Gaya Hidup

Astro Home Of Drama Mempersembahkan: Di Sebalik Topeng ‘Confession Cam’ Impiana: Karma

Share

Dalam dunia yang mementingkan imej, kebenaran selalunya menjadi mangsa pertama. Namun, bagi barisan pelakon Impiana: Karma, mereka memilih untuk menanggalkan topeng tersebut, walaupun hanya untuk seketika.

Jom Usha Pendedahan Eksklusif

Platform TikTok baru-baru ini digemparkan dengan sebuah fragmen video yang memaparkan sisi paling rentan (vulnerable) barisan bintang drama hit, Impiana: Karma.

Tidak hairanlah video tersebut pantas tular. Dalam era kepura-puraan media sosial sekarang, kejujuran adalah komoditi paling mewah yang dicari oleh peminat.

The Confession: Antara Watak dan Realiti

Video digital istimewa bertajuk “Confession Cam” yang kini rancak di laman sosial Astro dan sooka, bukan sekadar bahan promosi biasa.

Ia adalah satu bentuk psychological deep-dive. Menerusinya, kita dapat melihat watak-watak dalam Impiana: Karma seperti Fasha Sandha, Mimi Monirah dan Amir meluahkan ‘kisah hitam’ yang sangat relatable

dengan naratif gelap siri drama yang sedang hangat ditayangkan.

Melalui lensa kamera, para pelakon seperti Ezzanie Jasny dan Adriana Adnan dihujani soalan-soalan tajam yang mencabar prinsip. Namun, apa yang menarik perhatian adalah ketenangan mereka.

Terdapat satu bentuk keanggunan dalam cara mereka menjawab seolah-olah mereka sudah berdamai dengan kegelapan watak masing-masing.

“Kalau ada satu benda yang membuatkan saya menyesal… saya ingin stop berdendam sebab dendam tak bawa ke mana. Lebih baik kita cuba memaafkan orang yang berbuat jahat kepada kita,” luah Ezzanie.

Pendedahan penuh ini boleh disaksikan di saluran YouTube Astro Malaysia sebagai ‘aperitíf’ buat penonton setia drama ini.

Sebuah Potret Kehancuran: Ilusi, Obsesi, dan Karma

Impiana: Karma adalah sebuah karya yang membedah anatomi obsesi. Ia membawa penonton ke dalam sebuah dewan cermin penuh ilusi, di mana sebuah keluarga yang kelihatan sempurna dari luar sebenarnya sedang mereput di dalam.

“Jika ada satu benda yang membuatkan saya menyesal dan jika saya boleh ulang balik masa (untuk membetulkan keadaan), saya ingin pergi balik ke zaman sekolah dan cuba untuk tidak membuli kawan-kawan di sekolah,” kata Che Puan Juliana Evans yang mengakui; siapa sahaja yang tidak ingin mempunyai kawan yang rapat dengannya.

Cuba bayangkan jika kawan baik kita sendiri dibuli oleh pelajar lain. Adakah kita akan okay dengan situasi tersebut?

“Dan kalau boleh delete satu hari dalam hidup saya, saya akan delete hari di mana kawan baik saya hilang penglihatannya.”

We feel you

!

Impiana: Karma menelusuri tiga jiwa yang terperangkap antara ego yang melangit dan tekanan hidup yang menghancurkan.

Apabila rahsia mula memboloskan diri dari almari simpanan, mereka terjatuh ke dalam pusaran karma yang tidak mengenal simpati. Ia adalah peringatan buat kita semua di mana dalam kita sibuk mengejar kesempurnaan, seringkali kita kehilangan jiwa.

*

Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.

Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada, muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!

Jangan ketinggalan mengikuti drama bersiri Impiana: Karma pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di Astro One dan sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
FZ