Penyanyi popular, I.N Stray Kids baru-baru ini mencuri perhatian peminatnya di media sosial apabila tampil dengan inisiatif kebajikan dengan menyumbangkan sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM270,000) kepada National Cancer Center di Goyang, Wilayah Gyeonggi, bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-25 pada 8 Februari lalu.
Menerusi sebuah kenyataan oleh agensinya, JYP Entertainment memaklumkan bahawa sumbangan itu bertujuan membantu pesakit kanser daripada golongan kurang berkemampuan yang sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.
Sementara itu, menurut I.N atau pemilik nama sebenar Yang Jeong-in, sumbangan tersebut dibuat sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sepanjang bergelar anak seni.
“Saya ingin berkongsi kasih sayang yang saya terima daripada peminat melalui sumbangan ini, dan berharap ia dapat membawa sedikit kehangatan kepada mereka yang sedang melalui rawatan jangka panjang,” katanya.
Tambah pelantun lagu ‘DOMINO’ dan ‘Divine’ itu lagi, walaupun sumbangan tersebut mungkin tidak seberapa, beliau berharap ia mampu memberikan kekuatan dan semangat kepada para pesakit kanser untuk terus tabah menjalani rawatan.
Ads
Dalam pada itu, sumbangan yang diberikan akan digunakan bagi menampung kos rawatan perubatan pesakit kanser kurang berkemampuan, selain menyokong rawatan psikologi untuk pesakit kanser kanak-kanak dan remaja.
Untuk rekod, I.N sebelum ini turut mencatat pencapaian membanggakan apabila dilantik sebagai ahli termuda Green Noble Club pada tahun 2024, sebuah kumpulan penderma yang telah menyumbang lebih 100 juta Korea Won kepada organisasi kebajikan kanak-kanak, ChorogUsan.
Selain aktif dalam kerja kebajikan, I.N memulakan debut bersama Stray Kids pada tahun 2018 dan kumpulan itu terus mencipta kejayaan menerusi lagu-lagu popular seperti God’s Menu, Thunderous, Maniac, Walkin on Water dan SLASH, sekaligus mengukuhkan nama mereka di pentas muzik global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lawa anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila Sulaman ni!
Bakal mencecah usia 19 tahun pada Jun depan, penampilan versatil gadis bernama Fazryn ini jadi tumpuan. Apatah lagi, bersandarkan statusnya sebagai anak selebriti. Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal meniti usia 57 tahun.
Sudah menjadi lumrah anak seni dan public figure, pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut menerima tempias dunia glamor. Selain penampilan suri hatinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut menjadi perhatian peminat.
Menerusi perkongsian Suhaila di media sosial miliknya, anak gadis mereka iaitu Fazryn kian meningkat dewasa dan tampil jelita. Bersempena Hari Raya, keluarga bahagia ini mengabadikan momen indah mereka menyambut syawal.
Dalam foto Syawal mereka, kelihatan wajah matang Fazryn di sisi ibu bapa dan adik kesayangan. Malah, ada dalam kalangan peminat mengatakan anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila ini mirip wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Fazryn merupakan bekas pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang. Pertengahan April lalu, keluarga Faizal Hussein turut meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Fazrick yang kini berusia 16 tahun.
Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang aktif dan cemerlang dalam bidang akademik.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat.
Walau sudah lebih sedekad hidup bersama namun kedua-duanya ibarat pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang pasti mereka akan beriadah bersama-sama di samping anak tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan, Henry Brogan yang kini sudah berusia dan ingin bersara daripada kerjayanya. Walau bagaimanapun, telah berlaku perkara yang sebaliknya apabila dia terpaksa berhadapan dengan klon dirinya yang lebih muda dan boleh membaca setiap pergerakan lelaki ini.
Kami berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan lakonan Will Smith dalam format 3D+ HFR dan jelas sekali, penonton lebih berpuas hati melihat aksi yang dilakonkan secara 3D. Paparan 120fps membuatkan setiap babak nampak lebih real, terutamanya aksi lawan.
Apa yang kami boleh katakan, korang patut merasai sendiri pengalaman menonton filem berformat 3D+ HFR ini kerana ia merupakan pertama kalinya diadakan di Malaysia.
Tidak seperti filem-filem aksi lain, jalan cerita Gemini Man nampaknya lebih simple dan tidak terlalu meleret. Permulaan cerita yang agak perlahan kadang-kala membuatkan kami rasa sedikit ‘off’. Namun begitu, perkembangan jalan cerita ini sedikit sebanyak menjadikan penonton ternanti-nanti apakah kesudahan yang berlaku pada kedua watak penting tersebut.
Lakonan mantap yang diberikan oleh barisan-barisan pelakon lain seperti Marry Elizabeth Winstead, Clive Owen serta Benedict Wong menguatkan lagi setiap karakter dalam filem.
Bagi Will Smith pula, lakonan yang dibawa dalam watak klon yang jauh lebih muda juga tak kurang hebatnya. Sesekali kami seperti terbayangkan watak itu seperti dilakonkan oleh anaknya, Jaden Smith. Hiks!
Secara kesimpulannya, walaupun Gemini Man mempunyai kekurangan dari segi pace jalan ceritanya, namun ia tetap berbaloi untuk ditonton.
Tambah pula bila filem ini dihadirkan dalam format 3D+ HFR. Takkan korang tak nak try kan?
Jom serbu panggung wayang yang berdekatan untuk menonton Gemini Man bermula 10 Oktober 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam genggamannya, sudah tersemat kejayaan tiga buah konsert solo di Malaysia dan satu konsert solo di Singapura. Namun, Aina Abdul masih dahagakan peluang lain yang diimpikannya selama ini.
Siapa sangka, salah satu daripadanya kini bertukar menjadi realiti. Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani hari ini mengumumkan bakal menjayakan satu lagi konsert di pentas berprestij, Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) Kuala Lumpur.
Kongsi Aina, dirinya telahpun dilamar oleh pihak MPO bagi konsert Aina Abdul Bersama MPO pada 11 Mei 2024 dan ia bakal diiringi puluhan muzik di bawah kelolaan konduktor Ahmad Muriz Che Rose.
“Telah lama mengidamkan momen ini untuk menjadi benar. Alhamdulillah. Sertai saya pada kali ini (dan) dapatkan tikat anda okay!” catatnya dalam satu hantaran Instagram.
Menariknya, Aina juga ingin ‘belanja’ korang dengan diskaun sebanyak 20 peratus bagi promosi pembeli tiket early bird yang akan dibuka dari 8 hingga 10 Februari 2024.
Manakala bagi Ainations tegar pula, korang bolehlah mendapatkan pas eksklusif ‘Meet & Greet’ dengan harga tambahan sebanyak RM150 bagi semua kategori tiket. Pastikan korang pantas mendapatkannya memandangkan ia hanya terhad kepda 60 tiket sahaja.
Terdahulu, konsert A Night With Aina Abduu Live In Singapore telahpun berlansung pada 6 Januari lalu dan diiringi 15 pemuzik profesional dari Malaysia di bawah pimpinan pengarah muzik, Mac Chew.
Konsert berkenaan juga merupakan momen manis bagi pelakon, Nabila Huda kerana ia merupakan artis tempatan pertama yang dianjurkan oleh syarikat Neptune Presents kelolaannya untuk konsert solot di seberang tambak.
Dalam perkembangan lain, Aina juga sedang sibuk melakukan persediaan rapi bagi menghadapi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu memandangkan ini merupakan penyertaan tahun kelimanya di AJL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!