Setelah Aween Ismail dari Dewi Remaja 2018/2019 dan Nina Amin dari Dewi Remaja 2019, kini tiba giliran pemilik gelaran Dewi Inspirasi yang baharu bagi edisi 2022.
Tahniah diucapkan kepada Keeran Praval, 25 yang telahpun dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022, Sabtu lalu.
Menyifatkan kemenangan tersebut langsung tidak pernah terlintas di fikirannya memandangkan ramai finalis lain yang turut layak untuk diberikan gelaran tersebut, Keeran sewaktu ditemui merasakan gelaran ‘inspirasi’ itu sendiri adalah satu tanggungjawab berat yang perlu dipikulnya selepas ini.
“Tidak pernah terfikir pun untuk memenangi gelaran Dewi Inspirasi ini. Niat saya datang pada malam ini (Sabtu lalu) hanyalah untuk enjoy the show. Ini juga adalah malam terakhir untuk saya bertemu dengan 15 rakan-rakan saya yang lain.
“Namun biila diberikan kepercayaan oleh pihak produksi dan team Dewi Remaja 2022 untuk menggalas gelaran Dewi Inspirasi, tentunya saya merasa bertuah dan sangat-sangat berbangga kerana bagi saya, ini bukanlah gelaran yang biasa-biasa.
“Berat tanggungjawabnya dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk membawanya,” kata Keeran yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang.
Ads
Keeran ketika menerima trofi dan selempang daripada juri malam finale, Izara Aishah.
Perjalanan Keeran dalam pencarian Dewi Remaja 2022 terhenti di episod separuh akhir apabila dia akur, prestasi sepuluh orang rakannya dalam cabaran pementasan teater pada waktu itu lebih memberikan warna berbanding dirinya yang membawakan watak primadona. Begitupun, Keeran tidak sesekali berhenti memberikan komitmen dalam setiap sesuatu yang dilakukan dan dirinya juga disenangi oleh rakan-rakan finalis yang lain.
“Inspirasi itu bagi saya adalah pemilikan nilai-nilai positif di dalam diri yang perlu saya gunakan untuk dijadikan contoh kepada masyarakat di luar sana terutamanya remaja yang lebih muda daripada kami.
“Usia saya yang lebih matang daripada 15 finalis lain mungkin menjadikan saya lebih tenang dalam berdepan apa saja cabaran yang melanda sepanjang empat bulan ini. Jadi bila saya perlu membuat sesuatu keputusan, saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membuat apa-apa keputusan yang tidak berasas,” katanya.
Ads
Tanpa Pengalaman Industri, Keeran Tetap Yakin
Bercakap mengenai perancangannya selepas ini, graduan Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ini membulatkan misinya untuk menapak dalam industri seni hiburan tanah air.
Biarpun dirinya boleh dianggap masih hijau tanpa berbekalkan pengalaman industri sebelum ini baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan, Keeran tetap yakin potensi serta bakat yang dimilikinya boleh diasah untuk pergi jauh.
“Saya ingin kembangkan sayap saya seluas-luasnya dalam industri ini dan akan mengambil mana-mana peluang yang hadir untuk saya.
“Tambahan pul; Tracie, Malle dan saya sedang merancang untuk menetap bersama selepas ini di Kuala Lumpur dan akan terus menembus masuk ke dalam industri.
“Ya, perlahan-lahan chemistry di antara kami bertiga bertambah erat selepas menetap serumah sepanjang pencarian. Kami juga mudah sekepala dalam cara membawa diri. Jadi saya selesa dengan Malle dan Tracie,” ujarnya.
Tahniah Keeran Praval!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut tentang peserta Dewi Remaja, semua akan kaitkan dengan kecantikan..
Rambut yang cantik adalah salah satu elemen penarik mereka. Cer tengok kepada rambut Anzalna Nasir, Raysha Rizrose, Mawar Rashid dan Izara Aishah. Rambut mengurai dan sihat sepanjang masa adalah antara daya attraction mereka.
Salah seorang finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 yang mewakili dewi ‘berambut cantik’ kali ini ialah Fazreen Fazera. Finalis kelahiran Segamat, Johor ini selalu kelihata hair-perfect di dalam foto Instagram dan ketika bertemu live di hadapan mata.
Fazreen yang mesra dengan panggilan Faz berkongsi sikit tip penjagaan rambutnya.
***
Ramai yang gentar untuk mewarnakan rambut atau sekadar highlight kerana faktor rambut rosak. Sebenarnya, rambut rosak boleh terjadi kepada sesiapa saja. Apa yang lebih penting adalah bagaimana korang menjaga rambut.
“Tip ni sebenarnya boleh digunakan bagi rambut yang berwarna ataupun tidak. Faz amalkan syampu rambut selang 2 hari. Ini supaya rambut tak akan cepat kering dan hilang keratin.
“Faz tak amalkan conditioner, sebaliknya lebih suka menggunakan hair mask yang khusus bagi rambut berwarna. Mudah je, biarkan 5 minit sebelum dibilas air.
“Selain itu, Faz rasakan minyak kelapa banyak membantu Faz untuk mendapatkan rambut bersinar dan lembut. Lumurkan minyak kelapa sehingga ke hujung rambut dan biarkan selama 30 minit. Ia berkesan bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut bercabang,” katanya yang lebih yakin dengan warna rambut natural meskipun ditambah highlight.
