Ada macam-macam kerja terkeluar dari mulut termasuklah doktor, jurutera, nak jadi askar, polis dan macam-macam lagi. Tapi bila peroleh ijazah, banyak impian kerja kita tidak tercapai.
Terkini, empat bidang kerja yang bakal pupus akan diedarkan ke sekolah bagi murid-murid membuat pilihan sebagai rujukan. Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, tidak lama lagi, sekolah akan dibekalkan dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan berisiko pada masa depan sebagai rujukan pelajar untuk memilih jurusan di institusi pendidikan tinggi.
Wah, selepas tiadanya aliran Sains dan Sastera pada tahun hadapan nampaknya pelajar semakin boleh membuat pilihan jurusan apa yang mempunyai masa depan di universiti.
M Kula Segaran berkata, ia akan membantu pelajar mengelak memilih bidang pengajian yang tidak mempunyai masa depan atau sedia berdepan risiko tidak memiliki pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Ads
“Saya telah bercakap dengan lebih 400 guru dan majoriti mereka keliru tentang realiti semasa berkenaan bidang pekerjaan yang mungkin tidak lagi relevan atau wujud dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang.
“Sebab itu kementerian bersedia dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan kritikal pada masa depan untuk diedarkan kepada semua sekolah selewat-lewatnya akhir Disember ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019, semalam.
Ads
Kula Segaran berkata proses menyenarai bidang pekerjaan itu disediakan dengan kerjasama Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Iimia) serta Talent Corp.
Beliau berkata pandangan daripada empat entiti berkaitan bidang pekerjaan tersebut diambil sebagai panduan dan kemudiannya diolah mengikut keadaan semasa di negara ini sebelum diedarkan.
Ads
Ditanya apakah pekerjaan yang berada dalam senarai tersebut, Kula Segaran membayangkan ia bukan bidang pekerjaan terkenal tetapi memberi pulangan wang yang banyak kepada mereka yang terlibat di dalamnya.
“Ledakan IR 4.0 (Revolusi Industri 4.0), memungkinkan 30% pekerjaan sedia ada ketika ini tidak lagi relevan pada masa akan datang, bermakna pelajar dan ibu bapa perlu diberi panduan agar lebih bersedia menghadapinya,” katanya.
Sementara itu, pelajar jurusan teknologi baik pulih badan kenderaan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, Juvert Soii dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala.
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri adalah anugerah tertinggi dalam pertandingan kemahiran yang mula diperkenalkan pada 1991. Sumber : FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini viral di media sosial tentang salah seorang juri di sebuah pertandingan dangdut di Indonesia yang memakai hijab wig.
Rupa-rupanya, Iyeth Bustami telah menggayakan fesyen hijab wig ini sejak tahun 2014 yang lalu. Kalau korang tengok dalam akaun instagram miliknya, pelbagai foto gaya hijab berwarna-warni yang unik diperagakan oleh wanita ini.
Jom kita lihat antara fesyen hijab wig yang diketengahkan oleh penghibur dari Indonesia ini.
Berita kemangkatan ratu England, Ratu Elizabeth pada hari ini telah menjadi topik perbualan ulung seluruh dunia terutamanya di negara-negara Komanwel.
Menurut sumber, baginda mangkat pada usia 96 tahun di atas katilnya di Balmoral, Scotland pada tengah hari waktu tempatan pada Khamis.
Susulan kemangkatannya, anak sulung Ratu Elizabeth II yang juga bakal ditabalksan sebagai Raja England baharu, Putera Charles mengeluarkan kenyataan bahawa kemangkatan bondanya itu merupakan detik kesedihan paling besar buat dirinya dan semua ahli kerabat diraja England.
Baginda dan Putera Charles sewaktu masih muda.
Putera Charles dilaporkan bersama adik perempuannya, Puteri Anne sempat berada di sisi baginda di Balmoral sebelum baginda mangkat.
Mereka berdua sudah berada di Scotland ketika tahap kesihatan bertambah lebih teruk dan dapat menemuinya tepat pada masanya sebelum kemangkatannya, kata sumber tersebut.
Dua lagi anakanda Ratu Elizabeth II, Putera Andrew dan Putera Edward, isterinya Sophie dan anak bakal Raja England kini, Putera William telahpun bergegas terbang ke Balmoral dari Berkshire melalui jet peribadi ke Aberdeen untuk melihatnya.
Mereka bagaimanapun khabarnya tidak sampai tepat pada masanya.
Putera William (kiri) dan Putera Harry merupakan di antara cucu paling rapat dengan baginda.
Sementara itu, adinda putera William, Putera Harry juga cuba sampai ke Balmoral tepat pada masa tetapi beliau hanya tiba pada pukul 8 malam waktu tempatan.
*
Ketika hayat baginda menjadi ratu, Putera Charles yang bergelar Putera Wales ialah pewaris pertama takhta diraja England.
Kini, Putera Charles kini menjadi Raja England secara automatik akan ditabalkan sebagai Raja England dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walau sudah terperangkap selama 65 jam dalam kejadian gempa bumi di Kora Izmir, Turki, seorang kanak-kanak perempuan, Elif Perincek berusia tiga tahun ditemui selamat biar dalam keadaan lemah.
Ditemui masih bernafas di sebalik runtuhan yang telah mengorbankan hampir 100 orang dalam kejadian gempa kuat di Laut Aegea, kanak-kanak ini kemudian diusung dan dibawa terus ke hospital.
Semasa pasukan menyelamat menemui dirinya mereka turut menarik sisa runtuhan dan menemui adik beradiknya yang lain bersama ibu mereka yang turut terselamat. Malangnya ketika perjalanan ke hospital, salah seorang adik beradik Elif meninggal dunia.
Menurut jurucakap penyelamat Pengurusan Bencana dan Darurat (AFAD) Turki, Mehmet Gulluoglu menulis “terima kasih kepadamu Ya Allah. Kami telah mengeluarkan Elif si kecil dari sebuah blok apartment,” katanya kepada Reuters.
AFAD menjelaskan setakat ini korban adalah seramai 92 orang di Izmir menjadikan ia gempa bumi paling teruk pernah melanda Turki dalam hampir satu dekad.
“Seramai 994 orang alami kecederaan di Izmir dan sekitar 150 orang masih dirawat di hospital,” tambah AFAD.
Sekitar 20 orang lagi diyakini masih tertimbus di antara celah runtuhan bangunan dan pencariana akan diteruskan demi memastikan kesemua mangsa dikeluarkan, kata CNN Turki.
Untuk makluman, pada tahun 2011 Turki pernah dilanda gempa dan menewaskan lebih 500 orang di daerah timur Elazig. Lebih 3500 orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 13,000 tempat tinggal sementara disediakan buat mangsa terjejas. Hampir 8000 anggota penyelamat dikerah memberi bantuan selain 25 ekor anjing pengesan digunakan menurut AFAD. Sumber : Reuters.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!