
Covid-19 yang diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) nyata masih belum menunjukkan akan reda buat masa ini.
Jika kes postif Covid-19 di Malaysia dilaporkan semakin meningkat iaitu kepada 790 kes dengan dua kematian diumumkan tetapi di Indonesia kes yang dicatat adalah 227 kes tetapi kadar kematiannya sangat tinggi.
Menurut jurucakap pemerintah bagi kes Covid-19 Indonesia, Achmaf Yurianto angka pertambahan pesakit dilihat mula meningkat.
Jumlah yang meninggal akibat virus corona ini adalah 19 orang,” katanya seperti dilaporkan Tempo.Co.
Jumlah kematian paling tinggi datang dari Jakarta dengan 12 orang, diikuti Bali 1 orang, Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Tengah (2), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara 1 orang.
Jujurnya inilah kita bimbangkan bila perhimpunan tabligh seasia diadakan di Indonesia pula kerana sudah terbukti gelombang kedua di Malaysia berpunca dari pertemuan di Masjid Seri Petaling sebelum ini. Namun lega kerana sudah dibatalkan. Buat masa ini mereka akan dikuarantin.
Sumber : Tempo.Co
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain Matahari Tegak Di Atas Kaabah, Ini Lagi Fenomena Unik Dunia Dapat Disaksikan Esok

Semakan arah kiblat yang ada kalanya tidak tepat dapat dibetulkan tepat jam 5.27 petang hari ini apabila fenomena matahari tegak di atas Kaabah di Makkah akan berlaku hari ini.
Planetarium Negara dalam satu kenyataan medianya memetik, pada hari Selasa, bersamaan 16 Julai 2019, rakyat Malaysia yang beragama Islam boleh mengesahkan arah kiblat dengan memerhatikan bayang-bayang matahari yang dihasilkan oleh objek-objek tegak tepat pada jam 5:27 petang waktu Malaysia.
Pada ketika itu Matahari berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah di Makkah dan kesemua bayang objek-objek tegak di atas permukaan Bumi pada waktu itu akan menghala ke arah Kaabah.


Kalau sebelum ini kita was-was dengan kedudukan arah kiblat tempat kita bersolat, justeru itu melalui Peristiwa Istiwa A’dzam yang berlaku dua kali setahun ini dapat menjadi panduan kita mengukur arah kiblat yang tepat.
Satu dari caranya, kita letakkan sejadah dekat dengan tingkap dan kemudian pada waktu ditetapkan kita akan dapat melihat bayang-bayang yang menjadi petunjuk arah kiblat yang tepat.
Jika hari ini kita bakal menyaksikan Peristiwa Istiwa A’dzam iaitu satu peristiwa kedudukan Matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa’. Nilai sudut Istiwa’, Matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Makkah di mana Kaabah terletak, esok pula, rakyat Malaysia dan seluruh Asia Tenggara akan dapat menyaksikan gerhana bulan separa yang akan berlaku mulai jam 4.01 pagi dan akan berakhir 6.59 pagi waktu Malaysia.
Selain negera di Asia Tenggara, fenomena Gerhana Bulan Separa yang berlaku setahun sekali ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Apa itu Gerhana Bulan Separa?
Gerhana Bulan Separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan Bulan, telah terlindung oleh jasad Bumi kita.

Secara amnya, gerhana ini berlaku Bumi akan berada di antara Matahari dan Bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, tetapi jika dilihat dari satah ‘tepi’, Bulan berada sedikit ke atas daripada garisan Matahari dan Bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang Bumi.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun tidak semua gerhana ini berlaku dalam bentuk yang sama. Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang Bumi yang mana satu, yang sedang dilalui oleh Bulan.
Bayang-bayang Bumi ada 2 kawasan yang dikenali sebagai umbra (paling gelap) dan penumbra (kurang gelap).
Jadi bagi korang yang nak tengok fenomena alam yang bukan selalu terjadi ini, boleh datang ke Planetarium Negara yang akan dibuka kepada awam mulai jam 2:00 pagi pada 17 Julai ini dengan menyediakan beberapa buah teleskop untuk kemudahan orang awam yang berminat untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut.
Sebelum berlakunya Gerhana Bulan Separa, sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2:00 pagi.
Kenampakan fenomena Gerhana Bulan Separa dan juga planet-planet adalah juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa. So gerhana bulan separa ini akan bermula jam 4:01 pagi dan akan berakhir pada jam 6:59 pagi waktu Malaysia. Gerhana pada kali ini akan mencapai maksimum pada jam 5:30 pagi di mana pada waktu itu hampir separuh permukaan Bulan akan dilindungi oleh bayang-bayang umbra Bumi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masak Lemang Dalam Tin Minuman Tidak Selamat, Risiko Tinggi Bahayakan Kesihatan

Mungkin ramai di antara kita sudah merancang untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya Aidilfitri nanti, memandangkan masyarakat Malaysia masih tidak lagi dibenarkan untuk keluar beramai-ramai pada hari raya nanti.
Jadi, macam biasa resipi yang dikongsi di media sosial banyak membantu memberi idea bagi menyediakan lemang DIY yang lebih mudah tanpa menggunakan buluh. Ada juga yang berkongsi cara penyediaan menggunakan tin.
Namun begitu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan bahawa masak lemang dalam tin minuman adalah TIDAK SELAMAT.

Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat, tetapi tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan sebagai bekas memasak.
Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan Kesihatan!

Berikut merupakan sebab-sebab kenapa masak lemang dalam tin tidak selamat untuk kesihatan:
• Tin minuman tidak selamat digunakan semula untuk memasak makanan
• Bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas
• Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan
• Makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan
Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin. Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vaksinasi Walk In Bermula 1 Ogos, PPV Yang Dibuka Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Bagi yang masih belum mendapat temu janji suntikan vaksin, jangan risau kerana individu berusia 18 tahun ke atas yang berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya boleh mendapatkan vaksin COVID-19 secara walk in selepas Operasi Lonjakan Kapasiti berakhir 1 Ogos ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan mengumumkan pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan dibuka untuk kemudahan terbabit tidak lama lagi.

Khairy juga berkata sebanyak 432,843 dos suntikan sudah diberikan dalam tempoh dua hari mulai kelmarin dengan 293,100 daripadanya membabitkan dos pertama.
Operasi lonjakan kapasiti bermula 21 Julai lalu hingga 1 Ogos ini dengan sasaran suntikan 211,000 sehingga 275,000 dos setiap hari kepada penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Menerusi kadar suntikan ini, sasaran keseluruhan adalah untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos kepada semua penduduk dewasa di Lembah Klang sebelum atau pada 1 Ogos ini.
Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan masyarakat Malaysia untuk menerima dos suntikan vaksin bagi mengurangkan penularan virus COVID-19.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

