Sejak tengah hari tadi, tumpuan seluruh Malaysia nampaknya terarah kepada demonstrasi serta mogok beramai-ramai oleh kira-kira 5000 daripada sejumlah 23,000 doktor kontrak di 24 buah pusat kesihatan bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara.
Mogok yang dilakukan secara aman itu adalah hasil kesepakatan para doktor kontrak tempatan yang memperjuangkan dua perkara saja; iaitu kerajaan untuk menawarkan perlantikan tetap kepada pegawai perubatan dan inginkan penjelasan terperinci daripada kerajaan.
Mereka mulai keluar dari lobi hospital masing-masing setelah menyerahkan tugasan penting kepada pegawai perubatan yang masib berada di dalam wad. Biarpun berdemonstrasi, mereka terlebih dahulu memastikan tiada pesakit yang terjejas ataupun rawatan terpinggir.
Demonstrasi ini sedikit sebanyak membuatkan ramai pihak terpanggil untuk mengetahui sebab utama ia dijalankan. Tinjauan di media sosial mendapati ada yang menyokong tindakan tersebut demi menjamin masa hadapan petugas perubatan di Malaysia. Ada juga yang merasakan ia tidak perlu memandangkan nyawa pesakit di hospital kini bergantung sepenuhnya kepada petugas kesihatan.
Ads
*
Tentunya, insan nombor satu yang menggesa agar mogok atau demonstrasi aman ini tidak diteruskan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Catat beliau di akaun rasmi media sosialnya di Facebook dan Twitter, beliau meminta agar para doktor dan petugas kesihatan untuk kembali memperingati mengapa mereka mengambil sumpah ‘Primum Non Nocere’ semasa memulakan profesion dahulu. Ia adalah untuk tidak membahayakan atau menzalimi para pesakit.
“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan para pesakit adalah keutamaan kita. Ingat sumpah ikrar yang kita ambil secara ikhlas dan jagalah pesakit semasa mereka dan negara memerlukan anda sekarang.
Ads
“Kita adalah ‘benteng pertahanan’ terakhir yang menentukan nasib pesakit. Setiap nyawa itu bernilai.
“Kepada rakan sekerja junior yang berada pada posisi kontrak, saya seru agar anda tidak menyertai demonstrasi dan meninggalkan tugas menjaga pesakit. Ingatlah berapa ramai nyawa yang sedang dipertaruhkan dan demonstrasi (seperti ini) boleh memberi kesan kepada nyawa dan karier anda,” tegas beliau.
Ads
Ada ura-ura mengatakan kontrak doktor junior kerajaan mungkin berdepan risiko kehilangan kerja setelah tamat tempoh lima tahun perkhidmatan wajib mereka di hospital kerajaan. Kegagalan kerajaan menyerap mereka dalam perkhidmatan tetap sehingga kontrak hampir tamat itulah yang menyebabkan ramai petugas berdemonstrasi. Petugas inginkan jaminan pekerjaan tetap agar nasib kerjaya mereka terbela oleh pihak KKM.
Kata Dr. Noor Hisham untuk menjawab persoalan itu, kerajaan telah mengumumkan lanjutan dua tahun kontrak demi memberi ruang pindaan Akta Pencen agar posisi pekerjaan tetap diluluskan. Ia juga akan didatangkan dengan pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Di samping itu, kerajaan juga akan membenarkan petugas kontrak menyambung pengajian ke peringkat sarjana walaupun masih lagi berstatus kontrak.
Bagaimanapun, para petugas mempersoalkan semula kelongggaran untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana apabila jumlah posisi kerja untuk doktor yang mempunyai sarjana masih kecil. Kebanyakan masih akan ditamatkan kontrak apabila tiba masanya.
Mereka yang berdemonstrasi hari ini bukan hanya memikirkan nasib diri dan kerjaya saja. Malah, soal kenaikan gaji apabila bertukar status dari kontrak kepada tetap langsung tidak terlintas di pemikiran kerana ia tidak banyak berbeza.
Mereka hanya memikirkan nasib rakyat Malaysia terutamanya pada waktu pandemik sekarang. Tanpa adanya para doktor yang dikatakan akan tamat kontrak tidak lama lagi, Malaysia berisiko kekurangan tenaga petugas perubatan mahir pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi sesiapa yang selalu travel atau bakal travel, satu pesanan pramugari ini mungkin boleh dijadikan pengajaran.