Seperti Faz, penulis tahu ramai remaja perempuan yang mengalami masalah rambut mudah putus. Ini selalu terjadi kepada korang yang selalu curl rambut dan mengeringkan rambut pada setiap hari. Suhu yang terlampau tinggi menjadikan rambut mudah rosak.
“Faz pun alami masalah sama. Apa yang Faz lakukan adalah kurangkan penggunaan tools panas seperti curler kepada 2-3 kali seminggu je.”
Korang pun boleh apply bb serum sebelum memanaskan rambut.
“Memang cantik kalau warnakan rambut dan highlight. Tapi kita kena tahu limit-nya. Kalau lihat rambut tak bertahan lama, kurangkan kekerapan kepada 1-2 kali setahun,” katanya yang tak sabar menantikan episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada malam ini.
Jangan lupa untuk menonton Fazreen dan 11 lagi orang finalis pada episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada jam 10.30 malam ini di Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Kemudian, ikuti LIVE Instagram bersama finalis pada jam 11.30 malam okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lama rasanya tidak mendengar khabar daripada si cantik manis, Anzalna Nasir.
Setelah menyambut cahaya mata kedua, Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud Princely Ruler pada 20 Mei tahun lalu, Anzalna lebih memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Apatah lagi tanpa kelibat pembantu peribadi untuk mengelolakan dua orang ‘putera’ yang kian membesar, keputusan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu dari dunia seni hiburan baginya adalah keputusan yang perlu dilakukan.
Justeru, pertemuan REMAJA dengan finalis Dewi Remaja 2009/10 ini di acara pengenalan dirinya selaku duta kempen Flora Nostalgia Raya oleh Isetan Kuala Lumpur baru-baru ini seakan menjadi pengubat rindu.
Kempen yang menghimpunkan koleksi Aidilfitri oleh jenama fesyen terkenal Malaysia ini diinspirasikan daripada corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional dengan sentuhan moden pada reka bentuknya.
Seramai 25 jenama berbeza menyertai kempen Isetan Kuala Lumpur ini terdiri daripada Tom Abang Saufi, Mimpikita, Rico Rinaldi, Variante dan ramai lagi. Tentunya, REMAJA bertanyakan koleksi manakah yang menjadi pilihan Anzalna Nasir?
Jawab ikon fesyen ini, sukar untuknya memilih hanya satu memandangkan kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing bagi penggayaan di acara berbeza.
“Hendak ikutkan, saya sudah tidak sabar untuk beraya serba elegan sebenarnya dan memakai semua helaian raya dalam koleksi Flora Nostalgia Raya ini. Baju setiap hari sudah tersedia. Cuma tunggu Hari Raya saja untuk saya gayakannya.
“Saya merasa terharu dan gembira menjadi wajah Isetan pada tahun ini sebab Isetan sentiasa menjadi tempat di mana Anzalna dan keluarga membeli-belah. Bukan setakat pakaian Raya tetapi semua ada di sini. Orang kata, one-stop-centre.
“Buat masa ini, Anzalna hanya menjadi duta bagi kempen Raya sahaja. Tetapi tadi, bosnya sempat jugalah membuka peluang lain untuk Anzalna. InsyaAllah, jika ada rezeki mengapa tidak? Senang sangat untuk bekerjasama dengan mereka. Sewaktu penggambaran selama enam jam tu pun, saya tidak merasa penat malah gembira melakukannya,” kongsinya.
Jom lihat di antara rekaan baju raya yang sempat digayakan oleh Anzalna menerusi kempen Flora Nostalgia Raya ini.
Dalam pada itu, korang juga berpeluang untuk menyertai peraduan berbuka puasa bersama Anzalna dan memiliki mangkuk tingkat edidi khas secara percuma apabila membeli koleksi ini di Isetan Kuala Lumpur untuk masa terhad. Gunakan sahaja kod promo koleksi ‘muse’. Terus menang!
Selain dijual di stor fizikal Isetan Kuala Lumpur, koleksi Flora Nostalgia Raya juga boleh didapati di Isetan KL Online Store dan Lazada untuk rekaan baju tertentu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Hanee Haneesya menggondol gelaran Dewi Remaja 2018/19 disambut baik oleh rata-rata masyarakat Malaysia.
Melihatkan sisi kelainan dalam personaliti gadis ini, Haneesya yang dahulunya sering diejek kerana berkulit gelap, kini telah membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil untuk seseorang individu itu berjaya dan menjadi contoh kepada masyarakat.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan memberikan pujian serta kata-kata semangat untuk Haneesya. Jelas sekali masih ada yang tidak memandang warna kulit sebagai satu halangan untuk menceburkan diri dalam industri hiburan Malaysia.
Jom kita lihat apa komen netizen..
Malah ada juga yang menggelarkan Haneesya sebagai ‘Kim Kardashian’ Malaysia.
Tak kurang juga ramai yang menasihatkan agar orang ramai tidak lagi menggunakan produk pemutih dan timbang kilo yang ada di pasaran sebab terbukti, individu kulit gelap pun manis orangnya.
Haneesya jadi inspirasi remaja..
Send her to any international beauty pageant contest. Wow!!
Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyokong Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada finalis-finalis dan team Remaja.
Tak terkecuali buat keluarga finalis yang juga turut menyokong dari awal hingga ke pentas final. Kita jumpa lagi dalam Pencarian Dewi Remaja edisi akan datang. InsyaAllah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada hadiah hari jadi yang dibeli dengan wang, tetapi ada juga hadiah paling bermakna yang hadir dalam bentuk kenangan seumur hidup.
Itulah yang dirasai seorang...