Setibanya tarikh satu Ramadan, tentunya peniaga fesyen di Malaysia kini sedang berlumba-lumba memperkenalkan koleksi pakaian Aidilfitri. Kadangkala, masing-masing dilihat tidak mahu kalah dengan rekaan dan potongan baharu.
Namun buat jenama FARAHALYA yang baru sahaja memperkenalkan koleksi pertama sempena Ramadan ini, mereka lebih gemarkan identiti pakaian muslimah evergreen yang boleh dipakai pada bila-bila masa serta untuk apa jua tujuan.
Menurut pengasas FARAHLYA iaitu Datin Hamizan Puteh, mereka terlebih dahulu telah mengkaji apa yang digemari oleh remaja sekarang yang inginkan sesuatu yang santun, sopan, selesa digayakan dan paling penting, fashionable.
Orang kata, tak malulah untuk sesiapa sarungkan pakaian berkonsepkan jubah ini ke mana-mana.
Datin Hamizan Puteh
“Selama setahun, kami kaji fesyen remaja di Indonesia yang gemar tampil bergaya walaupun modest. Di sana, pakaian seperti jubah ini bukan hanya untuk digayakan semasa Hari Raya Aidilfitri sahaja tetapi juga boleh dipakai pada bila-bila masa ke mana saja.
“Pakaian di Indonesia tidak gentar untuk bermain dengan warna biarpun ia digelar ‘Muslimah wear’ Jadi itu sesuatu yang ingin diterapkan oleh FARAHALYA iaitu identiti elegan biarpun aurat ditutup rapi.
“Di media sosial pun, semakin ramai remaja yang tidak segan memuat naik OOTD (outfit of the day) dengan pakaian muslimah seperti ini. Jadi, menerusi koleksi ini, FARAALYA memberi lebih banyak pilihan kasual kepada mereka,” kata Datin Hamizan.
Tambah menarik lagi apabila jenama FARAHALYA ini juga mendapat sentuhan anak tunggalnya sendiri, Farah Alya yang kini sedang menuntut di Australia.
*
Melihat kepada koleksi pertama FARAHALYA yang dinamakan sebagai ZYZAH ini, ia jelas mendapat tempias potongan jubah dan gaun labuh pada masa yang sama.
Jom lihat lima aspek yang membuatkan koleksi ZYZAH ini menarik untuk dimiliki.
Ads
Lima pilihan warna pastel yang diperkenalkan menjadikannya pilihan yang segar.
Dari segi material, ia diperbuat daripada fabrik Japanese Cotton di mana ia mempunyai efek kilauan yang tidak keterlaluan.
Tak perlulah untuk korang risau dengan isu ‘order lain, dapat lain’ kerana FARAHALYA mementingkan aspek fabrik yang selesa dan cantik terletak.
Ads
Di bahagian lengannya mempunyai zip untuk memudahkan pemakai mengambil wuduk.
Di bahagian hadapan juga mempunyai bukaan zip untuk memudahkan ibu yang menyusukan anak.
Ramai di kalangan masyarakat kita sudah sedia maklum tentang bahaya merokok dan ada diantara mereka yang beralih arah kepada vaping kerana menganggap ia lebih selamat.
Vape yang ada di pasaran terdiri daripada campuran cecair khas yang digunakan untuk menghasilkan wap cecair seakan-akan asap. Cecair khas itu biasanya mengandungi bahan seperti glycerin dan propylene glycol. Selain itu, bahan pewarna, perisa dan juga nikotin turut dicampurkan ke dalam sesetengah jenis cecair vape.
Cecair itu akan dipanaskan menggunakan elemen pemanas dalam vape, seterusnya menghasilkan wap cecair untuk disedut. Namun, kandungan cecair dalam vape ini dikhuatiri berpotensi membawa kemudaratan kepada kesihatan pengguna terutamanya kanak-kanak kerana sedutan wap cecair dengan isi kandungan dalam cecair vape boleh mengganggu fungsi paru-paru manusia dalam pertukaran gas.
Vape penyebab kanser?
Namun begitu, ada juga yang menyifatkan bahawa vape atau e-rokok boleh menyebabkan kanser dan sakit jantung.
Betul ke?
Menurut Astro Awani, Pakar kanser berpendapat tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap penyakit maut, iaitu kanser.
Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin berkata proses pengewapan cecair nikotin, yang dihasilkan daripada rokok elektronik, akan disedut pengguna dan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Asid tersebut merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia.
Kredit foto: bustle.com
“Lagipun, kita tak boleh guna cecair nikotin walaupun sukatannya sedikit kerana dikhuatiri hasil resapannya ke dalam darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan, kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin. Malahan nikotin yang diwapkan itu sama dengan asid nitrik yang boleh menyebabkan kanser,” jelasnya lagi.
Apa-apa pun, sama ada amalan merokok atau vape, kedua-duanya memberikan kesan terhadap kesihatan individu. Elakkan merokok/vape jika tidak mahu berlaku kemudaratan di masa akan datang.
Bagi mengetahui lebih info mengenai punca penyebab kanser bagi lelaki dan perempuan dan cara menanganinya, stay tune untuk sesi Power Talk ‘Fight Against Cancer’ yang dibawakan oleh Nu Ideaktiv di Facebook Mingguan Wanita, 18 November ini.
Kecanggihan dunia teknologi sekarang membolehkan semuanya dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Berikutan dengan penularan virus COVID-19 yang berlaku sekarang, satu inisiatif terbaik telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu mereka mewujudkan website khas untuk masyarakat memeriksa tahap risiko untuk terkena jangkitan
Inisiatif ini wajah dipuji kerana dengan kebimbangan yang melanda masyarakat Malaysia, setidak-tidaknya cara ini dapat mengurangkan rasa ketidakpastian mereka sama ada mempunyai simptom COVID-19 atau tidak.
Lebih-lebih lagi mereka yang baru sahaja pulang ke luar negara, kami pasti inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu korang bagi memastikan keadaan kesihatan sebenar.
Bagaimana caranya?
Korang boleh layari laman website doctoroncall.com.my dan jawab beberapa soalan yang diberikan tentang situasi yang korang hadapi.
1. Pilih Bahasa
2. Isikan ruangan umur
3. Jawab soalan-soalan yang diberikan
Berikut adalah antara soalan yang ditanya
4. Masukkan alamat email korang
5. Tunggu keputusan..
Mudah kan?
Namun begitu, ini hanyalah pemeriksaan awal sahaja. Sekiranya keputusan yang korang dapat agak meragukan, segeralah berjumpa dengan doktor.
Dan jika korang tak begitu yakin juga, sebaiknya dapatkan nasihat pakar.
Penyanyi muda berbakat besar, Aisya Retno sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila wajahnya semakin ‘glowing’ dan berseri-seri. Walaupun mengakui dirinya seorang yang takut jarum, Aisya tetap kelihatan jelita dengan penjagaan wajah secara semula jadi tanpa suntikan vitamin atau rawatan estetik berisiko.
Rupa-rupanya, rahsia kecantikan anak kacukan Malaysia-Indonesia ini ialah amalan jamu asli resipi ibunya. Menurut pelantun lagu Sutera itu, jamu bukan sahaja membantu dari segi kesihatan dalaman malah menyerlahkan seri wajah dari luar.
“Saya memang kurang makan sayur, jadi saya gantikan dengan jus, buah-buahan dan jamu yang ibu ajar. Walaupun pahit, jamu bantu kecantikan dalaman dan luaran. Saya juga pastikan rutin asas dijaga – bersihkan solekan sebelum tidur dan buat facial bila perlu,” kongsinya.
Selain mengamalkan jamu, Aisya juga memilih rawatan laser wajah berbanding suntikan. Katanya, cara ini lebih sesuai dengan dirinya yang fobia jarum. Menariknya, Aisya turut menganggap berwuduk lima kali sehari sebagai rahsia paling mujarab untuk kekal segar dan cantik secara semula jadi.
Bukan sekadar kecantikan wajah, Aisya turut berkongsi rasa tak sabar untuk membuka braces yang sudah dipakai lebih dua tahun.
“Alhamdulillah progress dah baik. Insya-Allah hujung tahun ni braces akan dibuka. Saya memang tak sabar nak senyum puas-puas. Tambahan pula, sejak turun berat badan, bentuk muka pun berubah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Aisya semakin sibuk dengan perkembangan karier seni. Dia bakal mengadakan showcase pertamanya, The A.I.S.H.A Experience pada 20 September 2025 di JioSpace, Petaling Jaya. Tidak cukup dengan itu, penyanyi muda ini juga sedang mempromosikan album studio sulung berjudul Rehab yang memuatkan lagu-lagu seperti Tak Adil, Jeda dan Titik Temu.
Sekadar info, Aisya Retno atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam dilahirkan pada 1 Ogos 2000 di Kuala Lumpur. Berdarah seni daripada ibunya, Jean Retno Aryani, bekas penyanyi keroncong popular Indonesia era 1980-an, Aisya tetap menekankan pendidikan apabila berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya sebelum memberi fokus penuh pada muzik.
Kini, dengan penampilan semakin matang, kulit wajah kian berseri dan senyuman yang bakal sempurna, tidak hairanlah mengapa Aisya Retno semakin menjadi ikon inspirasi buat remaja masa kini.