Gaya Hidup

Bukan Sekadar Tawar Sijil Pendidikan, IUC Bantu Anda Selami Dunia Kerjaya Sebenar Semasa Belajar

Share

Memilih institusi pengajian tinggi kini bukan lagi sekadar soal mendapatkan kelayakan akademik. Tambahan pula, ramai anak muda pada hari ini semakin bijak mencari peluang pendidikan yang mampu memberikan nilai tambah serta pengalaman sebenar bagi membantu mereka bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.

Perubahan landskap pekerjaan sekarang turut menuntut graduan yang bukan sahaja memiliki kelayakan akademik, malah mampu menyesuaikan diri dengan kehendak industri.

Seiring dengan keperluan tersebut, Innovative University College (IUC), yang telah beroperasi lebih 20 tahun di Petaling Jaya, menerapkan pendekatan pembelajaran yang menghubungkan teori di dewan kuliah bersama-sama pendedahan dunia pekerjaan sebenar.

Belajar Sambil Dalami Bidang Kerja

IUC menerapkan pendekatan Work Experience Learning (WEL) dan Work Based Learning (WBL) sebagai teras utama sekaligus membezakan IUC daripada institusi lain. Melalui pendekatan ini, pelajar berpeluang mempelajari sesuatu bukan hanya melalui kuliah dan buku teks, tetapi juga melalui pengalaman serta situasi sebenar yang berkait rapat dengan bidang yang diceburi.

Presiden IUC, Dr Shahawati Umar berpandangan, generasi muda hari ini memerlukan pendidikan yang lebih dekat dengan kehendak industri. Justeru, IUC menawarkan program yang dapat memenuhi keperluan semasa pasaran pekerjaan melalui pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.

Naib Canselor IUC, Prof Dr Azri Usman pula berkata, pendedahan awal kepada suasana kerja sebenar mampu membantu pelajar membina keyakinan dan kemahiran insaniah yang diperlukan sebelum memasuki alam kerjaya sepenuh masa.

Tawar Aplikasi Praktikal Kepada Pelajar

Bagi memastikan setiap program kekal relevan, IUC turut bekerjasama rapat dengan pemain industri dalam pembangunan kandungan akademik. Hasilnya, pelajar memperoleh ilmu yang selaras dengan perkembangan semasa dan keperluan sebenar majikan.

Antara program yang mencerminkan pendekatan tersebut ialah Pengurusan Jemaah Haji dan Umrah. Program ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan, komunikasi dan pengendalian operasi yang memerlukan latihan serta aplikasi praktikal secara berterusan.

Di samping itu, IUC turut menyesuaikan sistem pembelajaran dengan perkembangan teknologi global termasuk penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam subjek yang ditawarkan agar pelajar memperoleh pendedahan kepada kemahiran masa depan yang semakin mendapat perhatian dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Dalam era yang menyaksikan perubahan pantas dalam keperluan industri dan teknologi, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam menyediakan generasi masa depan yang lebih bersedia dan berdaya saing.

Melalui pendekatan pembelajaran yang relevan, praktikal dan berpaksikan pengalaman sebenar, IUC komited melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan akademik tetapi juga kemahiran serta keyakinan untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan dan kehidupan pada masa hadapan.

Jadi, apa anda tunggu lagi? Jom terokai program pembelajaran yang relevan dan praktikal di IUC dengan mendaftarkan diri hari ini!

Selain melayari laman web www.innovative.edu.my dan memuat turun prospektus program IUC bagi mendapatkan makluman lanjut mengenai masa hadapan pendidikan di sana, anda juga boleh merancang untuk melakukan sesi lawatan kampus ke IUC bagi bercakap dengan pegawai pengambilan kemasukan IUC.

Ikuti perkembangan terbaru mengenai IUC menerusi platform media sosial mereka di Facebook, TikTok dan Instagram.

FOTO: Ihsan Innovative University College (IUC)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE