The word selfie is everywhere now. Dan jika kamu sebagai pengguna laman media sosial tegar, ia merupakan satu perkara wajib. Ever wonder bagaimana sesetengah orang mendapat jumlah follower yang ramai? Yes of course some of them is a celebrity. Tapi tahukan kamu bahawa ramai social media influencer mengumpul ramai follower hanya kerana selfie mereka yang menarik?
Okay, now go through your phone and scroll your album. Berhenti seketika dan perhatikan apakah beza selfie kamu dengan instafamous yang lain. Chances are, beza itu mesti agak ketara; pertama dari segi kualiti gambar, gaya badan, pengcahayaan dan mungkin bagaimana gambar itu melalui proses edit.
Mencari perfect selfie bukanlah senang kerana ia hanya boleh diperolehi dengan beberapa gabungan perkara yang disebut di atas.
Don’t worry, Remaja is here to help! 🙂
1. Lighting adalah segalanya

Mungkin bunyinya sangat obvious tapi inilah rule pertama bagaimana kamu ingin mendapat selfie sempurna. Kamu memerlukan cahaya semulajadi kerana ia merupakan elemen semulajadi yang mampu memberikan efek wajah berseri secara maksima. Jangan selfie mengadap ke belakang cahaya luar. Contohnya, jika berada di dalam bangunan, berdiri di tepi tingkap untuk dapatkan cahaya dari luar.
2. Jauhi bayang-bayang

Ingat, kamu ingin selfie bukannya menjalani photoshoot fesyen dengan konsep pengcahayaan bagai. Jika ragu-ragu menghadaplah ke arah cahaya matahari atau cari sudut sesuai untuk elakkan bayang besar di bahagian wajah. Psst… cahaya matahari paling cantik untuk selfie ialah pada waktu matahari terbit dan terbenam.
3. Ketahui masa sesuai untuk guna flash
Kadang-kadang kita akan berada dalam situasi tempat itu cukup gelap dan tidak mempunyai cahaya semulajadi yang cukup untuk selfie. Di sinilah kamu perlu bijak menggunakan flash yang sedia terbina di dalam telefon pintar. Kebanyakan telefon pintar tidak mempunyai flash di kamera hadapan. Jangan risau, buka apps Snapchat. Ia mempunyai flash feature dengan menekan logo ‘lightning bolt‘ pada kiri sebelah atas. And voila, it works like a charm!
4. Senyuman yang semulajadi
Dengan senyuman cantik dan tidak dibuat-buat nescaya kamu akan dapatkan selfie yang baik. Kuncinya jangan try to hard. Be natural dan senyum seperti biasa. Kalau selfie lebih seirus senyum sahaja dengan mata. Practice depan cermin lambat laun kamu akan dapatkan senyuman mata sempurna.
5. Ambil sebanyak mungkin
Kylie Jenner pernah berkata, tip untuk dia dapatkan selfie sempurna ialah dengan mengambil seberapa banyak selfie. Lagi banyak, lagi bagus terutamanya untuk peringkat permulaan. Cuba sengetkan kepala dalam pelbagai arah untuk dapatkan sudut terbaik. Practice makes perfect!
Artikel Berkaitan: 5 Langkah Paling Mudah Untuk Dapatkan Kulit Wajah Bersinar Seperti Hannah Delisha
6. Bermain dengan angles

Sentiasa ingat, bila ingin selfie pastikan dagu dinaikkan dan kamera di pegang di bahagian atas sedikit. Percayalah tidak ramai orang yang kelihatan menarik jika gambar diambil dari bawah dagu. Semasa selfie juga kamu harus pastikan bahagian bawah telefon selari dengan mata. Dan kalau boleh jangan tengok ke arah kamera kerana ia boleh memberikan personaliti kepada foto kamu.
Anda mungkin berminat dengan
7. Gunakan apps & filter yang betul
Terdapat pelbagai jenis apps photo editing yang terdapat di pasaran. Antara apps yang popular sering menjadi pilihan ialah VSCO, Perfect365, Adobe Photoshop Fix dan bermacam lagi. Jika kamu serius dalam editing gunakan lebih daripada satu apps untuk edit gambar. Untuk filter pulak, pilihan yang sesuai for the occasions.
8. Jangan Over Edit
Kamu harus faham, editing itu penting untuk memberikan mood atau mencantikkan foto. Tapi janganlah terlalu over sehingga ia menampakkan ia fake. Contohnya sesetengah orang ada yang edit bahagian pipi semata-mata ingin nampak lebih cengkung dan kurus. Jika guna filter jangan sesekali setkan hingga kapasiti maksima.
9. Pilih Latar Belakang

