
Tindakan seorang bekas guru yang juga warga emas menggunakan akaun Facebook dengan nama profil “Amung Kamaruddin” untuk mengugut mahu mengupah individu melanggar Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu, akhirnya membawa padah apabila ditahan polis semalam.
Dr Jessie, yang merupakan saksi pertama memberi keterangan dalam inkues mencari punca kematian bayi perempuan Zara Qairina sejak 3 September lalu, dikatakan menerima ugutan selepas kenyataan berani beliau mula menarik perhatian umum.

Ugutan Melampau Di Media Sosial
Melalui komen di media sosial, akaun “Amung Kamaruddin” menulis:
“Mau intai bah ni Dr di mana dia tinggal. Bila dia kerja. Upah bah… mau langgar lari.”
Tulisan berbaur ugutan itu kemudian dimaklumkan kepada Dr Jessie oleh Pengarah Hospital Queen Elizabeth, dan beliau segera membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya terancam.
Polis Bertindak Pantas
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan sekitar jam 7 pagi. Turut dirampas ialah telefon bimbit milik suspek, yang selepas disemak ternyata digunakan untuk mengeluarkan kenyataan mengugut pakar patologi terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Netizen Terkejut, Ramai Beri Sokongan
Perkembangan ini mengejutkan ramai, terutama apabila suspek rupa-rupanya seorang bekas guru. Warganet pantas mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu, sambil memberi kata-kata semangat buat Dr Jessie agar kekal tabah menghadapi tekanan.
Kes ini jadi pengajaran besar buat kita semua — media sosial bukan tempat untuk melampiaskan emosi sesuka hati. Setiap kata dan komen yang ditulis boleh mengundang tindakan undang-undang. Buat anak muda, inilah masanya untuk lebih berfikir sebelum menekan butang “post” atau “komen”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!











