Belum reda lagi dengan wabak Covid-19 dan bakal dibakal diisytiharkan epidemik oleh kerajaan Malaysia, terkini satu lagi berita tentang wabak dan demam ‘misteri’ dilaporkan melanda Utara India.
Foto Via BBC
Menurut laporan, ‘demam misteri’ ini dipercayai menyebabkan lebih 60 orang termasuk kanak-kanak maut dalam tempoh seminggu. Malah, rata-rata pesakit mengadu mengalami demam panas, sakit kepala dan loya dengan ratusan daripadanya memerlukan rawatan hospital di bahagian Uttar Pradesh.
Tiada Kesan Positif Covid-19
Peliknya, tidak ada seorang pun daripada pesakit yang maut akibat demam misteri ini dikesan positif jangkitan Covid-19. Sainstis pun kini sedang berusaha mencari jawapan mengenai serangan penyakit ‘misteri’ ini.
Ads
Bagaimanapun, pakar perubatan di beberapa daerah percaya bahawa kematian semua pesakit adalah akibat demam denggi, jangkitan virus yang disebarkan oleh nyamuk di mana telah menjangkiti berjuta-juta orang setiap tahun di seluruh dunia.
Memetik laporan News Week, penyakit ini telah dilaporkan di daerah Agra, Mathura, Mainpuri, Etah, Kasganj dan Firozabad.
Ads
Demam Denggi Berpunca Dari Nyamuk
Doktor melaporkan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di daerah tersebut menunjukkan penurunan jumlah platelet dalam darah, tanda kepada gejala demam denggi yang teruk.
Ads
Untuk info, demam misteri bukan perkara luar biasa di negara India terutama selepas monsun iaitu ketika populasi nyamuk meningkat. Selain denggi, Scrub typhus, Japanese encephalitis, leptospirosis, dan chikungunya adalah antara penyakit yang mampu menyebabkan kematian di India.
Nampaknya kontroversi yang dicetuskan oleh peserta PU Abu yang menceraikan isterinya ketika mengandung sehingga mengundang ribuan komen yang mempertikaikan title PU yang dipegangnya, semalam nampaknya Dr Ridhuan Tee yang juga pernah menjadi pengacara bagi program berbentuk keagamaan di tv Astro telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap agak menusuk jiwa.
Tindakan Abu yang menceraikan isteri ketika mengandung mengundang persepsi negetif masyarakat tentang gelaran Pencetus Ummah yang digalasnyaDr Ridhuan Tee pernah menjadi host rancangan Pencetus Ummah pada tahun 2014 dahulu
Memetik laporan MSTAR semalam, Dr Ridhuan Tee berkata, kebanyakan peserta rancangan itu hanya pandai bercakap dan sesekali melakukan lawak bodoh dan lawa basi yang meloyakan.
Dengan kenyataan yang tersiar, Juara Pencetus Ummah PU Syed telah mengeluarkan kenyataan dirinya bagi menjawap semua tohmahan.
Moga setiap pertikaian ini ada kesudahannya.
Menjawab Tohmahan Dr Ridhuan Tee Terhadap Pencetus Ummah.
PU Syed juara Pencetus Ummah menjawap tohmahan dilemparkan terhadap peserta PU
Tidaklah ambe ingin mencemarkan kesucian bulan Ramadhan ini dengan mencaci maki dan umpat nista terhadap Dr Reduan Tee yang amat ambe hormati.
Apa dosa kami terhadap Dr? Adakah disebabkan seorang, habis satu program dipukul rata.
Dr mungkin lupa, Dr pernah memuji tindakan ambe sewaktu ambe mendesak Menteri Agama untuk melepaskan jawatan. https://sudutmalaysia.blogspot.com/…/jadilah-orang-bermarua…
Majoriti PU ada pengetahuan agama tinggi dalam bidang agama
Adakah jika berkenan di hati Dr akan puji dan jika semak di hati dari mula menghentam sesuka hati?. Tahukah Dr bahawa majoriti finalis Pencetus Ummah mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang agama. Jika Dr ulas tentang juara, ambe salah seorang daripada mereka. Memang kami takde setaraf dengan Dr dari sudut “sijil”, tetapi kami ada autoriti juga untuk memberi pandangan jika didasarkan dengan sijil.
Program Pencetus Ummah dikatakan membawa dimensi baru dalam mencari golongan yang mampu menyebarkan dakwah kepada masyarakat
Tentang isu persembahan dengan menghafaz skrip. Ambe tidaklah ingin mengatakan bahawa ambe jenis yang menghafaz skrip ketika di pentas, ambe seorang yg “benak” dalam hafalan. Cuma pada mimbar yang memerlukan duet sahaja, yang menyebabkan ambe terpaksa menghafaz teks persembahan. Adapun jika secara solo biasanya 80% ayat adalah spontan kecuali dalil yang perlu ditontonkan di layar maka perlu sama.
Jika Dr ingin ulas isu PU Abu, silakan ulas. Sebab itu hak Dr, Kenapa perlu Dr ulang skrip tohmahan yang lama seperti yang Dr ulas semalam? Tegur kami jika kami silap, tapi tegur dan menghina itu cukup berbeza.
Benarlah kata pujangga, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Maaf Dr, sekadar catatan bekas juara PU musim ketiga, tahun 2015.
Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak alYahya
(PU Syed)
MA Syariah, UM
BA Syariah, Al Azhar
DIP Pendidikan Bahasa Arab, IPIP
Dip Pengajian Islam, UNITI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila raja dunia fesyen tanah air buka mulut mengenai penarikkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun menabur budi dalam industri fesyen.
Pengumuman itu dibuat di Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi adalah detik yang paling sukar dalam hidup beliiau.
Bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa selepas melihat beberapa kematian teman secara mengejut juga menjadi salah satu pendorong utama beliau membuat keputusan yang sudah dibuat sejak tahun lalu.
Datuk Rizalman Ibrahim, 49 tahun mengakui pernah berada dalam ‘zon sombong’ terutamanya ketika nama berada di puncak, Rizalman menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pembantu yang sudah 15 tahun bersamanya, Faizul Surani.
Akan memfokuskan kepada cabang lain termasuklah hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan, malam tadi merupakan hari yang mana koleksi terakhir hasil kolaborasi beliau sebagai pereka fesyen dengan gedung dalam talian, Zalora diperagakan.
Menterjemahkan keeratan silaturahim bersama semua pengikut dan tanda persahabatan beliau dengan Dayang Nurfaizah sejak 20 tahun lalu melalui konsert tersebut, Tunku Azizah juga dikhabarkan hadir menyaksikan momen berkenaan.
Turut menyumbangkan hasil jualan tiket konsert berkenaan sebanyak RM50,000 keopada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah,
Bukan biasa-biasa, lelaki ini dikatakan berjaya memiliki 40 gelaran selepas memperoleh 42 ijazah akademik dan bukan akademik.
Welin Kusuma ketika meraih salah satu kejayaannya di S1 Matematik di Universitas Terbuka (UT) Surabaya. Foto: Istimewa.
Minat Sejak Kecil
Menurut laporan, minatnya mempelajari ilmu-ilmu bermula sejak kecil lagi, sehinggakan sebelum ini Muzium Rekod Indonesia (MURI) telah menamakan lelaki berusia 42 tahun itu sebagai pemenang gelaran akademik pelbagai.
Ketika beliau dinobatkan bagi anugerah itu, lelaki tersebut peroleh 32 gelaran dalam masa 15 tahun dan kini bilangannya semakin meningkat kepada 42.
Minat Welin dalam mempelajari ilmu baharu telah dipupuk sejak kecil, malah sejak sekolah menengah beliau mengambil pelbagai kursus seperti kursus komputer, perakaunan dan bahasa Inggeris.
Satu Semester 111 jam kredit
Lelaki ini juga berjaya meraih satu lagi rekod MURI iaitu pemegang Sistem Kredit Semester Terbanyak (SKS) dengan jumlah 111 kredit pada 2003. Anak kelahiran Makassar Indonesia ini juga berjaya memecahkan rekod sendiri sebagai pelajar dengan kredit terbanyak iaitu 111 kredit kerana kebiasaannya pelajar memerlukan empat atau lima semester untuk menghabiskan jam kredit tersebut.
Pada ketika itu, Welin mengambil lima jurusan sarjana muda iaitu Kejuruteraan Industri di Universiti Surabaya yang memerlukan sembilan subjek, 24 kredit.
Welin Kusuma berada di kawasan eks MTQ, Kota Kendari, Sultra. Foto: Istimewa.
Selain itu, Ekonomi Pengurusan di STIE Urip Sumoharjo, empat subjek dan 11 kredit. Manakala jurusan lain ialah FISIP Business Administration di Open University, 10 subjek dan 28 kredit.
Jurusan seterusnya ialah Undang-undang di Universiti Airlangga yang memerlukan tujuh subjek dan 25 kredit. Akhir sekali, kejuruteraan Informatik di Kolej Kejuruteraan Surabaya, sembilan subjek dan 23 kredit.
Welin berkata beliau perlu menjalani sesi kuliah selama 15 jam sehari iaitu dari pukul 7 pagi hingga 10 malam dan turut menjalani sesi itu pada hujung minggu.
Walaupun menghadapi beberapa rintangan, namun Welin tidak pernah berputus asa dan memperoleh gred yang memuaskan dalam masa dia mengambil 111 kredit itu.
Sementara itu, Welin juga mempunyai halaman Wikipedia sendiri, yang mempunyai latar belakangnya.
Mahu tambah gelaran lagi
Meskipun Welin kini sudah mempunyai 40 ijazah akademik, beliau berkata dia tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar.
Kini beliau dilaporkan telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang ke 41 dengan mengambil jurusan Sains Perpustakaan di Universiti Terbuka (UT) Surabaya.
“Tiada sasaran untuk mendapat ijazah lagi selepas tamat program pengajian. Jika ada bidang yang menarik dan mempunyai masa, akan tetap belajar secara konsisten,” katanya.
Kegigihan dan kepintarannya telah menyebabkan beliau mendapat gelaran seperti S.T, S.E, S.Sos, S.H, S.Kom, S.S, S.Ap, S.Stat, S.Akt, S.I.Kom, S.I.P, M.T, M.S.M, M.Kn, RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, QWP, CPHR, ICPM, AEPP, CBA, CMA, CPMA, CIBA, CBV, CERA, CSA, ACPA, memetik CNBC Indonesia.
Fuh, panjang bukan dia punya gelaran…tapi penulis memang salute dengan orang yang tak jemu menambah ilmu ini.