“Income Sebulan Lebih RM500,000…”, Cik B Ajak Generasi Muda ‘Push’ Diri Kejar Impian

Share

Pendedahan Cik B menarik perhatian ramai apabila mendedahkan pendapatan bulanan yang diraih olehnya melebihi RM500,000.

Cik B yang juga anak kepada usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Vida menerusi satu hantaran di TikTok milik Adalyna, berkongsi secara terbuka mengenai sumber pendapatannya. Bagaimanapun, figura muda itu enggan mendedahkan jumlah sebenar secara terperinci.

“Income saya sebulan lebih RM500,000. Tapi saya tidak boleh beritahu berapa jumlah sebenar,” katanya sambil tersenyum dalam video tersebut.

Bakal Bergelar Usahawan Berjaya

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sebelum ini memang aktif dalam perniagaan atas talian dan pemasaran produk, turut memasang impian untuk menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

Menurutnya, kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya memerlukan usaha berterusan dan kesungguhan, walaupun kadangkala perkara yang dilakukan itu bukan sesuatu yang kita gemari.

“Kita perlu sentiasa ‘push’ diri kita untuk bekerja keras walaupun kita tidak suka perkara itu. Perlu cari minat masing-masing. Bila sudah tahu minat, kita akan jadi lebih bersemangat untuk buat sesuatu,” jelasnya.

Respon Isu Gen Z Dikatakan Pemalas

Dalam perkongsian yang sama, Cik B turut diminta mengulas mengenai stigma negatif yang sering dilemparkan kepada generasi muda, khususnya Generasi Z (Gen Z), yang dikatakan kurang bermotivasi dan malas berusaha.

Namun, Cik B mempunyai pendapat tersendiri terhadap isu berkenaan.

“Saya rasa banyak faktor yang mempengaruhi, termasuk masalah kesihatan mental. Tapi kita tak boleh salahkan benda itu seratus peratus. Mungkin ada yang malas sebab cara hidup mereka sendiri, mungkin mereka sudah selesa dengan kehidupan sedia ada,”

ujarnya.
@kerjazz @cikb_havoc66 bukan biasa biasa, memang pelapis DSV!! Semoga semua Gen Z boleh ambil inspirasi from Cik B ni😍 #kerjazz
#pekerja #gaji #malaysia #fyp #foryou #fypシ #inspiration #kerja #kerjaya ♬ original sound – Adalyna

Motivasi Buat Remaja Lain

Walaupun sering menerima pelbagai komen sinis kerana statusnya sebagai anak kepada jutawan terkenal, Cik B tetap menunjukkan bahawa dia serius dalam membina kerjaya sendiri. Semangat dan keberaniannya untuk berkongsi perjalanan hidup serta cabaran yang dilalui menjadi inspirasi buat golongan remaja lain untuk berusaha mencapai impian masing-masing.

Tidak dinafikan, kejayaan yang dikecapi pada usia muda memerlukan pengorbanan besar, dan Cik B membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk meraih pendapatan luar biasa, asalkan ada usaha dan keazaman.

Nota REMAJA: Usia muda adalah masa terbaik untuk bina asas kejayaan. Jangan takut untuk bermula, dan jangan sesekali berhenti belajar. Kalau Cik B boleh, kita pun boleh!

Sumber: TikTok

BACA LAGI : Remaja Kini Generasi Strawberi, Bukan Masam Macam Buah Tapi Ini Maksud Pakar!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana