Inspirasi Fesyen Muslimah Indonesia Jadi Keunikan Koleksi Pertama FarahAlya

Share

 

Setibanya tarikh satu Ramadan, tentunya peniaga fesyen di Malaysia kini sedang berlumba-lumba memperkenalkan koleksi pakaian Aidilfitri. Kadangkala, masing-masing dilihat tidak mahu kalah dengan rekaan dan potongan baharu.

Namun buat jenama FARAHALYA yang baru sahaja memperkenalkan koleksi pertama sempena Ramadan ini, mereka lebih gemarkan identiti pakaian muslimah evergreen yang boleh dipakai pada bila-bila masa serta untuk apa jua tujuan.

Menurut pengasas FARAHLYA iaitu Datin Hamizan Puteh, mereka terlebih dahulu telah mengkaji apa yang digemari oleh remaja sekarang yang inginkan sesuatu yang santun, sopan, selesa digayakan dan paling penting, fashionable.

Orang kata, tak malulah untuk sesiapa sarungkan pakaian berkonsepkan jubah ini ke mana-mana.

Datin Hamizan Puteh

“Selama setahun, kami kaji fesyen remaja di Indonesia yang gemar tampil bergaya walaupun modest. Di sana, pakaian seperti jubah ini bukan hanya untuk digayakan semasa Hari Raya Aidilfitri sahaja tetapi juga boleh dipakai pada bila-bila masa ke mana saja.

“Pakaian di Indonesia tidak gentar untuk bermain dengan warna biarpun ia digelar ‘Muslimah wear’ Jadi itu sesuatu yang ingin diterapkan oleh FARAHALYA iaitu identiti elegan biarpun aurat ditutup rapi.

“Di media sosial pun, semakin ramai remaja yang tidak segan memuat naik OOTD (outfit of the day) dengan pakaian muslimah seperti ini. Jadi, menerusi koleksi ini, FARAALYA memberi lebih banyak pilihan kasual kepada mereka,” kata Datin Hamizan.

Tambah menarik lagi apabila jenama FARAHALYA ini juga mendapat sentuhan anak tunggalnya sendiri, Farah Alya yang kini sedang menuntut di Australia.

*

Melihat kepada koleksi pertama FARAHALYA yang dinamakan sebagai ZYZAH ini, ia jelas mendapat tempias potongan jubah dan gaun labuh pada masa yang sama.

Jom lihat lima aspek yang membuatkan koleksi ZYZAH ini menarik untuk dimiliki.

Lima pilihan warna pastel yang diperkenalkan menjadikannya pilihan yang segar.

Dari segi material, ia diperbuat daripada fabrik Japanese Cotton di mana ia mempunyai efek kilauan yang tidak keterlaluan.

Tak perlulah untuk korang risau dengan isu ‘order lain, dapat lain’ kerana FARAHALYA mementingkan aspek fabrik yang selesa dan cantik terletak.

Di bahagian lengannya mempunyai zip untuk memudahkan pemakai mengambil wuduk.

Di bahagian hadapan juga mempunyai bukaan zip untuk memudahkan ibu yang menyusukan anak.

Hanya 1000 helai saja dijual demi memastikan rekaan yang dikeluarkan oleh FARAHALYA tidak dimakan zaman.

*

Koleksi ZYZAH oleh FARAHALYA ini boleh korang miliki pada harga RM129 setiap satu dalam saiz S hingga XL di LAMAN WEB & INSTAGRAM mereka.

IKLAN