yang kini menenerima rawatan di Ajou University Hospital, Korea Selatan mengakui semakin sembuh dan meminta agar rakyat Malaysia mendoakan agar dia dapat segera balik ke Malaysia
“Pembedahan dilakukan 19 hb lalu jam 6 petang. Alhamdulillah, dua jam kemudian, saya sudah selesai. Buat masa ini dalam proses pemulihan dan perlu di dressing setiap hari,”katanya lagi.
Berat tinggal 65kg
Mengakui dahulu beratnya 120kg ketika mula bekerja, namun hari ini tubuhnya hanya tinggal 65 kg sahaja. Terbaring di katil hospital menunggu proses pemulihan selain pembedahan demi pembedahan membuatkan berat dirinya berkurangan dengan banyak.
“Jujurnya saya rindu dengan masakan Malaysia tambah pula saya orang Penang. Tahu sajalah tempat itu syurga makanan. Tapi sekarang di sini, hanya nasi dan ikan rebus seperti salmon,”katanya yang tidak sabar kembali semula ke tanah air.
Namun keadaan dirinya yang belum sembuh sepenuhnya membuatkan anak muda ini tidak pasti bila boleh pulang ke tanahair.
Danial akui rindu masakan Malaysia tambahan pula dia berasal dari Pulau Pinang yang merupakan syurga makananDirinya dikunjungi rakan taulan yang memberikan semangat untuk cepat sembuh
Tidur masih lagi mimpi kaki dikisar
Tentu ramai ingin tahukan, bagaimana keadaan Danial selepas empat bulan berlalu.
“Jujurnya, boleh dikatakan saya agak kerap termimpi kaki dikisar mesin. Ada ketika sakitnya masih terasa. Ada ketika sampai demam-demam. Ikutkan emosi tidak berapa stabil tapi saya cuba untuk positifkan diri dan menghadapi ujian ini dengan baik,”katanya memaklumkan dirinya sesekali ditemani ayahnya yang datang melawatnya di Korea.
“Ayah yang jaga saya.Bila dia balik ke Malaysia, selang nanti ayah akan datang semula sebab risau. Mak pula di Pulau Pinang menantikan kepulangan saya,”katanya yang pernah menjalani pembedahan membuang pangkal pehanya kerana dijangkiti kuman.
Saat ditanya bolehkan diberi gambar terkini keadaan kakinya, kata Danial buat masa ini kaki itu belum sembuh dan dia meminta maaf kerana tidak dapat berkongsi gambar berkenaan.
Dalam masa yang sama, saat ditanya bagaimana kos biaya rawatannya, kata Danial, dia tidak tahu berapa jumlah terkini dan bapanya yang uruskan segalanya.
Tambahnya lagi, agen dari Korea yang mengambilnya bekerja sering mengambil berat akan keadaannya malah jika bapanya datang menziarahi ke Korea, bapanya akan duduk di rumah sewaan disediakan untuk pekerja.
“Saya sangat bersyukur kerana agen ini masih ambil berat keadaan diri saya selepas kejadian ini.Pihak kilang memang sudah lepas tangan akan kes ini dan Cuma agen ini saja yang banyak membantu. Masa yang sama, saya memang tidak tahu berapa banyak kos pembedahan dan selama saya tinggal di hospital.
“Saya cuma mahu kembali sihat dan segera balik ke tanahair,”katanya lagi.
Bagi korang yang mahu membantu Danial untuk membayar bil perubatannya boleh salurkan ke akaun Bank Islam milik bapanya, Ahmad Fuat Yun di akaun 07052020304338. Hari ini kita bantu orang, mana tahu esok lusa orang bantu kita pula kan.
Jom doakan kesembuhan segera buat Danial Arief. Mohon dirinya diberi kekuatan dan semangat yang kuat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!