Pelakon drama bersiri HBO Euphoria, Zendaya sekali lagi telah mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran majlis anugerah.
Di Emmy Awards 2022 yang berlangsung pagi tadi, Zendaya telah dipilih sebagai penerima kategori Pelakon Drama Wanita Terbaik buat kali kedua menerusi Euphoria setelah kemenangan sulungnya pada tahun 2020.
Zendaya sekaligus menjadi pemenang termuda dalam sejarah Emmy’s untuk memenangi kategori lakonan ini.
Dalam ucapannya di pentas Emmy’s, dengan nada dan reaksi terkejut, Zenday berkongsi rasa rendah diri yang dirasainya apabila tercalon bersama-sama pelakon wanita hebat lain termasuklah Sandra Oh (Killing Eve), Jodie Comer (Killing Eve), Reese Witherspoon (The Morning Show), Laura Linney (Ozark) dan Melanie Lynskey( (Yellowjackets).
Setelah itu, selebriti berusia 26 tahun itu meneruskan ucapan terima kasihnya buat para pelakon dan petugas di set Euphoria. “Terima kasih kerana menyediakan ruang yang selamat untuk menjayakan siri yang sukar ini. Terima kasih kepada akademi, terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga saya, sesetengahnya berada di sini pada malam ini.
“Terima kasih kepada Sam (Levinson – penerbit Euphoria) kerana berkongsi ‘Rue’ (wataknya dalam siri tersebut) bersama saya. Kepada sesiapa yang menggemari Rue atau melalui perasaan Rue, saya ingin anda tahu saya amat bersyukur dapat mengetahui kisah anda. Saya bawa kisah anda bersama-sama saya,” katanya.
Euphoria mengambil inspirasi daripada drama terbitan Israel dengan nama sama yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah di East Highland yang berdepan isu-isu seperti mencari identiti diri, trauma, ketagihan dadah, isu keluarga, persahabatan dan cinta.
Menurut HBO, Euphoria kini menduduki kedudukan kedua drama paling kerap ditonton dalam sejarah produksi HBO; di belakang siri fantasi epik, Games of Thrones.
Ads
Selain Zendaya, Euphoria juga dibintangi oleh Hunter Schafer, Nika King, Sydney Sweeney, Barbie Ferreira, Storm Ried dan ramai lagi pelakon muda lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kadangkala kita sebagai rakyat biasa mudah lupa, figura publik seperti keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hanyalah insan biasa.
Mereka makan, mereka tidur (mungkin kurang sedikit daripada kita) dan mereka juga mempunyai ahli keluarga untuk dilayan.
Oleh sebab itu, apabila ditanya oleh rakan media semalam mengenai perancangan DS Anwar selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menjawab, “Saya ingin gunakan masa ini untuk bersama keluarga. Cucu saya sudah bertanya, ‘Papa Tok, mana aiskrim?’
“Dapat berjumpa dan berkumpul sekali, itu adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Ramadan ini adalah masa untuk bersama mereka,” kata beliau kepada rakan di Astro AWANI.
3 tahun bukanlah tempoh yang sekejap untuk menunggu dapat makan aiskrim bersama. Tapi janji tetap janji!
Semasa berbuka puasa hari ini, DS Anwar menerusi perkongsian foto salah seorang rakan media dilihat sedang ‘lepak’ di meja makan kediaman beliau sambil menikmati aiskrim.
Wartawan Channel News Asia, Sumisha Naidu berada di kediaman beliau hari ini untuk sesi temuramah.
Hakikatnya, DS Anwar tidak habis-habis ditemuramah daripada semalam sehingga hari ini dan hendak atau tidak, Sumisah dan kru terpaksa menunggu giliran mereka.
Ketika dia meminta izin untuk menggunakan bilik air di bahagian kediaman, Sumisha tidak menyangka sebaik saja keluar dari situ, DS Anwar dan cucu-cucu beliau berada di meja makan sambil menikmati aiskrim!
Apa lagi, tergamam lah akak! Hehe, iyalah takut dikatakan mengganggu privasi.
