India Dilanda Demam ‘Misteri’ Pula, Ragut Lebih 60 Nyawa Dalam Tempoh Seminggu

Share

India dilanda demam yang meragut nyawa.

Belum reda lagi dengan wabak Covid-19 dan bakal dibakal diisytiharkan epidemik oleh kerajaan Malaysia,  terkini satu lagi berita tentang wabak dan demam ‘misteri’ dilaporkan melanda Utara India.

Foto Via BBC

Menurut laporan, ‘demam misteri’ ini dipercayai menyebabkan lebih 60 orang termasuk kanak-kanak maut dalam tempoh seminggu. Malah, rata-rata pesakit mengadu mengalami demam panas, sakit kepala dan loya dengan ratusan daripadanya memerlukan rawatan hospital di bahagian Uttar Pradesh.

Tiada Kesan Positif Covid-19

Peliknya, tidak ada seorang pun daripada  pesakit yang maut akibat demam misteri  ini dikesan positif jangkitan Covid-19. Sainstis pun kini sedang berusaha mencari jawapan mengenai serangan penyakit ‘misteri’ ini.

Bagaimanapun, pakar perubatan di beberapa daerah percaya bahawa kematian semua pesakit adalah akibat demam denggi, jangkitan virus yang disebarkan oleh nyamuk di mana telah menjangkiti berjuta-juta orang setiap tahun di seluruh dunia.

Memetik laporan News Week, penyakit ini telah dilaporkan di daerah Agra, Mathura, Mainpuri, Etah, Kasganj dan Firozabad.

Demam Denggi Berpunca Dari Nyamuk

Doktor melaporkan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di daerah tersebut menunjukkan penurunan jumlah platelet dalam darah, tanda kepada gejala demam denggi yang teruk.

Untuk info, demam misteri bukan perkara luar biasa di negara India terutama selepas monsun iaitu ketika populasi nyamuk meningkat. Selain denggi, Scrub typhusJapanese encephalitisleptospirosis, dan chikungunya adalah antara penyakit yang mampu menyebabkan kematian di India.

Sumber: Daily StarNews Week

 

IKLAN