Hiburan

“Ini Adalah Permulaan Untuk Mencintai Diri Sendiri” – Fasa Amelia Christie Utamakan Hati Sendiri, Netizen Beri Semangat

Share

“Ini adalah permulaan untuk mencintai diri sendiri”

Demikian luahan pelakon meningkat naik, Amelia Christie yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut di media sosialnya.

Perkongsian tersebut disifatkan sesetengah pihak seolah-olah gambaran perasaannya ketika ini yang sedang beralih fasa mahu lebih mengutamakan hati sendiri.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan menganggap Amelia kini sudah ‘move on’, selain berharap pelakon berusia 24 tahun itu menemui peneman hidup yang lebih baik.

Sebelum ini Sharnaaz memaklumkan tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia, sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.

Ia mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.

SUMBER FOTO: Instagram Amelia Christie

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN