Sejak musim wabak penyakit dan PKP ini, ramai yang hilang punca pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu hingga 28 April ini
Disebabkan itu jugalah, ramai yang beralih profesion demi mendapatkan sumber tambahan tambahan sepanjang tempoh ini berlangsung. Tidak terkecuali angkasawan negara.
Baru-baru ini menerusi Instagram miliknya ,satu kongsian yang telah dibuat oleh angkasawan pertama Malaysia, tak lain dan tak bukan Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah menjadi perhatian netizen semua.
Foto yang dikongsi itu adalah dirinya sebagai “rider” untuk menghantar makanan daripada restoran yang diusahakan bersama dengan Chef Ismail, Restoran Rebung.
Angkasawan negara tidak kekok untuk berkongsi usahanya dengan netizen sepanjang tempoh PKP ini. Menurut Dr Muszaphar restorannya itu baru sahaja bermula beroperasi kembali setelah lama tutup disebabkan oleh PKP dan dia mengambil peluang ini untuk membuat penghantaran tempahan peminat di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar.
Restoran Rebung itu adalah salah satu usahanya yang bermula sejak daripada tahun 2003 sampai ke hari ini. Kejayaan Dr Muszaphar bukan sahaja seorang angkasawan pertama negara tetapi malah pengusaha restoran daripada tempat biasa sehingga ke hari ini restoran yang sangat besar.
Beliau yang meminati makanan turut berkongsi kisah bagaimana mula menceburi bidang bersama Chef Ismail sejak 2003 lagi dan kenangan pergi ke pasar borong seawal 4 pagi.
Ads
Rata-rata netizen teruja dan terinspirasi dengan sikap angkasawan negara kita ini.
Ads
Tidak kira siapapun kita, selagi mempunyai kudrat kita mesti berusaha keras untuk melangsungkan kehidupan seharian dan mengubah nasib diri kita dan keluarga kerana setiap yang berusaha itu pasti mempunyai hasil kemudian hari, termasuklah usaha berdoa kepada Allah siang dan malam tanpa jemu. InsyaAllah.
Seorang lagi anak Malaysia bakal mengharumkan nama negara apabila disenaraikan dalam 20 peserta di Anugerah Belia Komanwel tahun ini. Menurut kenyataan Sekretariat Komanwel, graduan Biologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah antara 20 pemuda luar biasa termasuk pencipta, aktivis dan usahawan dari 18 negara yang telah disenarai pendek.
Individu yang dikenali sebagai Mogesh Sababathy ini merupakan pengasas bersama Project Ocean Hope, sebuah kumpulan yang diterajui belia yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehlihatan isu lautan dan pemuliharaan alam sekitar melalui kempen dan latihan kepimpinan belia.
Projek Mogesh tertumpu kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SGD) Life Below Water dengan menjalankan projek komuniti pendidikan untuk mengurangkan amalan membuang sampah dan tangkapan ikan yang tidak lestari serta siri webinar celik lautan mengenai pengurangan sisa, yang telah mencapai lebih 10,000 individu di 15 negara.
Menurut BERNAMA, anugerah ini mengiktiraf anak-anak muda Komanwel yang cemerlang iaitu dengan projek mengubah kehidupan dalam komuniti mereka dan membantu mencapai SDG. Lebih 1,000 penyertaan dari 43 negara telah diterima pada tahun lepas.
Mogesh yang dihubungi pihak media mengatakan bahawa pencapaian menjadi finalis Anugerah Komanwel ini bukan kejayaannya seorang, tetapi ia adalah untuk semua anak muda Malaysia yang bersemangat dan telah bekerja keras untuk kelestarian alam sekitar.
“Saya terima berita gembira itu melalui e-mel daripada Komanwel semalam dan saya betul-betul tergamam sebaik membuka e-mel. Saya disaran memohon anugerah itu sekitar Oktober tahun lalu oleh Majlis Belia Malaysia, yang mengiktiraf projek kami dan kami telah bekerjasama rapat melalui Project Ocean Hope sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Komanwel kerana mengiktiraf usaha kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas segala sokongan dan galakan yang berterusan serta menyediakan platform kepada kami untuk membangunkan dan menjadikan Projek Ocean Hope menjadi kenyataan,” katanya.
Anak muda ini baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Biologi Marin dengan kepujian dan kini bekerja sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sementara menunggu majlis konvokesyen yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah rasmi yang akan berlansung 10 Mac 2021 secara maya buat pertama kalinya berikutan situasi pandemik ini. Anak muda paling cemerlang dari lima rantau ini akan menerima Anugerah Belia Komanwel 2021 dan semua 20 finalis masing-masing akan menerima piala, sijil dan £1,000 (RM5,538) untuk mengembangkan impak projek mereka.
Pemenang peringkat rantau akan menerima £3,000 (RM16,614) dan juara keseluruhan pan-Komanwel akan membawa pulang sejumlah £5,000 (RM27,690).