Selalunya kita tak terfikir atau malas memikirkan dari sumber mana makanan atau air datang. Yang kita tahu bila agak boring duduk dalam pesawat, mulalah kita memesan atau order macam-macam.
Menurut seorang pramugari dari American Airlines, Betty, dia berkata, sebaiknya penumpang jangan sesekali membuat pesanan air kopi atau teh bila berada dalam kapal terbang.
Sebabnya, air yang digunakan dalam pesawat itu adalah air yang sama digunakan untuk membersihkan tandas pesawat selepas penumpang melepaskan hajat mereka! Yurkk!!
Kata pramugari kepada VICE dalam satu temuramah, dia berpesan “jangan minum kopi atas pesawat”.
“Sumber airnya adalah sumber yang sama yang digunakan untuk membersihkan tandas. Kami baru-baru ini telah melakukan ujian mengesan bakteria E Coli ke atas air berkenaan dan ternyata tidak lulus. Selepas dilakukan perawatan air, barulah air itu diberikan kelulusan.
“Jadi tidak digalakkan penumpang untuk minum air panas atau teh. Sebaiknya mintalah air yang telah dibotolkan atau minuman berais, ia lebih selamat,” katanya.
Walaupun Betty telah menggambarkan betapa jijiknya air di dalam pesawat yang tetapi hal ini mendapat bantahan dari pesawat EasyJet.
Dalam satu temuramah, EasyJet kepada akhbat Daily Mail, mengakui bahawa air yang ada di dalam pesawat memang digunakan untuk membuat minuman panas dan masa yang sama digunakan untuk menyiram tandas.
Tetapi mereka menyakinkan penumpangnya bahawa air itu selamat digunakan kerana aliran air dilakukan dengan sempurna.
“Ini merupakan hal yang biasa di kebanyakan pesawat dan airlines. Air dimasukkan ke dalam pesawat secara berkala,’ kata jurucakap EasyJet tentang isu dibangkitkan.
Akan tetapi Betty bukanlah satu-satunya pramugari yang memberikan ingatan untuk tidak minum air panas di atas pesawat.
Agensi Perlindungan Lingkungan (EPA) telah melakukan ujian di kapal terbang komersial pada tahun 2012 dan berjaya menemui 12 peratus air yang dianalisis keluar didapati positif mengandungi kuman bakteria E Coli.
Bagi sesiapa yang terbang jauh-jauh tu, beringatlah ya. Jangan sampai jatuh sakit!
Ada macam-macam kerja terkeluar dari mulut termasuklah doktor, jurutera, nak jadi askar, polis dan macam-macam lagi. Tapi bila peroleh ijazah, banyak impian kerja kita tidak tercapai.
Terkini, empat bidang kerja yang bakal pupus akan diedarkan ke sekolah bagi murid-murid membuat pilihan sebagai rujukan. Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, tidak lama lagi, sekolah akan dibekalkan dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan berisiko pada masa depan sebagai rujukan pelajar untuk memilih jurusan di institusi pendidikan tinggi.
Wah, selepas tiadanya aliran Sains dan Sastera pada tahun hadapan nampaknya pelajar semakin boleh membuat pilihan jurusan apa yang mempunyai masa depan di universiti.
M Kula Segaran berkata, ia akan membantu pelajar mengelak memilih bidang pengajian yang tidak mempunyai masa depan atau sedia berdepan risiko tidak memiliki pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
“Saya telah bercakap dengan lebih 400 guru dan majoriti mereka keliru tentang realiti semasa berkenaan bidang pekerjaan yang mungkin tidak lagi relevan atau wujud dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang.
“Sebab itu kementerian bersedia dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan kritikal pada masa depan untuk diedarkan kepada semua sekolah selewat-lewatnya akhir Disember ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019, semalam.
Kula Segaran berkata proses menyenarai bidang pekerjaan itu disediakan dengan kerjasama Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Iimia) serta Talent Corp.
Beliau berkata pandangan daripada empat entiti berkaitan bidang pekerjaan tersebut diambil sebagai panduan dan kemudiannya diolah mengikut keadaan semasa di negara ini sebelum diedarkan.
Ditanya apakah pekerjaan yang berada dalam senarai tersebut, Kula Segaran membayangkan ia bukan bidang pekerjaan terkenal tetapi memberi pulangan wang yang banyak kepada mereka yang terlibat di dalamnya.
“Ledakan IR 4.0 (Revolusi Industri 4.0), memungkinkan 30% pekerjaan sedia ada ketika ini tidak lagi relevan pada masa akan datang, bermakna pelajar dan ibu bapa perlu diberi panduan agar lebih bersedia menghadapinya,” katanya.
Sementara itu, pelajar jurusan teknologi baik pulih badan kenderaan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, Juvert Soii dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala.
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri adalah anugerah tertinggi dalam pertandingan kemahiran yang mula diperkenalkan pada 1991. Sumber : FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya orang kalau pergi bercuti tentu akan mempunyai memori-memori yang manis apabila melawat tempat orang kan?
Tapi, berbeza dengan wanita ini yang dikenali sebagai Najlaa Yusuf apabila percutiannya ke India sebelum ini di Daerah Delhi dan Agra berdepan dengan pengalaman hampir ditipu oleh scammer yang tidak putus asa cuba menipunya. Mujur tidak berjaya.
Dia berkongsi kisahnya di laman Facebook di group Backpackers Buddies Malaysia. Memang agak menakutkan apabila melihat kesungguhan scammers ini.
“Scam di Delhi, India. Bila cerita pasal travel orang selalunya akan cerita yang indah, yang sedap, yang wangi je. Tapi aku nak buka cerita busuk pasal scam-scam yang aku lalui semasa travel ke India 2 tahun lepas supaya boleh jadi panduan dan pengajaran kepada travelers lain yg berhajat ke sana.
“Btw kisah scam ni semua terjadi di Delhi dan Agra, bila kami bergerak ke wilayah lain scammers semua hilang dgn sendirinya. mohon jangan komen ‘aku pergi Kashmir 10 kali setahun selamat je’ dan komen2 yg sewaktu dengannya.
1) Scam “hotel yang anda booking kena cancel sbb esok ada rusuhan di situ “.
“Kami sampai di Airport New Delhi dari KL dalam 12 malam, kami terus ambil teksi utk ke hotel yg kami dah book di Paharganj, untuk mengelakkan di tipu driver teksi kami ambil prepaid taxi di booth teksi kat airport.
“Ingatkan selamat la. pemandu teksi tu sangat friendly, banyak bersembang, tanya itu ini. lepas tu dia start cerita pasal Ram Baba. katanya Ram Baba ni ketua satu kumpulan agama, memang ramai pengikut tapi Ram Baba baru-baru ni kena tangkap polis sebab merogol beberapa orang pengikutnya.
“Jadinya esok pengikut dia nak buat rusuhan dekat area Paharganj, area hotel kami. Cerita pasal Ram Baba tu memang betul, aku ada baca kat dlm news, tapi rusuhan tu diorang dah buat 2 minggu sebelum tu, berapa kali nak buat rusuhan?
“Driver tu cakap mmg dia akan buat banyak kali smp Ram Baba tu dilepaskan. haha gila pandai dia goreng sampai garing. So Paharganj di tutup esok, ada curfew, orang merusuh, hotel kami highly likely dah cancel semua booking.
“Kami start rasa hancing sbb dah pernah baca plot cerita scam yg sama, cuma watak dan location rusuhan tu je ditukar. Sampai di Paharganj kami nampak ada barricade di jalan masuk, driver teksi berhenti utk tanya orang yg jaga jalan tu apa yg terjadi.
“Dengan muka runsing driver tu bawa berita sedih kat kami, jalan tutup sbb curfew, kereta tak boleh lalu. Dia kata dia akan bawa kami ke Tourist Information Centre untuk dapatkan maklumat lanjut.
“Kami taknak pergi tourist info centre tu sbb dah dengar cerita tempat tu scam. tapi takkan nak jalan kaki tengah-tengah malam cari hotel yg kami dah book, nak suruh driver teksi tu rempuh barricade tu lagi lah tak boleh. So kami setuju je lah pergi tempat tu, dalam perjalanan dok pikir camne nak larikan diri tanpa membahayakan keselamatan.
2) Scam Tourist Information Centre.
“Kami sampai di tempat ni dalam 1.30pagi, giler lah tourist center bukak sampai pagi, negara maju pun tak macam ni. Kat ofis tu ada sorang lelaki umur dalam 40-50an, manager centre tu katanya.
