Demam Miss Universe nampak belum berakhir setelah wakil Amerika Syarikat, R’Bonney Gabriel dinobatkan sebagai juara edisi ke-71 pertandingan ratu cantik itu, hari ini.
Kali ini, ia bukanlah tentang juara tersebut. Sebaliknya, ia mengenai ura-ura pengurusan organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) sendiri.
Semenjak lebih seminggu yang lalu, ramai dalam kalangan pengikut ratu cantik tempatan telah mula bercakap mengenai status Pengarah Nasional (MUMO) yang dipegang oleh Datin Elaine Daly.
Ia bermula dengan tindakan Elaine yang juga merupakan Miss Universe Malaysia 2003 untuk memadam jawatannya sebagai Pengarah Nasional MUMO daripada ruangan bio di akaun Instagram miliknya.
Datin Elaine Daly bersama wakil Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Tindakan tersebut lantas mencetuskan spekulasi sama ada beliau sudahpun menarik diri setelah memegang tampuk kepimpinan organisasi itu sejak tahun 2016.
Ads
Sehubungan dengan itu, ramai yang mula berteka-teki mengenai siapakah pengganti baharu yang akan mengambil kerusi panas yang diduduki Elaine tersebut dan antara nama yang disebut-sebut adalah rakan seindustri dan sahabatnya, Dato’ Hans Isaac.
Perkhabaran tersebut menguatkan lagi spekulasi orang ramai bahawa Hans adalah pengganti Pengarah Nasional MUMO baharu memandangkan Anne dalam kenyataannya sebelum ini pernah mewar-warkan kepada individu yang ingin mengambil alih pemilikan organsisi Miss Universe kebangsaan di negara masing-masing.
Tinjauan ke laman Wikipedia pada petang tadi mendapati nama Dato’ Hans Isaac tertera sebagai Pengarah Nasional baharu Miss Universe Malaysia.
Begitupun tidak lama kemudian, Hans dengan pantas menepis spekulasi tersebut. Menerusi hantaran di Instagram Story, beliau melabel tangkap layar laman Wikipedia itu sebagai berita palsu sekaligus menidakkan ura-ura yang bertebaran sepanjang minggu ini.
Adakah benar Elaine telah melepaskan jawatan itu dan jika ya, siapakah Pengarah Nasional baharu MUMO? Sama-sama kita nantikan sebarang kenyataan rasmi daripada pihak-pihak berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya demam 10 Years Challenge ini bukan saja popular di Malaysia tetapi turut melanda negara Korea Selatan.
Buktinya, ramai netizen yang mula mencari foto lama selebriti kegemaran mereka untuk melakukan perbandingan. Ada yang memang lain (Hi Jungkook!) dan ada juga yang sama saja.
Jom tengok sama ada korang boleh recognize mereka atau tidak.
10 tahun lalu: Tak adalah berbeza sangat tetapi Jimin kelihatan lebih chubby dulu. Jimin merupakan siswa di Busan High School of Arts. Seperti Suga, Jimin pun dijemput untuk menjadi trainee di Big Hit Entertainment.
V BTS
10 tahun lalu: Wow kecil-kecil pun dah handsome! V sebenarnya berasal dari keluarga yang kurang mampu. Pada awalnya, V hanya menemani seorang kawan untuk ke ujibakat Big Hit Entertainment. Tengok-tengok, memang sudah rezekinya.
Jungkook BTS
10 tahun lalu: OMG Jungkook!
Park Hae Jin
10 tahun lalu: Ingat lagi tak masa Park Hae Jin menyertai barisan selebriti di rancangan variety Family Outing?!
Lee Seung Gi
10 tahun lalu: Lee Seung Gi memegang watak utama untuk kali pertama melalui drama Shining Inheritance.