Sama-sama kita doakan agar Mogesh Sababathy memperoleh kejayaan dan pencapaian menjadi salah seorang finalis di Anugerah Komanwel ini pun sebenarnya sudah cukup membanggakan. Daripada ribuan penyertaan dari puluhan negara, rakyat Malaysia antara yang terpilih disenarai pendek.
Pemergian seramai 53 orang anak kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala-402 yang disahkan ditemui di dasar laut perairan Bali semalam masih sukar untuk diterima oleh ramai pihak.
Biarpun tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mangsa insiden, ramai warganet yang meratapi pemergian menyedihkan itu.
Apatah pula buat kenalan rapat mangsa, pastinya mereka sedang dalam fasa berdukacita dan redha dengan ketentuan Ilahi ini.
Dua kisah melibatkan kenalan kru kapal telah mendapat perhatian rakyat Indonesia di mana salah seorang daripadanya merupakan seorang wanita yang sedang hamil dan seorang abang yang kehilangan adiknya dalam tragedi ini.
Hubungan Abang Adik Kandung
Pertalian rapat di antara anak kapal bernama Letkol Irfan Suri dan abangnya, Akhyar Tarfi menbuatkan tragedi tambah menduka citakan.
Tanpa putus terus berdoa, abangnya yang menetap bersama keluarga arwah di Banda Aceh kini terdahulu mengharapkan keajaiban bulan Ramadan ini agar kesemua kru tersebut ditemui semula dalam keadaan sihat.
“Saya adalah anak kelima dan (arwah) adalah anak keenam. Jadi secara tidak langsung hubungan saya lebih dekat dengan Irfan Suri. Irfan orangnya tenang, tidak banyak bicara. Tapi yang paling kuat karakter dia. Dia amat komited dalam menyelesaikan tugas-tugasnya.
“Kalau tidak salah, (arwah) sempat diberikan amanah untuk menjaga bidang kelengkapan dan senjata kerana dia mendapat banyak kepercayaan daripada pasukannya.”
Isteri Sedang Hamil
Kisah seorang isteri kepada anak kapal selam KRI Nanggala-402 mendapat tumpuan setelah ia dikongsikan oleh akaun TikTok bernama @mintasofia_k.
Menerusi video yang dimuat naik pada hari Sabtu lalu, isteri kepada Sertu Bah Yoto Eki Setiawan itu meluahkan perasaannya dan meminta agar warganet mendoakan kesejahteraannya.
Lebih menyedidkan apabila wanita itu juga disahkan sedang hamil dan ‘merasakan’ anak di dalam kandungannya itu juga merindui arwah ayahnya.
Sehingga kini, lebih dari 5 juta orang warganet telah menyaksikan video tersebut dan ia mendapat lebih daripada 600,000 komen.
Rata-rata berharap agar wanita yang baru saja bernikah selama 5 bulan itu cekal berdepan situasi ini dan berharap agar dia kuat menghadapinya dengan memberikan tumpuan kepada keadaan kandungan.
Viral baru-baru ini apabila niat penyanyi dan pelakon cantik Daiyan Trisha yang cuba untuk berinteraksi dengan peminatnya di Twitter cetuskan salah faham?
Daiyan dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap para peminat menerusi satu ciapan yang dimuat naik olehnya pada hujung minggu lalu.
Ish…tak baik tau cakap macam tu dekat Daiyan,
Sebenarnya tidaklah begitu, niat penyanyi itu hanya untuk berinteraksi bersama para peminatnya itu sebaliknya disalah tafsir oleh segelintir warganet yang menggesa Daiyan mengupah designer sendiri untuk tujuan berkenaan.
Selepas menyedari inisiatif untuk berinteraksi bersama peminat mula disalah tafsir sesetengah pihak, Daiyan tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan.
can y’all turn this into an ala-ala parasite poster but with on my way as the title pic.twitter.com/vXoj4igm4d
“Saya mempunyai rekaan poster dan ini adalah hasil kerja yang telah dibayar untuk lagu ini. Saya sentiasa membayar pekerja kreatif dan ini adalah satu tuduhan yang sangat menyakitkan.
Melalui laman instagram miliknya, Daiyan sempat memuat naik hasil kreativiti peminatnya. Lihat sahaja hasil fans Daiyan Trisha ni. Memang bukan calang-calang ye. Siap ada pintu Doremon bagai.
Kreatif kan fans Daiyan ni?
Untuk info, sebelum ini Daiyan ada membekalkan sekeping gambar dirinya bersama pintu dan meminta para peminat menyunting gambar tersebut untuk menjadi seperti poster filem Parasite. Selain itu, dia turut meminta peminatnya memasukkan tajuk lagu terbaharunya bersama poster tersebut.
Ish, apa la korang ni cepat sangat melatah kan. Walaubagimanapun, penulis suka juga cara Daiyan ni sekurang-kurangnya peminatnya boleh menonjolkan bakat tersembunyi tu melaui platform Twitter Daiyan Trisha. Betul tak?
Sumber : twitter dan instagram Daiyan Trisha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!