Selfie yang sempurna biasanya sama ada ia menampilkan wajah kamu yang menarik atau kedua berlatar bekalangkan sesuatu yang unik. Kamu melakukan aktviti skydiving? Why not gunakan peluang ini untuk selfie!
10. Elakkan Selfie Klise
Macam ni, kalau rasa selfie kamu itu sama seperti foto remaja zaman MySpace dulu, yes, ia sangat klise. Jangan buat mulut muncung semacam yang pernah popular dulu. That is so ketinggalan zaman okay. Hiks!
∞
Baru-baru ini, bintang terkenal K-Pop, Lisa BLACKPINK mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan sisi prihatin beliau dengan menyumbangkan hasil kutipan daripada pasar lambak yang diadakan beberapa bulan lalu kepada pertubuhan Good Neighbors iaitu sebuah NGO global yang memperjuangkan hak kanak-kanak.
Pengumuman tersebut dikongsikan menerusi satu kenyataan oleh Sony Music Korea pada 18 Ogos lalu, dan difahamkan dana tersebut diperoleh Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal (28) melalui ‘Welcome to Lisa’s Closet’ yang menjual koleksi peribadi beliau termasuk pakaian, aksesori dan juga produk kecantikan yang pernah digunakannya.

Menurut pelantun lagu ‘Moonlit Floor (Kiss Me)’ itu, beliau meluahkan rasa terharunya apabila usaha kecilnya itu mampu membawa perubahan besar.
“Terima kasih kepada mereka yang telah bergabung dengan kami dalam berbagi, ini adalah waktu yang berharga untuk dapat memberikan harapan bagi masa depan seseorang,” katanya.
“Saya akan terus mengambil bahagian agar dapat memberikan perubahan positif kepada anak-anak yang memerlukan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, acara jualan pasar lambak ini bukan sahaja menarik perhatian kerana peluang peminat untuk berjumpa secara lebih dekat dengan idola mereka, ia juga sekaligus memberi pulangan yang positif disebalik niat murni penganjurannya dimana Lisa sejak awal sudah menjelaskan bahawa semua hasil jualan akan didermakan untuk tujuan kebajikan.

Difahamkan, hasil kutipan tersebut disalurkan kepada projek air bersih dan sanitasi oleh Good Neighbors di Niger, Afrika. Antara inisiatif yang akan dijalankan termasuk pemasangan sistem tenaga suria, tangki air dan air pancut minuman. Projek ini dijangka bakal memberi manfaat kepada kira-kira 6,800 penduduk termasuk kanak-kanak di wilayah Kollo, Niger.
Sementara itu, misi ini dilihat amat penting kerana isu akses kepada air bersih masih menjadi cabaran utama bagi banyak komuniti di Afrika. Melalui bantuan ini, penduduk tempatan akan menikmati kehidupan yang lebih sihat dan selamat.
Sumbangan Lisa ini sekali lagi membuktikan bahawa idola K-Pop bukan sahaja mampu memberi pengaruh dalam bidang hiburan, tetapi juga menjadi suara perubahan yang memberi impak positif kepada masyarakat dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Drama Korea bukan hanya mendapat tempat di hati peminat tempatan, namun ia turut menjadi bualan hangat oleh peminat di luar negara, terutamanya Malaysia dan Indonesia. Setiap kali muncul di kaca televisyen, pasti menjadi trending kerana jalan ceritanya yang menarik dengan barisan pelakon berbakat.
Walau bagaimanapun, bukan semua drama Korea mendapat sambutan hangat, malah ada yang dipendekkan tayangannya gara-gara tidak mendapat sambutan.
Jom kita lihat antara k-drama yang dipendekkan kerana tidak mendapat rating yang tinggi dan kurang sambutan.
1. A Beautiful Mind