Lee Dong Wook
10 tahun lalu: Pada masa itu, Lee Dong Wook baru dimasukkan untuk latihan ketenteraan di bawah National Defense Public Relations Service.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di sana sini boleh dilihat orang ramai menyerbu gerai-gerai durian yang merupakan perniagaan bermusim. Lebih meriah jika buah durian dijual dalam harga masuk akal dan tidak terlalu mahal. Kadang kala orang bukan berkira apa jenisnya, buah kahwin, kampung atau bukit tapi bagi yang jenis tak kisah, asal namanya durian, mereka akan membelinya.
Di sebalik orang menyerbu gerai-gerai durian, tentu kita tertanya-tanya berapa agaknya income si penjual buah dalam semalam? Berapa keuntungan mereka peroleh hasil jualan bermusim ini?
REMAJA menemuramah seorang tokey durian, Muhammad Firdaus bin Abdullah, 35 tahun berasal dari Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Firdaus sudah enam tahun menjadi tokey durian di enam lokasi popular seperti Puchong, Bandar Saujana Sungai Buluh, Puchong, Taman Medan, Pasar Malam Air Hitam, Puchong dan lain lagi
Orangnya sangat sempoi malah setiap malam kerjanya hanya membuat fb live memaklumkan lelongan harga-harga durian yang dijual dalam harga yang cukup rendah. Malah ketika REMAJA menemuramahnya, Firdaus melelong durian kahwin jenis 101 pada harga RM15 sekilo. Dan ternyata, kurang dari setengah jam, berbakul-bakul buah tersebut disambar pembeli yang datang tanpa putus-putus.
Lebih menarik berdasarkan pengalamannya berniaga, Firdaus memberi peluang kepada anak muda untuk turut sama membantunya membuat jualan di mana dia mempunyai lebih 30 orang pekerja yang membantunya di enam buah gerai miliknya di serata Selangor.
Firdaus di lokasi jualannya Puchong Prima yang sentiasa diserbu orang setiap malam
Bila start berniaga? Saya bermula pada usia 9 tahun. Ketika itu saya berniaga ikan di Pasar Petaling Jaya. Saya belajar dari bawah bagaimana kehidupan seorang peniaga. Dari situ saya menimba pengalaman demi pengalaman dan rasa puas bila mampu pegang duit sendiri.
Berapa tan habis durian dalam semalam dan berapa income? Jelas Firdaus, sehari bagi enam lokasi kedainya di serata Selangor seperti di Puchong Prima, Bandar Saujana Putra Sungai Buloh, Pasar Malam Air Hitam Puchong, belakang Petronas Puchong dan lain lagi, dalam semalam saja, dia mampu menjual sekitar 10 tan tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad (biasanya 15 tan semalam). Sales biasanya dalam semalam cecah RM20,000 dan selepas ditolak harga belian, keuntungan antara 15-20 peratus semalam.
Upah bagi pekerjanya satu malam mencecah sehingga RM60 ke RM100 lebih bergantung kepada kepakaran terutama memotong buah. Selain itu makan minum juga disupport oleh Firdaus bagi setiap pekerjanya
Bagaimana Firdaus memberi peluang kepada belia dalam mendidik mereka menjadi usahawan bermusim? Kata anak muda berusia 35 tahun ini, perniagaan bermusim ini merupakan satu peluang untuk anak muda belajar bagaimana mahu menjadi usahawan.
“Saya memberi peluang kepada belia dengan purata gaji RM60 kepada RM100 lebih mengikut kepakaran yang ada pada mereka. Kerja di gerai durian ini biasanya melibatkan kerja keras. Biasa saya tawarkan gaji berbaloi dengan kepakaran. Makan minum saya support dan saya didik mereka untuk kenal jenis-jenis buah. Bagi saya, anak muda khususnya orang Melayu harus mengambil peluang perniagaan bermusim ini kerana ia memberikan pendapatan lumayan.Boleh saya katakan, pendapatan biasanya merupakan gaji setahun bagi mereka yang makan gaji.
