Baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengeluarkan amaran tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan perbuatan khurafat di kawasan perkuburan, khususnya melibatkan insiden membabitkan kubur arwah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman.
Menurut Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd Aziz berkata, tindakan mengambil tanah kubur bagi tujuan tidak berlandaskan syarak boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
“Mana-mana individu yang melakukan perbomohan, sihir atau apa-apa perbuatan yang bercanggah boleh dikenakan tindakan. Hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau merujuk kepada dakwaan terdapat individu tidak bertanggungjawab yang mengambil tanah dari kubur arwah Nurly Sahirah bagi tujuan khurafat selepas kemalangan bas yang meragut nyawa pelajar berkenaan. Malah, tindakan tersebut dikatakan dilakukan secara terang-terangan oleh pengunjung yang datang menziarahi tanah perkuburan itu.
Tambah Aizi Saidi, Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Besut kini giat menjalankan pemantauan berkala bagi membanteras sebarang unsur khurafat dan syirik yang mungkin berlaku di kawasan tersebut.
Ads
Terdahulu, tular di media sosial satu perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Ahmad Nazrul yang mendakwa ada pihak bertindak mengambil tanah dari kubur berkenaan dan menyimpannya ke dalam plastik serta poket pakaian.
Ads
Susulan itu, keluarga Allahyarham mengambil inisiatif memasang tali pengadang di sekeliling kubur bagi mengelakkan perkara sama daripada berulang. Wakil keluarga turut memaklumkan bahawa waktu lawatan ke kubur kini dihadkan antara jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain itu, tiada lawatan dibenarkan antara 2 hingga 5 Julai atas sebab-sebab tertentu yang tidak dinyatakan kepada umum.
Untuk rekod, pada tahun 2022, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan pindaan terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Antara penambahbaikan penting ialah penambahan Seksyen 3A berkaitan perbomohan dan sihir yang kini menjadi asas tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu seperti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
Sumber Gambar : Pexels.com
Sedekah atau pun derma bukan sekadar wang mahupun harta, malah darah juga boleh didermakan. Ia merupaka satu sumbangan yang paling berharga yang boleh diberikan oleh sesiapa pun kepada yang memerlukan.
Keputusan korang untuk menderma darah boleh menyelamatkan satu kehidupan, atau bahkan beberapa nyawa sekaligus. Tapi, apa kata dunia perubatan soal menderma darah semasa berpuasa? Adakah dibenarkan menderma darah dalam keadaan perut kosong?
Menderma darah di bulan Ramadan tidak membatalkan puasa.
Namun, umat Islam digalak menderma selepas berbuka jika menderma darah di siang hari memudaratkan kesihatan sehingga menjejaskan ibadah puasa.
Terbaru, Pusat Darah Negara (PDN) menyeru kepada orang ramai untuk menghadirkan diri menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.
Menerusi ciapan di Twitter, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa dan penderma bukan Islam diseru untuk hadir menderma sepanjang bulan Ramadan ini.
“Makanan berbuka disediakan untuk penderma darah utuh yang menderma,” kata PDN menerusi ciapan itu.
Tidak cuma itu, anda juga membawa kelengkapan sendiri seperti sejadah dan telekung.
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah, anda boleh ke PDN Jalan Tun Razak pada setiap Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi hingga 9 malam) dan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum (8 pagi hingga 4 petang).
Jika korang memenuhi syarat-syarat untuk menderma darah dan berada dalam keadaan yang sihat, mungkin ini adalah sumbangan yang boleh dibuat kepada golongan yang memerlukan di bulan puasa ini.
Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin ada yang tolong kita pula.
Sumber: Pusat Darah Negara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setakat artikel ini ditulis, Malaysia masih belum memiliki gagasan politik yang jelas untuk diberikan mandat memerintah kerana belum diputuskan lagi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Jika sebelum ini, YDP Agong dilapor akan menamakan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 seawal petang 22 Novmber 2022. Namun, mungkin proses tersebut akan mengambil sedikit masa lagi.
Ini setelah Seri Paduka Baginda menitahkan agar kedua-dua Pengerusi Parti Gabungan iaitu Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang ini.
Ditanya mengenai penerimaan Surat Akuan Berkanun, Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersabar menunggu keputusan penuh mengenai gabungan parti yang akan terbina membentuk kerajaan selepas ini.
“Bersabar, tunggu keputusan, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong.
“Jadilah rasional dan kita perlu bergerak ke hadapan, untuk negara kita yang tercinta ini,” katanya.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda juga memohon untuk diberi masa dalam membuat pemilihan mengenai gabungan parti yang akan memegang mandat rakyat untuk lima tahun akan datang.
“Saya baru balik ni, saya akan teliti sokongan (parti/gabungan) politik.
“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat,” ujarnya semasa ditemui pemberita.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda ditemui ketika menyantuni para petugas media di Pintu 2 Istana Negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi satu stigma dalam masyarakat yang ganja merupakan sejenis dadah yang mengkhayalkan. Namun di sebalik stigma ini, di luar negara pengunaan ganja sudah banyak dibenarkan bagi merawat penyakit seperti kanser. Di Malaysia pula, pasti anda pernah dengar atau baca mengenai kes penangkapan Dr.G atau nama sebenarnya Amiruddin Nadarajan Abdullah pada tahun 2017.
Dia yang sebelum ini merupakan seorang anggota tentera yang bertugas selama 22 tahun telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya Malaysia (DDA) dengan 36 kesalahan. Kisahnya menggunakan minyak biji ganja untuk rawatan alternatif bermula apabila dia menghidap pelbagai penyakit termasuklah barah. Kagum dengan kesan yang diperoleh, dia mula mengajak orang yang senasib ke rumahnya yang terletak di Klang, Selangor.
Prihatin dengan nasib yang menimpa Dr. G, YM Tengku Chanela Jamidah Tengku Ibrahim yang kini menetap di Amerika Syarikat telah menganjurkan satu majlis kutipan dana dan tayangan sebuah filem dokumentari memaparkan perjuangan Dr. G. “Saya mempunyai visi bahawa rakyat Malaysia akan menerima ganja sebagai hak asasi manusia, Keputusannya semudah akses ke penjagaan kesihatan.” katanya.
.
“Anak Dr.G, Siti telah memutuskan untuk terus mengumpulkan derma hingga tahun depan,” ujar wanita anggun ini. Semua yang prihatin boleh menyumbang untuk kempen kutipan dana awam Dr. G, dan semua kutipan akan digunakan terus untuk rayuan kesnya untuk dibebaskan. Dia yang merupakan penaung Malaysia Society of Awareness (MASA), sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang berusaha untuk membuang stigma serta menghalalkan pengeluaran dan penggunaan ganja di Malaysia berharap untuk mewujudkan jalan untuk perbincangan dan dialog cerdas dengan pemimpin agama dan profesional perubatan melalui inisiatif Halal Hemp yang dibawanya.
Tengku Chanela Jamidah merupakan anakanda kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar bersama isteri Puan Sri Czarina Abdullah. Jadi dia merupakan cucu kepada Sultan Pahang Moden ke-4, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’assim Billah Shah. Sebelum menetap di Amerika Syarikat, ibu kepada dua cahaya mata ini aktif dalam dunia fesyen dan kecantikan tempatan dengan mengasaskan beberapa jenama seperti Ultra, Thavia dan Dida.