Impian pasangan kembar ini untuk sepentas bersama di hari konvokesyen, tercapai apabila kedua-dua mereka menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Kelas Pertama di Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM).
Khairina Ismail dan Khairini, graduan cemerlang yang merupakan anak jati Alor Setar, Kedah ini menzahirkan rasa syukur kerana impian sejak melangkah ke alam universiti untuk membanggakan ibu bapa mereka, akhirnya berbayar juga.
Selain itu, pasangan kembar yang berusia 24 tahun ini turut menzahirkan perasaan teruja apabila nama mereka berdua terpilih untuk menerima ijazah kelas pertama.
Ads
“Syukur Alhamdulillah dan kami berazam untuk untuk berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya bukan sahaja dapat menaiki pentas konvokesyen bersama, tetapi menggenggam ijazah kelas pertama.
“Berkat kesungguhan dan doa ibu bapa serta tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan,
banyak urusan kami yang dipermudahkan-Nya.
Ads
“Paling penting, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah iaitu melakukan amalan sunat setiap hari bersama-sama sebelum memulakan kelas atau tugasan dengan mengerjakan solat sunat tahajud, sunat hajat, sunat dhuha, membaca Al-Quran dan sebagainya,” katanya.
Ads
Khairina dan Khairini antara 812 graduan yang menerima ijazah daripada Pro-Canselor, Yang Mulia Tengku Tan Sri (Dr.) Mahaleel Tengku Ariff pada sesi keempat di Dewan Mu’adzam Shah.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UUM Today
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semenjak atlet lompat tinggi senior negara, Lee Hup Wei mengumumkan dirinya tidak lagi akan menyertai Sukan Olimpik selepas ini biarpun baru berusia 34 tahun, rata-rata peminat sukan negara tertanya-tanya sama ada Malaysia mempunyai pelapis bagi acara lompat tinggi selepas ini.
Kita nampaknya telah mendapat jawapan bagi persoalan itu menerusi atlet kebangsaan, Nauraj Singh Randhawa.
Kelibat Nauraj tidak selalu dapat disaksikan di tanah air kerana atlet berusia 29 tahun ini memilih Jerman sebagai tapak latihannya. Bagaimanapun, beliau pernah mengharumkan nama negara dengan memperolehi pingat perak di Sukan SEA Filipina 2019.
Hari ini, Nauraj menyahut cabaran antarabangsa di kejohanan CAS di arena Stade Jean-Jacoby dekat Schifflange, Luxenbourg. Segala latihan yang dipersiapkan beliau, jurulatih dan pasukan sokongan di sana tampak membuahkan hasil apabila Nauraj berjaya memenangi pingat emas dengan lompatan 2.18 m!
Biarpun ini bukanlah catatan peribadi terbaiknya iaitu rekod lompatan 2.30m yang pernah dilakukan pada tahun 2017 di Kejohanan Terbuka Singapura, ia masih adalah satu persembahan yang wajar dipuji.
Untuk pengetahuan, Nauraj bukan lagi wajah baharu untuk menaiki podium dalam kejohanan bersiri yang dilangsungkan di benua Eropah. Pada bulan Jun lalu, anak kelahiran Johor ini pernah memenangi emas di Hungarian Grand Prix (GP) Series Tatabanya Championship dengan lompatan 2.27m. Ia juga merupakan lompatan terbaiknya pada musim ini.
Khabarnya, Nauraj akan meneruskan latihan di Jerman dan meneruskan usaha meningkatkan prestasi di sana memandangkan lebih banyak kejohanan olahraga dilangsungkan di benua tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Leftenan Muda Chan Ming Youn menjadi satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 selepas menamatkan dan lulus siri latihan yang dijalankan selama 12 minggu.
Berita tersebut dikongsikan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di laman facebook rasmi mereka.
Dalam video itu, dapat dilihat Ming Youn dianugerahkan beret hijau serta pisau komando dalam perbarisan tamat latihan di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, Melaka pada Ahad.
Sumber foto: Berita TDM
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah.
Berusia 25 tahun, jejaka yang berasal dari Setapak Kuala Lumpur ini bukanlah calang-calang orangnya. Dia memiliki pendidikan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta merupakan anggota 515 askar Wataniah.
Saat menyarungkan beret Hijau kepada pemuda itu, Mej Jen Adi Ridzwan sempat bertanya kepada kepada Ming Youn mengapa dia ingin menyertai komando.