Macam sama, sudah enam tahun saya berniaga durian dan alhamdulillah, rezeki itu tidak pernah putus.Bila berniaga, kita kena letak sasaran apa kita mahu capai. Kalau musim raya, saya jual barangan raya. Kena cepat ambil peluang dan masa yang sama, kita bantu anak muda mengenainya juga,” katanya yang sangat ramah.
Durian negeri mana paling terbaik? Jelas Firdaus, pendapat ini hanya pendapat peribadinya saja sebagai penjual durian di mana dia mengatakan durian dari Perak iaitu Batu Kurau dan buah dari Tangkak, Johor antara yang terbaik dirasainya.
“Lain orang lain pandangan tapi ini pendapat saya sebagai penjual durian. Ada banyak tempat seperti Raub, Gua Musang, Balik Pulau dan sebagainya. Tapi bukan semua durian saya ambil kerana ada buah tak tahan lama.
“Kalau durian bukit yang ditanam di lereng bukit,buahnya jauh lebih baik dari bawah. Tapi orang kita memang suka makan durian dan setiap hari habis bila diserbu,”katanya lag.
Sebagai peniaga bermusim, Fridaus akui dia mendapatkan terus dari pekebun dan tidak hairanlah harga dijualnya agak murah berbanding biasa.
“Saya tak guna orang tengah. Sebab itu kitab oleh jual murah dari biasa,”katanya mengakui sebagai tokey durian, dia boleh tahu berapa hasil jualan di setiap gerai setiap kali timbangan dilakukan.
“Saya didik pekerja untuk saling mempercayai sama ketika saya belajar ketika kecil untuk berlaku jujur ketika saya kecil dahulu. Bila mereka terima income yang agak baik dan bukan upah yang murah, tak pernah timbul duit shot dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan dengan pekerja sangat baik,?” katanya lagi.
Ali sudah dua tahun lebih bekerja dengan Firdaus dan banyak menimba pengalaman sebagai usahawan bermusim
Dalam itu seorang pekerjanya, Muhammad Ali bin Adnan, 25 tahun berkata, dia sudah dua tahun lebih bekerja dengan Firdaus dan banyak belajar mengenai selok belok perniagaan.
“Walau ini perniagaan bermusim tapi alhamdulillah, saya seronok bekerja. Kalau tidak kerja saya join krew drama dan lain-lain kerja. Tapi dalam bidang ni, apa yang penting kena sabar kerana ada juga pelanggan suka marah-marah,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang tua mana yang tidak sedih apabila anak tersayang meninggal dunia sebelum mereka. Apatah lagi anak tersebut merupakan permata hati yang taat, soleh dan cemerlang.
Namun, inilah hakikat yang perlu dilalui oleh pasangan Ahmad Zaidi,53, dan Nor Liza Yasin, 52, apabila naik ke pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menggantikan anak mereka, Ahmad Aiman Danial yang meninggal dunia pada 29 September yang lalu.
Dalam majlis konvokesyen UniSZA kali ke-14 itu, Allahyarham Aiman sepatutnya menerima Diploma Reka Bentuk Industri namun hasratnya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Kecederaan arwah akibat tersepit di hujung bahagian lori menyebabkan rahang belah kanan berhimpit dan tempurung kepala sedikit retak serta darah yang keluar terlalu banyak”, katanya.
Dia menambah yang Aiman sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen kerana telah berjaya menamatkan pengajian.
“Sepatutnya Aiman yang naik pentas ambil diplomanya, tapi hasratnya tidak kesampaian. Hasrat arwah tak kesampaian apabila dia meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan pada 29 September lalu di Selangor.
“Diploma ini akan kami simpan sebagai kenangan terakhir arwah untuk kami kenang sampai bila-bila. Saya terbayang pastinya arwah gembira jika dia yang mengambilnya sendiri,” ucapnya menggenggam erat diploma yang diperolehi anaknya itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.