“Manager tu pun ulang balik cerita driver taxi tu pasal Ram Baba yada yada yada, so dia akan tolong aku book hotel lain utk malam tu. aku buat muka tak percaya. aku bgtau dia kalau hotel dah cancel booking kenapa aku tak dapat email?
“Sambil tunjuk email aku, nasib baik aku buat data roaming so boleh periksa kesahihan cerita dia. dia kata kalau tak percaya aku boleh cakap sendiri dgn orang hotel, dia call kan guna telefon pejabat dia.
“Bila aku cakap dgn ‘orang hotel’ tu, orang hotel tu pun mengiyakan cerita manager dan driver teksi tu, diorang dah cancel semua booking. aku tanya dia bila diorang decide nak cancel booking dan hantar email? dia cakap semalam.
“So aku bgtau dia aku baru je book hotel tu semalam sebelum aku bertolak ke airport dan call hotel utk make sure booking tu dah proceed pagi tu. kenapa tak bagitau aku masa tu? dia terus krik krik… kantoi menipu. aku letak fon dan bagitau driver teksi tu, bawak balik kami ke barricade tu, kami akan jalan kaki dari situ ke hotel kami.
3) Scam driver auto-rickshaw.
“Lepas kami bertegas taknak book hotel baru, driver teksi tu pun bawa kami balik ke Paharganj, ke barricade. Dia kata dia akan tolong cari auto-rickshaw lalu jalan belakang utk ke hotel kami.
“So dia pun pungpang pungpang discuss dgn driver auto lepas tu driver teksi bgtau 150rupee untuk kami bertiga, kami pun setuju. so dengan luggage kami berhimpit kat belakang auto yg sempit tu. punya jauh dia bawak masuk lorong keluar lorong, masuk roundabout, lalu bawah jambatan, padahal dari barricade tu patut jalan lurus 400m dah sampai.
“Sampai depan hotel aku siap2 bagi 150rupee utk mengelakkan drama, sekali dia cakap tak cukup. 150rupee sorang. WTH!!! tadi cakap utk 1 auto, skrg harga untuk sorang pulak. aku dah tak larat nak gaduh waktu tu, dah pukul 3 pagi weh so aku bayar je.
“The truth: Dah sampai hotel tu kami tolak pintu hotel tu. jeng jeng jeng…. hotel bukak je, ada beberapa staff sambut kedatangan kami. xde nye cancel2 booking.
“Aku tanya betul ke ada rusuhan esok? receptionist tu kata mana ada. Habis tu barricade tu utk apa? dia kata sana memang lepas pukul 11malam diorang akan tutup jalan tak bagi kereta lalu.
“Hanat punya scammers. Walaupun kami tak berjaya ditipu, tetap rasa panas hati sbb buang masa dan penat sel otak aku nak bekerja malam2 buta waktu aku patut tidur.
“Dahlah pukul 5 pagi kami kena bangun sbb train kami ke Agra bertolak pukul 6pagi, tak sampai 2jam kami tidur. So lepas 2jam tidur, kami pun bangun untuk bersiap siap. ikutkan hati nak sambung tidur, tak kuasa dah nak tengok Taj Mahal. Tapi kami kuatkan hati utk pergi jugak, bukan senang nak sampai India. Nak buat visa sampai sejarah tok nenek dia tanya.
4) Scam ‘train anda dibatalkan’.
“Bila kami tiba di New Delhi Train Station, kami terus menuju ke pintu masuk, ada scan macam kat airport, kena letak beg atas conveyor belt. ada sorang lelaki berpakaian uniform mcm polis yg jaga kat situ. dia minta tiket train kami so aku pun bagi lah. dia cakap train cancel, pergi ke kaunter sekian2.
“WTH! ni betul ke scam ni? kami pun pergi ke kaunter yg dia cakap, ada 2orang lelaki dah tunggu kami, yg peliknya booth tu shutternya tutup lagi tapi ada orang tunggu luar booth, bawak file. dia bukak file, tunjuk kat aku pakej ke Agra naik kereta yg dia tawarkan. sah scammers! kami jeling sesama kami, nampak pintu masuk tu dah xde pegawai yg beruniform tu. kami bertiga lari dari scammers tu, melepasi entrance yg dah xde orang jaga pun, berlari ke platform sbb lagi 2-3minit train kami nak gerak. sampai platform train tu ada lagi, Alhamdulillah. kami masuk train tercungap cungap, scammers punya pasal.