Sambil tergelak, YB Nurul Izzah berkata, “I’m sorry Sumisha but he promised them.”
Iya, janji tetap janji walaupun janji kepada cucu sendiri yang mungkin belum mengerti senario politik membabitkan keluarga mereka sendiri dan Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka muzik video yang tidak disiarkan walaupun telah dihasilkan akhirnya menjadi trending seluruh dunia enam tahun kemudian. Mungkin inilah tuah yang datang sedikit lambat buat penyanyi bersuara unik, Meghan Trainor.
Lagu Title merupakan karya yang dimuatkan di dalam album debutnya yang juga bertajuk Title pada tahun 2015 yang mana menyaksikan album tersebut hangat di pasaran. Terjual sebanyak 1.8 juta keping seluruh dunia, ia merupakan antara 10 album terbaik dari segi jualan pada tahun itu. Lagu Title antara yang popular namun tidak menjadi hit bak lagu-lagu lain seperti All About That Bass dan Dear Future Husband.
Ekoran itu, muzik video lagu itu yang sudah siap dihasilkan tidak disiarkan kepada umum walaupun ketika itu ada yang membocorkan sedikit sedutan klip video tersebut. Akhirnya selepas enam tahun muzik video tersebut akhirnya disiarkan kerana lagu tersebut menjadi viral di laman media sosial TikTok.
Thanks to TikTok!
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Meghan yang dilihat menari berlatarkan rentak lagu tersebut berkata di ruangan kapsyen, “Bila mereka tidak membenarkan anda menyiarkan muzik video rasmi sehinggalah TikTok menjadikannya viral enam tahun kemudian.”
Diarahkan oleh Fatima Robinson dan dirakam pada 2014, video yang kini rasmi menunjukkan penyanyi itu membuat persembahan dalam gaun rona biru yang berkilauan manakala pertandingan peraduan ala Miss America berlangung di belakangnya.
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Walau bagaimanapun, there is a twist! Peserta pertandingan itu bukan wanita tetapi lelaki bertubuh tegap, yang ditunjukkan sedang berjalan di runway dan sedang bersiap-siap di bilik persediaan sebelum berhadapan dengan kamera.
Setakat ini, muzik video tersebut telah menerima lebih 9 juta tontonan selepas disiarkan pada 15 Disember lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem animasi daripada adaptasi buku bakal ditayangkan di pawagam berjudul The Bad Guys. Ia merupakan karya penulis Aaron Blabey dan diadaptasi oleh DreamWorks Animation untuk masuk ke pawagam.
The Bad Guys mengisahkan tentang lima sahabat yang sering melakukan jenayah iaitu Mr. Wolf, Mr. Snake, Mr. Piranha, Mr. Shark dan Ms. Tarantula. Apabila berjaya ditangkap atas kesalahan merompak, sekumpulan sahabat ini diberikan pengampunan dengan syarat mereka haruslah menjadi The Good Guys.
Sumber: United International Pictures
Bagi mereka yang gemar menonton filem animasi, The Bad Guys adalah pilihan yang tepat untuk korang tonton kerana selain menghiburkan, naskhah ini turut memaparkan banyak mesej yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.
Watak-watak yang dimainkan oleh karakter haiwan ini menjadi penarik kerana masing-masing berjaya mencuit hati penonton. Ada sahaja gelagat mereka yang pasti membuatkan korang tertawa. Jalan ceritanya yang bersahaja dan santai, namun sarat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Semangat setia kawan dan saling mempercayai menjadi teras kepada lima bersahabat ini.
Sumber: United International Pictures
Watak-watak dalam filem The Bad Guys ini diberikan suara oleh barisan pelakon seperti Sam Rockwell, Marc Maron, Craig Robinson, Anthony Ramos, Awkwafina, Richard Ayoade, Zazie Beetz, Lilly Singh dan Alex Borstein.
Jangan lupa saksikan The Bad Guys yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 17 Mac 2022.
Sumber: United International Pictures
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!