Industri Pawagam Kian Tenat, Persatuan Pemamer Filem Malaysia Rayu Dibenarkan Beroperasi Semula

Share

Tatkala sudah ramai peniaga boleh menarik nafas lega kerana diberi kelonggaran memulakan perniagaan seperti biasa, namun pengusaha dan pekerja pawagam nampaknya masih belum melihat ‘sinar’ itu lagi.

Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) memaklumkan industri pawagam semakin tenat dan merayu kepada pihak kerajaan agar pawagam dibenarkan beroperasi semula. Hal ini berikutan kelonggaran aktiviti makan di restoran, sukan, rekreasi dan riadah tidak membabitkan kontak fizikal sudah pun dibenarkan untuk individu divaksin penuh di kawasan-kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Foto: New Straits Times

Setiausaha MAFE, Sisubalan Ehambaram berkata, kebenaran operasi itu bukan saja akan membantu menjana ekonomi dan peluang pekerjaan, tetapi mampu meredakan tekanan kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kajian yang dilakukan Cinema Online baru-baru ini mendapati lebih 80 peratus penonton menyatakan bahawa pawagam membantu mengurangkan tekanan dan keresahan.

“Kami yakin bahawa adalah selamat untuk membenarkan penonton divaksin penuh kembali ke pawagam. Ini supaya kita dapat memulihkan kembali tahap kesihatan mental rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya.

Foto: BBC

Selepas ditutup lebih setahun sejak Mac 2020 serta alami kerugian lebih RM600 juta, pengusaha pawagam kini berada dalam keadaan yang amat tenat. Penutupan pawagam turut menggugat kehidupan lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia yang bekerja di dalam industri filem dan pawagam.

Sebelum ini, kita sudah mengetahui bahawa syariakt pawagam MBO Cinemas telah pun menamatkan operasinya. Diharap agar syarikat pawagam lain masih lagi boleh beroperasi seperti sedia kala. Ramai pekerja yang akan terkesan sekiranya penutupan operasi berlanjutan dengan lebih lama lagi.

Sumber: (1)

IKLAN