“Persoalannya, macam mana pukul 6pagi dah ada scammers tunggu depan entrance? yg peliknya, scammers tu macam dah tunggu kami sbb lepas kami beredar dari entrance utk jumpa second scammers, org beruniform tu blah macam tu je. takde orang pun yg jaga entrance lepas tu, maknanya dia bukannya ada kat situ setiap masa.
“Kami rasa scammers kat train station ni adalah geng pakcik teksi semalam. sbb masa dalam teksi tu dia tanya aku esok nak pergi mana? aku bagitau dia kitorang dah book train nak pergi Agra supaya dia berputus asa utk jual tour dia kat kami. walaupun aku cuba kelentong waktu train departure sbb masa tu dah syak dia cuba nk scam, driver tu still dapat tau waktu sebenar sbb dia memang hafal jadual train ke Agra.
“Ini bukan tuduhan tak berasas, driver tu memang suspicious. lepas je dia dapat tau plan kami di India dia busy telefon orang sana sini, hantar sms macam ada kekasih gelap dia punya tak lekang dari fon tu walaupun tengah drive sampaikan teksi tu gerak 30km/jam je kat atas jalan yg tengah lengang, padahal sebelum tu dia bawak punya laju macam F1. Rupanya dia tengah alertkan scammers kat tourist center, scammers kat train station, besar kemungkinan orang yg jaga barricade jugak.
5) Scam driver teksi Agra
“Sampai di Agra kami terus pergi pejabat irctc (Indian railways) kat dalam train station tu jugak utk book day tour sebab petang tu kami balik Delhi semula. Ingatkan book tour dgn irctc terselamatlah dari scam, takde maknanya. semasa di pejabat irctc, kami dah pilih location2 yg kami nak pergi dan settle bayaran semuanya di ofis tu. Kami pilih utk pergi ke Agra Fort, Baby Taj, Taj Mahal dan Mehtab Bagh. Driver teksi bawa kami ke Agra Fort dan Baby Taj tanpa sebarang masalah.
“Tapi bila kami nak ke Taj Mahal driver tu start buat hal. Dia cakap sekarang waktu tengahari, Taj Mahal tutup waktu lunch so dia akan bawa kami ke tempat lain, dia kata Mini Taj Mahal. kami tak setuju tapi dia bawa juga kami ke situ.
“Bila kami masuk rupanya kedai souvenir barang mahal, kami terus patah balik keluar cari balik driver teksi tu. kami cakap kami taknak tengok souvenir, tak kisah lah kalau Taj Mahal tutup pun, kami sanggup tunggu depan pintu masuk sampai Taj Mahal tu buka.
“Dia pun terpaksa akur. Sampai depan Taj Mahal tempat tu buka je, memang kaki kencing pakcik tu. lepas habis tour di Taj Mahal, sepatutnya kami ke Mehtab Bagh tapi driver tu start bagi alasan lagi. dia kata Mehtab Bagh tu jauh, kalau pergi sana tak sempat balik train station on time. so dia nak bawa kami ke tempat lain. cultural village katanya.
“Kami ni dah lah sleep deprived, dari malam tadi dok jumpa scammers, penat gila otak kami berfikir nak selamatkan diri. Kat kampung tu pun mesti penuh scammers jugak. Jadi aku cakap kat pakcik tu takpelah pakcik, kita lupakan saja Mehtab Bagh tu, hantar je kami balik ke train station walaupun masa tu ada 3jam lagi sblm train sampai,” tulisnya.
Susulan itu, wanita ini juga turut berkongsi tip untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam apabila melawat ke kawasan tersebut.
“Itulah cerita kami di Delhi dan Agra. macam2 scam kami jumpa dalam tempoh kurang dari 24jam. Aku selalu fikir kenapa kami ni macam scammers magnet, orang lain pergi India xde kena scam camtu sekali.
“Lepas 2 tahun aku come up dgn tips2 untuk mengelakkan scammers di India kalau aku pergi sana lagi.
1. Buat2 tak faham English
“Masa di Delhi, kami berjumpa dgn sorang solo traveler dari Malaysia. kami tanya dia tak kena scam ke kat Delhi ni? Selamba dia jawab takde. Rahsianya dia langsung tak cakap English sepanjang di sana. nak order makanan kat restoran pun dia cakap Melayu.
