
Sejak semalam menjadi tanda tanya bagi ramai warga apabila diumumkan daerah Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 9 Oktober 2020 sehinggake satu tarikh yang akan ditetapkan.
Ramai keliru terutama bagi mereka yang tinggal di Jalan Kebun kerana ia sebenarnya terletak di Shah Alam dan bukannya di Klang.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengeluarkan senarai 142 buah sekolah rendah dan menengah serta institusi swasta yang akan ditutup mulai esok berikutan terletak dalam zon merah.
Jangan terkeliru isu sempadan ya kerana bukan semua sekolah di Klang ditutup. Hanya yang dikeluarkan ini sahaja. Bagi yang masih keliru, boleh layari laman web www.moe.gov.my untuk tahu lebih lanjut.




Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Individu Dimalukan Kaw-Kaw! Peguam Tawar Khidmat Untuk Beri Pengajaran Kepada YouTuber

Hari ini di media sosial kecoh orang bercerita bagaimana seorang YouTuber, secara terus terang menyebut nama seorang individu di media sosial miliknya. Dalam videonya jelas bagaimana YouTuber ini menggunakan kata-kata makian terhadap individu ini dengan bahasa yang tidak sanggup REMAJA siarkan.
Mungkin ramai tidak perasan, memalukan individu adalah satu perbuatan jenayah yang harus dihentikan segera. Ia tidak boleh menjadi budaya di negara ini walau kita merasakan kita betul dan individu itu salah. Jika Allah masih menyimpan aib kita, kenapa kita harus memperkatakan aib orang secara terbuka di media sosial.
Hal video ini telah mendapat perhatian dari seorang peguam terkenal, Nor Zabetha Muhamad Nor yang telah menulis di fbnya mengenai budaya ini dan telah menghantar mesej secara peribadi kepada individu dimalukan untuk tindakan dari segi undang-undang dibuat.
Betul seperti kata peguam ini, budaya memaki hamun orang lain tidak boleh dinormalisasikan dan menjadi budaya kita. Sebaliknya ia perlu dihentikan segera.
Baca pandangan dikongsikan di fbnya.
Apabila menonton video kata-kata maki hamun oleh seorang social media influencer terhadap seorang wanita, saya yang jadi naik angin.
Setiap patah perkataan penuh dengan kata-kata makian, hinaan, cercaan.
Disamakan dengan seekor babi, ditunjukkan gambar yang diviralkan beserta keluarga wanita itu. Dihina wanita itu sehina-hinanya.
Saya cuba mesej peribadi mangsa untuk sama-sama ambil tindakan. Bagus untuk pengajaran.
Bagaimanalah orang begini masih lagi diangkat?
Kalau beginilah ikon di sosial media, bagaimana pula pengaruh yang dibawanya itu?
Sewaktu naik tadi ke pejabat tadi, saya lalu di sebelah dua orang yang sedang bersembang. Seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina.
Sapaan lelaki Melayu, "Wah!U sudah betul-betul gemuk sekarang. Apa pasal makin gemuk sekarang? You mesti banyak sangat makan babi. Itu pasal gemuk. Banyak makan babi ke?".
Saya sahaja memasang telinga, hendak mendengar jawapan lelaki Cina ini. Jawabnya, macam segan-segan "Mana ada makin gemuk. Ini biasa saja".
Mungkin mereka hanya bergurau atau itu cara-cara sembang mereka tetapi masih saya rasakan cara sembang begitu tidak kena. Kalau terkena dengan sejenis manusia yang kaki sentap bagaimana? Boleh jadi punca bergaduh.
Bayangkan kalau cakap-cakap begini menjadi ikutan majoriti masyarakat kita. Tidak berlapik, main pakai sembur, tidak manis.
Dek kerana ramai ikon-ikon sosial media yang diangkat sehingga boleh menyebabkan normalisasi budaya memaki hamun dan mencarut begini. Mereka rasa maki hamun itu hebat dan berani.
Saya teringat video seorang wanita yang dikenali di sosial media, yang memaki hamun pengawal keselamatan kerana tidak dapat pelitup muka percuma. Sudah puas mengamuk dan menyumpah seranah, akhirnya dia dapat pelitup muka.
Adik wanita ini memuat naik di sosial media, rasa bangga ada kakak seperti ini. Betapa perbuatan wanita itu menyebabkan mereka memperoleh pelitup muka di akhirnya.
Mesej yang saya lihat disini, mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Entah apa-apa. Fahaman yang salah pada generasi muda.
Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini.
Oleh Nor Zabetha.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kontroversi Karikatur Nabi Muhammad Semakin Memuncak, Perancis Naikkan Darurat Tahap 2

