
Tidak dinafikan, dalam kalangan pelajar universiti pada hari ini, memasak bukan lagi sekadar kemahiran asas untuk berjimat, tetapi ia sudah berkembang menjadi satu bentuk ekspresi diri. Ada yang gemar bereksperimen dengan resepi, ada juga yang memang berbakat dalam menunjukkan kemahiran teknik ‘plating’ yang semakin kreatif sehingga dapur kini menjadi ruang untuk anak muda mencabar potensi diri, terutamanya melalui pertandingan memasak yang semakin mendapat perhatian.
Seiring dengan kemunculan platform seperti Jalen Star Chef musim kedua yang bakal berlangsung Mei ini, persaingan dalam pertandingan memasak dalam kalangan mahasiswa tempatan dijangka lebih sengit.
Justeru, peserta bukan sahaja perlu mahir memasak, tetapi juga bijak menggabungkan kreativiti, teknik dan keyakinan bagi menghasilkan persembahan yang benar-benar menyerlah. Dah alang-alang menyeluk pekasam, meh Remaja kongsikan beberapa tip penting yang boleh dipraktikkan untuk meningkatkan peluang agar hidangan korang nampak lebih ‘tempting’ di mata para juri nanti.
BACA: ‘Healing’ Di Terengganu Sambil Cari Bintang Dapur Di JALEN Star Chef Musim Baharu!

Bahan Ringkas Jadi Hidangan Unik
Dalam dunia pertandingan memasak, penggunaan bahan-bahan mahal bukanlah penentu utama kejayaan. Sebaliknya, jika korang mempunyai keupayaan mengolah bahan asas seperti ayam, telur atau sos biasa menjadi hidangan “super” luar biasa adalah antara faktor yang membezakan setiap peserta. Kreativiti dalam menghasilkan sesuatu yang unik sering menjadi kelebihan besar di mata juri.
Keseimbangan Rasa
Walaupun persembahan penting, rasa tetap menjadi elemen paling utama. Hidangan yang baik perlu mempunyai keseimbangan rasa yang tepat, tidak terlalu masin, manis atau berlemak. Ingat ya! Dalam pertandingan memasak Malaysia, keupayaan menyusun profil rasa yang harmoni juga sering menjadi penentu markah keseluruhan.

Hidangan Yang Kemas & Menarik
‘First impression’ amat memainkan peranan apabila juri menilai sesuatu hidangan. Sebab itu, teknik plating yang kemas, tersusun dan mempunyai identiti tersendiri mampu memberikan impak visual yang kuat. Para chef tidak perlu terlalu kompleks, cukup sekadar memastikan hidangan kelihatan bersih dan menyelerakan.
Bijak Urus Masa & Tekanan
Pengurusan masa merupakan cabaran utama dalam setiap pertandingan memasak. Peserta perlu merancang setiap langkah dengan teliti, daripada penyediaan bahan hingga ke plating akhir. Pada masa sama, kemampuan mengekalkan keyakinan walaupun berada dalam situasi tekanan tinggi adalah asas penting dalam cara menjadi chef muda yang kompeten.

Selain meningkatkan kemahiran memasak, penyertaan dalam pertandingan seperti ini juga membuka peluang untuk pelajar menimba pengalaman baharu serta membina rangkaian dengan individu yang mempunyai minat sama. Malah, ia boleh menjadi titik permulaan untuk memahami dunia kulinari secara lebih serius.
Jalen Star Chef Kembali Lagi!
Lebih menarik lagi, pertandingan JALEN Star Chef kembali untuk musim kedua tahun ini! Remaja bersama kerjasama produk Jalen kini sedang mencari lebih ramai bakat baharu dalam dunia kulinari dalam kalangan pelajar universiti.
Untuk info, saringan akan diadakan di tiga lokasi iaitu UiTM Dungun (Terengganu), UiTM Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan UiTM Puncak Alam (Selangor). Persoalannya, adakah anda bintang yang dicari? Nantikan JALEN Star Chef musim kedua yang bakal berlangsung Mei ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!




