2. Jangan bagitau sesiapa yg ini pertama kali korang ke India.
“Soalan famous yg korang akan dapat bila ke sana ialah ‘is this your first time in India?’ soalan ni dengar macam harmless kat negara lain tapi kat India kalau korang jawab yes memang mengundang scammers lah jawabnya.
“FYI kami jawab yes kat driver teksi di Delhi dan Agra. Sebelum touchdown kat India ada baiknya kalau korang berpakat dgn kawan2 travel yg lain utk reka cerita yg convincing utk cerita kalau orang tanya. kalau malas nak reka cerita, buat macam tip 1.
3. Berjaga-jaga dgn orang yg peramah dan orang yg volunteer nak escort korang.
“Yg peramah kebanyakannya scammers. masa kami pergi kedai kopi (kedai tu kat tingkat 2), ada sorang lelaki ni start bersembang dgn kami tanpa diundang, bagitau yg dia pernah kerja kat Malaysia, dia journalist asal dari pakistan, sekarang tengah travel kat India.
“Lepas tu dia recommend kami pergi kat 1 shopping mall tu utk beli souvenir, dia beria nak hantarkan kami naik teksi. dia kata kalau kami pergi sendiri nnt kena tipu. kami rasa dia scammers so lepas keluar dari kedai tu kami cepat2 pergi arah bertentangan dari arah yg dia bagi. ingatkan dah selamat, lepas 10minit dia tiba2 datang dari belakang kami, dia tanya kenapa kami tak pergi2 lagi.
“Rupanya dia dok tengok kami dari tingkat atas dari tadi. terpaksa kami lari ke station mrt untuk balik ke hotel.
4. Bagitau potential scammers yg korang dah tau trick mereka.
“Kalau korang yg jenis confrontational boleh cuba tips ni. sebelum driver teksi buka mulut lagi korang tanya dulu ‘the road is closed due to riot? cut your bullshit! this scam is so yesteryear’ tapi taktik ni ada potensi backfire. nanti scammers take it as a challenge utk upgrade diorang punya scam.
5. Kalau muka korang macam orang tempatan, try dress up macam orang sana.
“Cuba blend in supaya scammers tak perasan yg korang ni traveler. Kalau yang muka macam Cina atau Jawa tu memang tak leh nak buat apa lah, kalau korang pakai sari pun orang tau korang bukan local.
6. buat data roaming
“Walaupun korang rasa data roaming tu mahal, kat India ni lebih baik korang bayar data roaming daripada kena scam dgn scammers.
“Disebabkan aku buat data roaming aku terselamat dari kena scam kat tourist info centre sbb aku cek email yg kononnya diorang dah hantar bgtau booking hotel kena cancel. Satu benda pasal Indian scammers ni, diorang ni organisasi jenayah terancang. diorang tak bergerak berseorangan.
“Diorang ada team yg sangat handal berlakon, diorang punya tipu tu sangat meyakinkan sampai korang akan mula meragui judgement korang sendiri. waktu korang meragui diri sendiri tu, internet adalah penyelamat.
7. Sentiasa kira balance yg dipulangkan.
“Ini bukan scam tapi aku perasan banyak kali bila aku bagi duit besar, bila cashier bagi balance akan kurang satu note. aku memang jenis kira duit balance sblm pergi. selalunya masa aku tengah kira duit sebelum aku sampai note terakhir, sblm aku cakap duit tak cukup diorang dah hulur duit yg tak cukup tu.
“Memang serious banyak kali kena. kat stesyen mrt, kedai runcit, kedai makan. nampak sangat memang selalu diorang buat camtu dgn harapan orang tak perasan.
“edit: ramai pulak yangg komen tak jadi pergi India sbb takut lepas dengar cerita ni. Pada aku India negara yg kena pergi at least sekali, cuma berhati hati lah dengan scammers.
“Kalau hati tak cukup kental atau kering aku sangat cadangkan ambil tour. tapi ambil tour pun make sure dgn company yg reputable. kalau salah pilih tour lagi teruk kena scamnya,” tulisnya.
Oh my! Lepas ini pergi mana-mana memang kena berhati-hati takut nanti jadi mangsa scammer pula. Yang penting, enjoy your vacation ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!