Bermula dari protes jalanan menentang Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang tegas dengan pendirian melukis karikatur Nabi Muhammad SAW itu sebagai kebebasan bersuara hingga membawa kepada boikot barangan Perancis, terkini seorang wanita mati dipenggal serta mencederakan dua orang lain di satu gereja di Nice, Perancis semalam.
Melihat kepada protes bertukar kekerasan Ketua Agensi Anti Ekstremis PBB, Miguel Angel Moratinos meminta agar semua negara yang melakukan protes agar bertenang seketika.
Atas dasar keprihatinan, Moratinos mendesak agar semua agama ada rasa saling menghormati biar berbeza anutan dan fahaman politik.
“Lukisan kartun ini telah memprovokasi tindakan kekerasan. Ada individu yang tidak berdosa menjadi mangsa kerana berbeza agama dan kepercayaan walau tidak terlibat dalm hal ini.
“Penghinaan terhadap agama dan simbol-simbol agama membentuk rasa dendam, kebencian serta kekerasan ekstrim terhadap masyarakat. Ia harus dihentikan segera kerana semua orang saling bergantung, saling terkait dan saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira anutan mereka.



Di media sosial, dapat dilihat protes di sana sini termasuk di Libya yang menjadikan wajah Presiden Perancis sebagai alas kaki mereka.
Bukan itu saja, boikot membeli barangan Perancis juga semakin aktif dijalankan. Masa yang sama ekoran protes ini, Perancis menaikkan tahap darurat ke tahap dua kerana bimbang lebih banyak masalah berlaku akibat protes ini.
Presiden Turki dengan tegas mengkritik Macron dengan menyatakan pemimpin Perancis itu memerlukan pemeriksaan mental atas sikapnya terhadap Islam. Bukan itu saja, banyak negara lain seperti Malaysia, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Bangladesh mengutuk Perancis atas hal ini.
Dua hari lepas, tindakan akhbar Perancis Charlie Hebdo yang memaparkan wajah Erdogan semakin memanaskan situasi dan bakal disaman oleh Presiden itu. Masa yang sama, Presiden Pakistan, Imran Khan dalam satu kenyataan meminta pemimpin negara Islam untuk bertindak secara kolektif melawan Islamfobia yang berkembang di negara-negara non muslim. Khan dalam satu kenyataan memaklumkan para pemimpin negara itu tidak memahami cinta dan ketaatan yang dimiliki oleh setiap muslim bahawa Nabi Muhammad itu Nabi mereka dan Al Quran itu kitab suci umat Islam.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata pembelaan Presiden Perancis terhadap kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai "tindakan bodoh" dan "penghinaan" bagi mereka yang melihatnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada Istilah Cop Parking Di Mana-Mana Premis, Denda RM2000 & Penjara 6 Bulan

Perbuatan cop parking antara “budaya” yang masih tebal bagi sesetengah individu atas alasan senang meletak kenderaan mereka. Adakalanya boleh menjadi gaduh akibat perbuatan suka-suka main cop parking ini kecualilah kalau petak itu dibeli secara terus dari majlis perbandaran.
Perbuatan cop parking ini bukan saja berlaku di premis perniagaan tetapi banyak rumah-rumah persendirian dan flat atas pelbagai alasan.
Tapi tahukah korang, tiada istilah main-main cop parking ini dan perbuatan ini sebenarnya SALAH SAMA SEKALI.


Menurut info dikongsikan di fb Jabatan Pengangkutan Jalan semalam, perbuatan cop (letak kerusi/motor/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SHARE UTK SIMPANAN
INFO:
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:
- Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ
Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.
Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.
#JPJMalaysia
#DigitalisasiKeArahIntegriti
#infoJPJ
#aduanJPJ
#soalanJPJ
#viralJPJ
Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia
Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia
Youtube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

