Kebetulan pula, satu demi satu isu menyelubungi beberapa finalis Hero Remaja 2011/2012 kebelakangan ini.
Gosip tahap kesihatan merundum oleh Fendy Bakry dan kemudiannya disusuli isu penularan video kontroversi Syafiq Kyle merupakan antara soalan hangat yang ditanyakan kepada Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin semasa pelancaran single Raya ‘Syawal Kali Ini’ di Shah Alam semalam.
Fattah Amin bersama (kanan) Pengasas AJ De Parfum pada majlis pelancaran semalam.
Mengakui pada awalnya agak terkejut dengan gosip tersebut, Fattah bagaimanapun memahami selok-belok industri hiburan yang tak menduga seperti ini. Fattah tampil diplomatik dengan isu video Syafiq Kyle dan berkata, “Ia (gosip dan khabar angin) boleh berlaku pada mana-mana selebriti, termasuk saya.
“Sebagai seorang selebriti kita perlu sentiasa bersedia kerana nama pun gosip.
Ads
“Jika saya yang berada dalam situasi sebegini, saya akan berbincang dahulu dengan pihak pengurusan. Sebagai selebriti kadangkala kita tak mampu untuk buat keputusan sendiri yang tepat. Dengan kenyataan rasmi (seperti yang dikeluarkan oleh Syafiq Kyle semalam), ia akan menutup semua persoalan semua khabar angin yang tidak semestinya betul.
“Tambahan pula sekarang bulan Ramadan, saya lihat kita giat membuka aib orang. Ingat, Tuhan juga boleh buka aib kita. Kalau boleh janganlah kita terus sebarkan perkara tak pasti yang boleh jatuh sebagai fitnah,” kata Fattah yang berharap agar netizen memberi ruang kepada Syafiq Kyle.
Ads
Ads
Beralih kepada keadaan kesihatan Fendy Bakry pula, Fattah berkata dia telah menghantar mesej ketika mula-mula mendapat tahu.
“Saya pun ada text kawan-kawan (Hero Remaja 2011/2012) yang lain, kalau dia ada dekat KL jomlah lawat sekejap. Tapi itulah, apabila saya tahu dia ada di Kedah saya tak berkesempatan untuk ke sana.
“Kepada Fendy Bakry sahabat seperjuangan saya dari Hero Remaja lagi, dia juga merupakan antara kawan Hero yang rapat dengan saya juga. Saya doakan agar dia cepat sembuh. InsyaAllah dalam bulan Ramadan ini, doa lebih mudah untuk dimakbulkan.
“Dan harapnya, kelak kita boleh menyambut Hari Raya bersama InsyaAllah,” kata Fattah sambil menyeru agar peminat drama serta khalayak ramai secara amnya dapat mendoakan kesihatan pemegang watak Mr. Grey itu.
* * * * *
Kita doakan saja yang baik-baik untuk Fattah, Shafiq dan Fendy okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi TikTok umumnya dikenali sebagai apps yang menggembirakan dan menceriakan ramai penggunanya serta penonton.
Namun, ini bukan kali pertama cerita tentang cabaran tiktok yang meragut nyawa penggunanya.
Terbaru, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas menyertai cabaran aplikasi TikTok yang memerlukan pengguna mengambil ubat alahan melebihi dos disarankan.
Menurut laporan Mirror.Chloe Phillips, 15, menggunakan ubat alahan Benadryl untuk menyertai cabaran dikenali sebagai Benadryl Challenge.
Keluarganya kini tampil berkongsi kejadian itu bagi mengelakkan tragedi seumpamanya dialami remaja lain.
Dalam cabaran itu, peserta perlu menggunakan ubat secara berlebihan hingga mengalami halusinasi.
Artikel ini tidak ditulis bertujuan untuk meletakkan pengguna TikTok di bawah spotlight. Namun, dalam pada kita bergembira untuk mencipta video terbaru bagi tontonan followers, kami berharap agar kita semua menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri terlebih dahulu.
Jangan hanya untuk mengejar jumlah followers dan likes, kita sanggup berbuat apa saja dan merasa tertekan.
Jika terasa tertekan sekalipun, sila dapatkan consultation daripada pakar ataupun cuba beberapa teknik untuk mengawal rasa tekanan. Mungkin korang boleh mencuba cara butterfly hug seperti ini.
Awal tahun 2020 dimulai dengan berita yang agak sedih apabila kira-kira setengah billion haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran di Australia sejak hujung Ogos tahun lalu.
Kebakaran hutan itu turut menyebabkan kira-kira 8,000 koala mati terbakar iaitu satu pertiga daripada seluruh populasi koala di New South Wales.
Rentetan daripada berita tersebut, sebuah hospital koala di New South Wales, Hospital Port Macquarie Koala membolehkan korang untuk mengadopsi koala dalam penjagaan mereka, tidak kiralah korang berada di mana sahaja.
Maknanya, korang tak perlu berada di Australia untuk mengadopsi koala. Hanya pilih tiga pakej yang disenaraikan di bawah untuk menyokong usaha mereka bagi membantu memberi dana untuk menyelamatkan koala di negara tersebut.
⦁ AUD40 (RM112.90) setahun dan korang akan menerima e-sijil dari hospital berserta gambar dan nama koala yang diadopsi bersama nama korang juga
⦁ AUD70 (RM197.57) korang akan mendapat sijil fizikal, booklet hospital mengenai koala, latar belakang koala yang diadopsi, penanda buku koala dan satu salinan majalah hospital yang akan dihantar kepada korang
Kesemua duit yang diterima akan disalurkan untuk rawatan serta pembiayaan bahan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran tentang haiwan-haiwan yang memerlukan.
Namun begitu sekiranya korang tidak mampu untuk mengadopsi koala tersebut, ada cara lain juga untuk membantu mereka dengan menderma mengikut kemampuan di laman web GoFundMe yang turut sama dalam usaha membantu koala yang terjejas dalam kebakaran hutan di Australia.
Kalau korang rasa kesian melihat nasib koala yang viral di media sosial sejak beberapa minggu lalu, inilah masanya untuk menyalurkan rasa simpati dan bantuan korang bagi menyelamatkan spesis ini.
Selepas kes polio, kini masyarakat perlu berjaga-jaga dengan jangkitan Influenza A pula kerana Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengesan dua kes jangkitan tersebut di Cyberjaya dan Klang tempoh hari.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah dibeberapa negeri antaranya Pulau Pinang dan Selangor ekoran terdapat pelajar yang disahkan positif Influenza A.
Menurut Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Selangor berkata kes pertama positif Influeza A adalah di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk dan selesema.
Di Klang pula, hanya satu kes dikesan melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.
Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.
Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.
Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.