Drama ini sepatutnya mempunyai 16 episod dan walaupun mendapat sokongan daripada penonton luar negara, namun siri ini dikurangkan menjadi 14 episod. K-drama ini hanya mempunyai rating sekitar 3.7 peratus dan ia adalah sangat rendah bagi drama yang disiarkan di saluran awam.
2. Mom is Acting Up

Asalnya, drama ini sepatutnya mempunyai 120 episod tetapi sebaliknya ia telah dipendekkan menjadi 27 episod. Kekurangan penonton yang berterusan menyebabkan MBC hanya memotong rancangannya dan beralih ke projek lain.
3. A Piece of Your Mind

Drama ini juga sepatutnya mempunyai 16 episod namun ia tidak berjaya menarik perhatian masyarakat umum dan hanya mencatatkan rating 2.4 peratus. A Piece of Your Mind dipendekkan menjadi 12 episod sahaja.
4. Ex-Girlfriend’s Club

Episod pertama drama ini hanya mencatatkan rating sebanyak 1.16 peratus dan selepas episod 1, drama ini tidak pernah mendapat rating penonton yang melebihi 1 peratus. Disebabkan itu, drama 16 episod ini dipendekkan menjadi 12 episod.
5. Love Frequency 37.2

Drama ini sepatutnya mempunyai 12 episod namun dipendekkan menjadi 6 episod kerana ia tidak mendapat perhatian daripada masyarakat umum.
Sumber: Koreaboo
∞
Aktres jelita, To’ Puan Syamim Freida meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang bekerjasama dengan produksi dari Indonesia untuk filem terbaharu berjudul Air Mata Mualaf.
Bagi bekas peserta Dewi Remaja itu, peluang ini hadir bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.
“Lebih kepada gembira, bersyukur dan teruja kerana ini satu perkara yang tak pernah saya jangka dapat bekerjasama dengan salah seorang idola saya, Alhamdulillah,” katanya kepada Remaja.

Menariknya, di sebalik kejayaannya kini, sokongan suami tercinta menjadi antara dorongan utama buatnya untuk terus melangkah lebih jauh dalam bidang seni, terutama ketika melangkah masuk ke industri perfileman Indonesia.
“Suami saya sangat supportive, dia yang banyak menggalakkan saya untuk mencuba rezeki yang baharu dan dia kata tak salah untuk cuba benda baharu selagi masih ada tenaga untuk ke mana-mana.
“Selain itu, suami saya juga banyak beri saya semangat dan apa-apa pun yang kita nak lakukan, restu seorang suami itu penting selain sokongan daripadanya,” ujar Syamim lagi.
Bercerita tentang penglibatannya dalam produksi seberang, Syamim menjelaskan bahawa dia telah berada di Jakarta selama setahun bagi menjayakan projek ini. Namun begitu, dia tetap pulang ke tanah air dari semasa ke semasa.

“Sebenarnya setahun saya di Jakarta, ada juga pulang ke tanah air bukanlah saya tak balik ke Malaysia langsung.
“Ya, saya ulang-alik selama setahun. Lagi pun suami saya tak risau saya di sana kerana dia ramai saudara di Jakarta,” katanya.
Bercakap tentang pengalaman bekerja dengan produksi Indonesia pula, Syamim turut berkongsi perbezaan ketara dalam cara kerja mereka yang sangat pantas dan memerlukan persediaan penuh daripada para pelakon.

“Bekerja dengan produksi Indonesia ini perlu cepat. Bila cepat itu, anda sebagai pelakon itu hendaklah sentiasa ‘ready’ dengan apa yang anda nak buat. Kena betul-betul dah mendalami karakter yang dibawa sebelum melangkah masuk ke set.
“Kebanyakan pelakon di sana tak mahu lakukan rehearsel, jadi terus masuk ke set dan bila dalam set dah tak ada pegang skrip lagi. Memang kena bersedia. Sebab itu kita ada sebulan latihan untuk persiapan. Jadi bila di set penggambaran dah tak ada baru nak baca skrip mahupun bertanya,” tuturnya panjang.
Selain Syamim dan Acha Septriasa, Air Mata Mualaf juga bakal dilakonkan oleh Achmad Megantara, Rizky Hanggono, Dewi Irawan, Matthew Williams dan ramai lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