Selepas lapan minggu saingan penuh cabaran, pentas akhir JALEN Star Chef akhirnya melabuhkan tirainya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dengan penuh gemilang!
Pertandingan yang menyaksikan tiga pusingan saringan di UiTM Dungun, UiTM Permatang Pauh dan UiTM Puncak Alam itu akhirnya menemukan sembilan finalis terbaik untuk bertarung di peringkat akhir iaitu satu medan uji kreativiti, cita rasa, serta semangat inovatif anak muda dalam dunia masakan sebenar.
Dan akhirnya, Muhammad Imran Syahin bin Muhamad Saadan dari UiTM Puncak Alam dinobatkan sebagai juara sulung JALEN Star Chef dengan markah keseluruhan 91.7%, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000!
“Bila saya di atas pentas itu, hanya satu iaitu saya nak banggakan ibu bapa dan para pensyarah saya. Selain itu, saya lakukan semua ini (pertandingan) kerana Allah.
“Bila nama saya disebut sebagai juara, Alhamdulillah usaha saya berbalas juga kerana dapat membanggakan mereka. Jika tak, saya nak menangis di atas pentas tadi tapi saya simpan rasa emosi itu,”kongsi Imran ketika ditemui REMAJA selepas majlis penyampaian hadiah.
Naib juara pula milik Rais Hafizuddin bin Rawi, juga dari UiTM Puncak Alam, yang berjaya meraih 91.3%dan membawa pulang RM2,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh wakil dari UiTM Dungun, Muhammad Mikhail Angullia bin Ahmad Zahirdengan markah 82.7%, berserta hadiah wang tunai RM1,000.
Ketiga-tiga pemenang utama ini turut menerima trofi eksklusif sebagai simbol kemenangan dan pengiktirafan terhadap bakat mereka dalam dunia kulinari.
6 Pemenang Saguhati, Tapi Semangat Tetap Juara!
Selain tiga tempat teratas, enam lagi peserta menunjukkan prestasi cemerlang dan dianugerahkan hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 dan plak penghargaan:
• Ahmad Nazmi bin Ahmad Norman (UiTM Permatang Pauh) – 77.3%
• Muhammad Danial bin Adlan (UiTM Dungun) – 76.7%
• Nur Nabiha binti Kamal (UiTM Permatang Pauh) – 75.7%
• Sarah Nur Qhadeeja binti Khairul Fahmy (UiTM Permatang Pauh) – 74.3%
Ads
• Muhammad Zharif Irfan bin Khairulnizam (UiTM Dungun) – 71.3%
Sebuah Kemuncak Remaja On Road x JALEN
Pertandingan akhir ini merupakan penutup kepada kerjasama strategik antara jenama makanan tempatan JALEN dan Majalah Remaja menerusi inisiatif Remaja On Road, satu kempen unik yang menggabungkan pencarian bakat muda dan aktiviti interaktif terus dari kampus.
Bukan sekadar pertandingan, tetapi ini adalah platform sebenar buat pelajar mengasah kemahiran kulinari, membina keyakinan diri, dan merasai pengalaman memasak dalam suasana profesional.
Untuk final, para peserta diuji dengan tugasan mencipta hidangan istimewa menggunakan produk JALEN sebagai bahan utama dan menjadikan ia lebih mencabar dan bermakna.
Ads
Panel Juri Mantap
Barisan juri profesional yang mengadili pertandingan akhir ini terdiri daripada nama-nama besar dunia kulinari:
• Chef Johari Edrus (Restauranteur & Bekas Juri MasterChef Malaysia)
• Chef Syamil Halek (Usahawan & Chef Residen JALEN)
• Fiezreen Ahmad (Ketua Bahagian New Gen & Men and Hobbies, Nu Ideaktiv)
Dengan berakhirnya edisi sulung JALEN Star Chef ini, jelas terbukti bagaimana kerjasama antara jenama tempatan dan platform media boleh mencipta impak positif untuk pembangunan belia, bukan sahaja dari segi bakat, tetapi juga sahsiah dan profesionalisme.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kumpulan Triadic Studio telah dipilih sebagai pemenang Best Publisher bagi pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.
Selain meluahkan rasa syukur dan bangga kerana berjaya memenangi kategori Best Publisher, pelajar dari kumpulan Triadic Studio yang menerbitkan buku Solat ini juga berkongsi beberapa cabaran semasa proses menyiapkan buku tersebut.
“Antara cabaran yang kami hadapi adalah nak cipta karakter ‘Abdullah’ dan kekalkan muka komik itu agar sama sahaja tetapi dengan lain-lain baju”
“Selain itu, keterbatasan internet Wi-Fi juga menjadi satu cabaran sebab dekat kolej internet tak laju dan awalnya kami buat guna aplikasi Canva tapi sebab ada masalah teknikal. Kami boleh trace semula dan guna dalam Adobe Illustrator” – Muhammad Thaqif Uzir
Antara sumber yang menjadi inspirasi kepada kumpulan Triadic Studio adalah kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam. Mereka menjelaskan, persoalan ‘Kenapa kita perlu solat dalam hidup?’ antara yang menjadi penyumbang kepada penerbitan buku ini.
Jelas mereka lagi, buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. Malah orang dewasa juga boleh membaca buku ini bagi mendapatkan inspirasi dan motivasi bagi mengerjakan solat.
“Bila fikir balik, mungkin kita semua pernah alami situasi dimana kita tertanya-tanya dalam fasa hidup kita sekarang. Kenapa kita perlu solat semua itu dan kami rasa lebih mudah untuk kami jelaskan dalam buku Solat”
“Walaupun ia buku kanak-kanak, tapi orang dewasa juga boleh dapat kefahaman yang lebih baik melalui buku ini”
Dalam pada itu, kos bagi penerbitan buku Solat ini juga pada awalnya adalah dalam RM100 sahaja tetapi bila ada penambahbaikan, kos keseluruhan termasuk booth untuk pertandingan pada Rabu lalu adalah lebih kurang RM200.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 12 Jun, kumpulan FluffyBuffy Publication memenangi anugerah untuk Best Children Digital Book dengan karya mereka, “Shasha dan Dodo”, sementara Twinkle Publication menarik perhatian dengan menang anugerah untuk Best Booth dengan karya “Gigi Lili Sihat” untuk pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.
Bagi FluffyBuffy Publication, kemenangan mereka datang sebagai satu kejutan. Menurut illustrator kumpulan itu, Nur Fitrianiza, mereka tidak menyangka untuk menang dalam kategori Best Children Digital Book kerana mereka telah bersedia untuk menerima kekalahan.
Katanya, “Kumpulan lain nampak gempak tapi kami punya kumpulan hanya guna sketch sendiri sahaja. Tengok orang lain guna AI, tapi kami 100% lukis semua karakter dan kami rasa lukisan kami nampak sangat immature punya lukisan”
“Bagi yang guna AI semua nampak cantik dan lawa sangat karakter mereka! Waktu itu, kami terus rasa macam tiada harapan”
Selain itu, sebagai pelukis atau illustrator, Fitrianiza mendedahkan bahawa salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan bahawa karakter yang mereka gambarkan konsisten dengan imej yang diinginkan oleh penulis.
“Cabaran waktu lukis adalah bila penulis kami nak reference few karakter yang dibayangkan dari segi warna, muka dan sebagainya mengikut inspirasi cerita yang nak disampaikan dalam buku”
“Untuk karakter anjing, Dodo sangat susah sebab kita ingat dah lukis nampak macam anjing pada awalnya tapi tiba-tiba karakter tu nampak macam kucing. Sebab lukis guna tangan menggunakan tablet secara menyeluruh, jadi waktu melukis kadang-kadang ia jadi lari sikit”
Sementara itu, Twinkle Publication mengalami cabaran yang berbeza dalam menyiapkan booth mereka dengan tajuk buku “Gigi Lili Sihat”. Walaupun menghadapi pelbagai masalah seperti angin kencang, papan jatuh, dan perbelanjaan yang terbatas, namun semangat mereka membuahkan hasil dengan memenangi kategori Best Booth.
Diinspirasikan dari aplikasi Pinterest, Twinkle Publication menggunakan kreativiti do it yourself (DIY) setiap ahli mereka dengan menghasilkan booth yang menarik sehingga gigi yang akan diperagakan semasa pertandingan juga dibuat sendiri.
Farah Nabila berkata, “kami terkejut memenangi Best Booth itu sendiri sebab kami tengok booth kami memang banyak sangat kekurangan sebab angin kuat, papan jatuhnya, dengan barang ada tak ada, nak beli tiba-tiba mahal dan sebagainya tapi alhamdulilah kami dapat juga menang”
“Bajet RM200 dan sebenarnya kalau ikutkan bajet kami terlalu banyak tapi sebab kami banyak gunakan DIY, inspirasi booth adalah dari Pinterest”
Menurut Farah, bagi buku “Gigi Lili Sihat”, mereka fokus kepada satu karakter utama, Lili, yang sentiasa ceria dan teruja untuk memberus gigi. Ini adalah langkah yang bijak untuk menarik minat kanak-kanak ke arah kebersihan gigi, sesuatu yang penting namun sering kali diabaikan.
“Ada dua kumpulan yang buat tentang gigi, kelainan kumpulan kami adalah kami mahu galakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dan apa kepentingan memberus gigi selain kenapa perlu berus gigi”
“Selain itu, kami juga cuba menarik kanak-kanak dengan muka karakter Lili yang ceria, mata bulat dan sentiasa nampak teruja untuk memberus gigi supaya mereka senang seronok ketika memberus gigi. Untuk kumpulan lagi satu yang buat tema gigi, mereka lebih fokus kepada cara memberus gigi dengan betul,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peristiwa ombak tsunami yang menghempas persisir pantai di Pulau Pinang 20 tahun lalu masih jelas dalam ingatan ibu bapa kepada seorang remaja yang terselamat daripada menjadi mangsa korban bencana.
Pasangan yang dikenali sebagai A. Suppiah dan L. Annalmary itu masih terkenangkan peristiwa mendebarkan di mana bayi mereka, S. Thulaashi yang pada waktu itu baru berusia 22 hari telah dihanyutkan ombak di Pantai Miami, Tanjung Bungah.
Gelombang ombak pertama dari Sumater ke Pulau Pinang dengan kelajuan 800 kilometer sejam telah ‘menarik’ Thulaashi yang nyenyak tidur di atas tilam di kafe keluarganya yang terletak berhampiran pantai.
Tidak lama kemudian, gelombang ombak kedua pula melanda Pulau Pinang dan ia telah ‘menghantar’ bayi itu semula ke kawasan pantai dengan selamat. Peristiwa tersebut hangat diperkatakan oleh media tempatan ketika itu sehingga menjadikan Thulaashi dikenali sebagai ‘Tsunami Miracle Baby’. Menariknya sepanjang kejadian itu, Thulaashi kekal tidur di atas tilamnya.
A. Suppiah dan L. Annalmary ketika ditemui oleh BERNAMA sempena ulang tahun bencana tsunami ke 20, semalam. Sumber: BERNAMA
Memetik laporan BERNAMA yang kembali menemui pasangan tersebut sempena ulang tahun bencana tsunami pada 26 Disember semalam, pasangan itu mengimbau semula bagaimana kedua-dua gelombang ombak itu berlaku selang 40 minit sahaja.
Ketika gelombang pertama datang, air di dalam bilik tempat Thulaashi tidur mencecah paras leher dan mereka cuba mencarinya.
40 minit kemudian ketika pasangan itu masih berusaha mencarinya, seorang lelaki Indonesia yang bekerja di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari situ berkata bayi mereka telah terdampar di atas tilamnya di pantai berhampiran.
Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 27 Disember 2019 ketika A. Suppiah dan S. Thulaashi (kiri) ditemu bual.
Terkini, Thulaasi sudahpun berusia 20 tahun dan bergelar mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Manakala, A. Suppiah dan L. Annalmary sehingga kini masih mengusahakan kafe mereka di Pantai Miami, Tanjung Bungah. Sekali-sekala, Thulaasi akan pulang ke kafe yang menyimpan seribu satu memori itu untuk membantu keluarga.
Saban tahun ketika ulang tahun bencana tsunami, keluarga mereka akan mengadakan upacara sembahyang di persisir pantai dan amalan tradisi itu katanya akan terus dilakukan mereka sebagai tanda kesyukuran atas keajaiban yang berlaku.
Bila Bersama, Lagi Jadi lakonan pelakon-pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Faizal Hussein, Meerqeen dan Mierul Aiman merupakan filem pendek raya Astro yang menyentuh emosi tentang persahabatan, cinta dan penyatuan sempena Aidilfitri.