Jawapan yang diberikan cukup ringkas oleh pekas penuntut UTAR itu. “I want to serve my country Panglima,” jawabnya dengan tegas.
Dalam temubual bersama media TDM, jejaka tinggi lampai itu berkongsi kepada dia minat untuk bergelar seorang anggota komando.
“Saya sebelum ini tiada pengetahuan sekalipun tentang komando. Ketika saya mula berkhidmat dalam 515 wataniah, itulah pertama kalinya saya melangkah ke dalam dunia ketenteraan ini.
“Saya mendapat sedikit ilmu dan pengalaman serta pengetahuan tentang dunia ketenteraan. Kemudian saya diperkenalkan kepada dunia komando.
“Jadi saya cabar diri saya untuk masuk komando dan tunjukkan bahawa walaupun saya asalnya seorang anggota wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando,” kongsinya panjang.
Ming Youn juga berkongsi yang dia akan terus berkhidmat dan seterusnya menambah pengetahuan dan menambah kursus kepakaran dan terus berkhidmat sebagai seorang ahli komando yang berkualiti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Thaqif Muhammad Zharif dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif Kampung Raja, Terengganu, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa menerusi pertandingan Global IT Challenge 2025 (GITC) for Youth with Disabilities yang berlangsung di Ulsan, Korea Selatan.
Pelajar berusia 14 tahun ini, yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal pada bahagian kaki, berjaya membawa pulang dua pingat emas selepas menewaskan ratusan peserta lain termasuk pelajar universiti dari 16 negara yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij itu.
Kejayaan Luar Biasa Dalam Dunia Teknologi
Difahamkan, pelajar tingkatan dua ini memenangi kategori E-Combination (Individu) yang menilai kecekapan menggunakan teknologi maklumat bagi menyelesaikan tugasan kompleks serta kategori E-Content (Berkumpulan) yang menumpukan kepada penghasilan kandungan digital kreatif. Kejayaan ini menjadikan Global IT Challenge 2025 sebagai pentas penting yang menonjolkan bakat muda Malaysia dalam bidang teknologi maklumat.
“Alhamdulillah, di sebalik kekurangan fizikal yang saya alami, kami dapat membawa nama Malaysia dan Terengganu di pentas antarabangsa,” katanya dengan penuh kesyukuran.
Selain Muhammad Thaqif, turut menyertai pertandingan tersebut sebagai rakan sepasukan ialah Nik Nurizazi Syafiah Nik Azmi (15), pelajar berkeperluan khas dengan masalah penglihatan. Kedua-dua pelajar ini menjalani latihan intensif hampir dua minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang, sebelum berlepas ke Korea Selatan pada 27 Oktober lalu sebagai persiapan menghadapi cabaran dunia sebenar di Global IT Challenge 2025.
Muhammad Thaqif turut mengakui kejayaannya bukan mudah apabila mereka berdepan perubahan format pertandingan pada saat akhir oleh penganjur. Namun, semangat berpasukan dan keyakinan diri menjadi kunci utama kejayaan mereka menyesuaikan diri dengan cepat.
“Berdasarkan format asal, masa diberikan kepada setiap kumpulan adalah tiga jam, tetapi sebaik acara mahu bermula, mereka beritahu tempohnya hanya dua jam. Walaupun perubahan mendadak, kami tidak panik dan berjaya menyiapkan semua tugasan dengan baik,” jelasnya.
Inspirasi Buat Semua Pelajar
Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu, Ustaz Saiful Bahri menzahirkan rasa bangga terhadap kedua-dua pelajar berkenaan yang membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan.
Beliau turut menyifatkan kejayaan mereka sebagai inspirasi buat pelajar lain untuk terus berusaha tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai alasan. Kejayaan di Global IT Challenge 2025 ini sekaligus menjadi bukti bahawa pelajar OKU mampu bersaing di peringkat antarabangsa apabila diberi peluang dan sokongan sewajarnya.
Sekadar info, pertandingan Global IT Challenge (GITC) dianjurkan setiap tahun bagi memberi peluang kepada belia OKU berusia antara 14 hingga 23 tahun menunjukkan keupayaan mereka dalam bidang teknologi maklumat serta memperkasa potensi golongan istimewa di peringkat antarabangsa. Melalui platform seperti ini, peserta dapat membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk menguasai kemahiran digital dan mencipta inovasi baharu dalam dunia teknologi.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.