Sebut saja Facebook, tak kira peringkat umur daripada kanak-kanak sampailah warga emas pun dah pandai menggunakan media sosial ni untuk berinteraksi bersama kawan-kawan.
Laman sosial ini bukan saja digunakan sebagai medium komunikasi bersama teman rapat, namun ia juga dapat menghubungkan pelbagai perkara berkaitan dunia hari ini.
Secara tidak langsung ini akan membuatkan akaun Facebook mempunyai pelbagai info peribadi yang mungkin ingin diuruskan dengan lebih efektif, terutamanya apabila anda sudah meninggal dunia.
Pernah tak terfikir apa akan jadi pada akaun Facebook apabila korang sudah meninggal dunia nanti? Korang sebenarnya boleh mewasiatkan akaun tersebut kepada ahli keluarga terdekat mahu pun teman-teman rapat.
Ads
Facebook menamakan sokongan untuk mewasiatkan akaun ini sebagai Legacy Contact, di mana penama yang korang namakan ini boleh pin kan sesuatu perkongsian pada susur masa profil korang, kemas kini gambar profil dan berinteraksi dengan friend request yang baru.
Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh membuat sebarang posting update atau membaca mesej korang.
Untuk mewasiatkan kepada orang lain, caranya anda hanya perlu membuka aplikasi mudah alih, pergi ke halaman settings dan kemudian, pilih Security > Legacy Contact.
Ads
Seterusnya, mulakan proses memilih penama wasiat dan menjadikan mereka sebagai waris untuk menguruskan akaun korang setelah meninggal dunia.
Ads
Selain itu, pihak Facebook juga memberikan pilihan buat korang untuk memadamkan akaun tersebut setelah sudah tiada. Pewaris perlu memberitahu pihak Facebook berkenaan dengan kematian korang, dan Facebook akan membuang profil korang daripada laman sosial tersebut.
Selain daripada menggunakan handphone, ia juga boleh mengakses page Legacy Contact pada desktop.
Nah, apa tunggu lagi. Cepat-cepat cari pewaris untuk memadamkan profil Facebook kalau korang sudah tiada nanti ya. Bukan apa, tidak mahu dikenang-kenang orang yang dah tak ada, so baik kita padam saja profil tu kan?
Jika kebiasaannya, kita dapat melihat pemain bola sepak terkenal dari Portugal, Cristiano Ronaldo ‘bermain’ menerusi permainan video popular seperti FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES).
Kali ini, Cristiano akan ditonjolkan dalam sebuah lagi permainan video terbaru keluaran Garena yang berjudul Free Fire. Adakah ia satu lagi permainan bola sepak baharu? Jawapannya adalah..
TIDAK.
Free Fire merupakan sebuah permainan berkonsepkan ‘survival shooter’. Dalam masa 10 minit, pemain akan ditempatkan di kawasan lapang di mana dia perlu menewaskan 49 lagi orang pemain yang akan menyerang diri masing-masing demi menyelamatkan diri.
Menurut wakil Garena, kolaborasi Free Fire bersama Ronaldo yang merupakan seorang role model terkenal di seluruh dunia – baik di atas padang bola sepak atau di luar stadium – adalah satu kolaborasi yang menarik dalam dunia gaming masa kini.
Ini kerana mereka menggabungkan permainan video popular dengan ikon sukan popular untuk memberikan lebih keterujaan untuk gamers di luar sana.
Menerusi Free Fire, Cristiano akan ‘memegang’ watak sebagai Chrono dalam pertarungan alam semesta futuristik. Meskipun masih tiada maklumat lengkap mengenai karakter Chrono buat masa ini, ia akan menyusul di laman web khas Chrono tidak lama lagi.
Ronaldo sendiri meluahkan rasa teruja beliau apabila dipilih oleh pasukan Garena sebagai watak terbaru mereka.
“Ia adalah perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila seorang karakter dalam Free Fire diinspirasikan daripada fizikal saya.”
Selepas laman Instagram, kini aplikasi WhatsApp pula menawarkan fungsi dark mode kepada semua pengguna iOS 13 dan Android 10.
Bagi pengguna Android 9 pula, korang boleh mengaktifkan fungsi dark mode ini dalam menu tetapan Whatsapp dengan memilih WhatsApp Settings > Chats > Theme > select Dark.
Pengguna perlu menggunakan versi 2.20.67 pada Android dan 2.20.30 pada iOS untuk menikmati tema gelap tersebut.
Peranti Android 10 dan iOS 13, interface application akan berubah ke dark mode secara automatik sekiranya ia dipilih pada tetapan sistem.
Kalau telefon bimbit korang tidak lagi dapat dikemaskini, nampaknya kena simpan duit beli telefon baru la ya. Hiks!
Berjuta pengguna telefon bimbit lama seluruh dunia nampaknya tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp bermula 1 November 2021 kerana aplikasi tersebut akan memberhentikan kepada peranti lama.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Whatsapp berkata, aplikasi tersebut tidak akan lagi menyokong telefon Android 4.0.4 yang sudah lama beroperasi sebagai Android Ice Cream Sandwich sejak 2011 lagi.
Berikut adalah senarai peranti Android dan iOS yang tidak dapat akses aplikasi Whatsapp seperti sedia kala.
Samsung:
Galaxy Trend Lite
Trend Galaxy II
Galaxy SII
Galaxy S3 mini
Galaxy Xcover 2
Teras Galaxy
Galaxy Ace 2
LG:
Optimus F7
Optimus F5
Optimus L3 II Dual
Optimus F5
Optimus L5
Optimus L5 II
Optimus L5 Dual
Optimus L3 II
Optimus L7 ‘
Optimus L7 II Dual Optimus L7 II
Optimus F6
Optimus L4 II Dual
Optimus F3 Optimus L4 II
Optimus L2 II
Optimus Nitro HD dan 4X HD
Optimus F3Q.
Sony:
Xperia Miro
Sony Xperia Neo L
Xperia Arc S
ZTE:
Grand S Flex
ZTE V956
Grand X Quad V987
Grand Memo
Huawei:
Ascend G740
Ascend Mate
Ascend D Quad XL
Ascend D1 Quad XL
Ascend P1 S
Ascend D2