Negara jiran kita, Indonesia dikatakan telah merasmikan stadium canggih yang cukup menarik, lebih-lebih lagi ia dikatakan seiring dengan kehendak arus bola sepak moden kini.
Malah, Stadium Antarabangsa Jakarta (Jakarta International Stadium – JIS) telah dirasmikan pada 24 Julai lalu dengan satu perlawanan persahabatan antara kelab bola sepak tempatan, Persija Jakarta dengan pasukan Chonburi dari Thailand.
Kelebihan Jakarta International Stadium (JIS)
Mari kita lihat lima fakta menarik mengenai stadium kebanggaan rakyat Indonesia seperti yang dilapor dalam Detik.com.
1. Atap stadium yang boleh dibuka-tutup
Untuk pengetahuan anda, JIS merupakan salah sebuah stadium yang mempunyai bumbung yang boleh dibuka dan ditutup. Hanya beberapa stadium sahaja di dunia yang mempunyai kemudahan seperti ini, misalnya Mercedes-Benz Stadium di Atlanta, Amerika Syarikat.
Ads
2. Padang hybrid turf
Rumput yang digunakan di atas padang stadium ini adalah jenis hybrid turf. Rumput ini merupakan campuran rumput biasa dan sintetik. Tambahan pula, JIS juga bakal memiliki kemudahan lain seperti sebuah restoran, ruang VIP serta bilik persalinan yang cukup mewah. Tidak dilupakan juga, stadium ini adalah mesra penyokong orang kurang upaya (OKU).
Foto Via Detik.com
3. Kapasiti Yang Besar
Stadium ini mampu memuatkan seramai 82,000 penonton dalam satu-satu masa. Hal ini kerana strukturnya yang dibina selari dengan fasiliti stadium bola sepak moden serta tidak mempunyai trek larian seperti kebanyakan stadium lain. Sementara itu, JIS yang terletak di Jakarta Utara ini dibina tiga tingkat, iaitu lower, middle dan upper.
Ads
4. Kos pembinaan
Dianggarkan kos pembinaan JIS adalah sebanyak RM1.4 bilion. Jadi tidak disangkal lagi, pembiayaan kos sebesar itu mampu membina sebuah stadium berkelas dunia sepertinya. Stadium ini juga telah menggantikan stadium sebelum ini iaitu Stadium Lebak Bulus.
Foto Via Detik.com
5. Padang latihan yang mengikuti standard antarabangsa
JIS juga difahamkan mempunyai dua padang yang bertaraf antarabangsa. Walaupun eksklusif sebagai stadium rasmi negara, menariknya ia juga boleh disewa oleh orang awam dengan kos serendah RM595. Imbas kembali, JIS mula dibina sejak 14 Mac 2019 dan pembinaannya selesai pada tahun ini yang hanya mengambil tempoh tiga tahun untuk siap sepenuhnya.
Ads
Wah, hebatnya…kalau korang melancong ke Indonesia, boleh la melawat stadium kebanggaan mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ada ke yang mula merancang untuk bercuti tahun 2023?
Sejak virus pandemik COVID-19 menyerang bumi, antara industri yang sangat terkesan akibat pandemik ini ialah industri pelancongan.
Jadi satu syarikat penerbangan, keluarkan idea kreatif bagi mereka yang gian untuk duduk dalam kapal terbang.
Satu pakej menarik ditawarkan oleh China Airlines dan EVA Air kepada mereka yang “gian” nak melancong, iaitu dengan melakukan penerbangan palsu.
Pakej penerbangan palsu itu ditawarkan di Taipei dengan proses bermula daripada membeli tiket, memeriksa barang, duduk atas kapal terbang untuk tempoh dua jam bagaikan departure dan seterusnya arrival.
Mereka yang sudah membeli tiket akan melalui pos keselamatan dan imigresen bagi pemeriksaan bagasi. Kemudian, penumpang akan masuk ke dalam pesawat sambil disambut oleh pramugari, sama seperti penerbangan biasa.
Penumpang akan diarahkan ke tempat duduk mereka dan menikmati masa untuk berehat. Tetapi dalam penerbangan palsu ini tidak disediakan perkhidmatan makanan dan minuman sebaliknya, penumpang bebas mengambil gambar di pesawat seolah-olah sedang terbang.
Pesawat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan palsu ini tetap berada di kawasan lapangan terbang selama dua jam.
Wakil Pengarah Bandara Taipei Songshan, Chih-ching Wang berkata, ramai tidak berpeluang melancong keluar negara. Justeru, perkhidmatan disediakan ini mampu memberi pengalaman berbeza sambil mempelajari lebih lanjut mengenai proses penerbangan.
Tertanya juga adakah ramai yang mengikuti penerbangan palsu ini? Sejak ia dijayakan bermula 4 Julai dan dijadualkan seterusnya pada 7 Julai di lapangan terbang Taiwan, sudah beribu orang telah ‘menempah tiket’.
Menarik juga idea ini kan? Bolehlah rawat kerinduan korang nak pergi travel musim-musim Covid-19 ni. Mungkin AirAsia boleh guna strategi ni.
Tapi ramai juga yang gian nak travel eh…hiks
Sumber: Daily Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keadaan penularan wabak Covid-19 di negara kita sekarang sememangnya membimbangkan.
Umum sedia maklum bahawa salah seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah disahkan positif Covid-19 semalam. Hal ini membuatkan ahli kabinet yang menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabtu lalu terpaksa menjalani kuarantin.
Jalani kuarantin kendiri
Selain daripada ahli kabinet, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut perlu menjalani kuarantin diri kerana menjadi kontak rapat kepada menteri tersebut.
Walau bagaimanapun, menerusi Astro Awani, Dr Noor Hisham memaklumkan akan terus melaporkan perkembangan semasa pandemik dari rumahnya.
Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa beliau telah mula menggunakan teknologi video untuk mesyuarat yang perlu dihadiri.
"Bergantung kepada pendedahan kita kepada risiko dan keadaan," katanya ketika ditanya mengenai jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah beliau jalani.
Untuk info, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif COVID-19 dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 telah pun diumumkan sebentar tadi dan sudah tentu para pelajar berasa lega setelah menerima keputusan yang dinanti-nanti sebelum ini.
Tahniah kami ucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3, tak kiralah korang dapat keputusan yang cemerlang atau tidak, ini bukan pengakhiran hidup untuk capai impian. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu korang hadapi sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Jadi, sudah tentu korang masih mempunyai peluang untuk terus berjaya.
Reaksi pelajar Sekolah Sultan Alam Shah
#PT32019 menjadi trending di laman Twitter apabila mendapat lebih daripada 30 ribu tweet di platform media sosial tersebut.
Apa yang menarik perhatian kami adalah perkongsian daripada Salina Zakaria yang mengatakan bahawa pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah pun melakukan sujud syukur di padang sekolah selepas mendapat keputusan cemerlang. Seramai 123 daripada 170 pelajar memperoleh keputusan 9A bagi keputusan PT3 tahun ini.
Gadis ini turut berkongsi reaksi pelajar-pelajar Tingkatan 3 ketika mengambil keputusan PT3 pada jam 10 pagi tadi.
Sekali lagi syabas Remaja ucapkan buat semua pelajar Tingkatan 3 yang mengambil keputusan peperiksaan hari ini. Semoga korang akan terus bersemangat untuk mencapai impian dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!