Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi pengiktirafan apabila dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr ketika berada di Kerala, India.
Perkara mengenai Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr itu dikongsikan sendiri oleh Anwar menerusi Instagram rasminya ketika berada di Kerala.
Penghargaan tersebut diterima Anwar ketika menghadiri Majlis Zikir dan Doa di Markaz Saquafathi Sunniya bersama delegasi Malaysia yang turut menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala serta kira-kira 2,000 penuntut ilmu.
Majlis berkenaan dipimpin oleh Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.
Menerusi perkongsian di media sosial itu, Anwar meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan dan menyifatkan penerimaan anugerah tersebut sebagai satu penghormatan yang cukup bermakna.
Namun, pengiktirafan itu tidak dianggap sebagai kejayaan peribadi semata-mata apabila beliau memilih untuk mendedikasikannya kepada golongan yang selama ini memainkan peranan besar dalam menyebarkan ilmu dan dakwah.
“Saya menerima anugerah ini dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang telah mencurahkan bakti serta jiwa dan raga dalam menyebarkan dakwah untuk mengangkat martabat umat,” katanya.
Dedikasi tersebut memperlihatkan penghargaan Perdana Menteri terhadap sumbangan para ulama, pendakwah dan ilmuwan yang terus memainkan peranan dalam memperkukuhkan kefahaman agama serta menyebarkan ilmu kepada masyarakat.
Ads
Penerimaan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr itu juga berlangsung dalam suasana yang dekat dengan tradisi keilmuan apabila majlis berkenaan menghimpunkan ulama serta ribuan penuntut ilmu.
Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr & Usaha Keilmuan
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus mendukung usaha keilmuan bersama para ulama termasuk menerusi majlis khatam serta pengajian kitab-kitab hadis.
Menurut beliau, usaha tersebut diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Kerala, selain terus menyuburkan tradisi ilmu dalam kalangan masyarakat.
Pada masa sama, kerjasama yang terjalin diharap mampu menyumbang kepada pembentukan umat yang bukan sahaja teguh dari segi keimanan, malah memiliki ilmu yang luas serta akhlak yang luhur.
Penekanan terhadap aspek ilmu ini turut selari dengan suasana majlis yang dihadiri Anwar apabila pertemuan berkenaan bukan sahaja menjadi ruang untuk zikir dan doa, tetapi turut mempertemukan delegasi Malaysia dengan para ulama serta penuntut ilmu di Kerala.
Ads
Hubungan yang terjalin menerusi pertemuan seperti ini juga membuka ruang untuk usaha keilmuan antara kedua-dua pihak diteruskan, khususnya menerusi pengajian dan program yang melibatkan para ulama.
Penghargaan Buat Ulama, Pendakwah Dan Pencinta Ilmu
Dalam perkongsiannya, Anwar jelas meletakkan para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu sebagai kelompok yang turut berkongsi penghormatan daripada Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr tersebut.
Ia membawa makna tersendiri apabila penghargaan yang diterimanya sebagai Perdana Menteri Malaysia didedikasikan kepada mereka yang mencurahkan tenaga dan kehidupan dalam usaha dakwah serta mengangkat martabat umat.
Pengiktirafan berkenaan sekali gus membawa mesej bahawa usaha memperkasakan ilmu, dakwah dan hubungan antara masyarakat Islam terus menjadi antara perkara penting yang diperjuangkan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Dalam konteks hubungan Malaysia dan Kerala, usaha yang disebut Anwar itu turut memberi tumpuan kepada kesinambungan tradisi keilmuan yang boleh diperkukuhkan melalui kerjasama bersama para ulama.
Harapan yang disuarakan bukan sekadar untuk mengeratkan hubungan, malah bagi memastikan tradisi ilmu terus subur dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta generasi akan datang.
Justeru, penerimaan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr bukan sahaja menjadi satu penghormatan kepada Anwar, tetapi turut dijadikan ruang untuk mengangkat sumbangan para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang terus mencurahkan bakti dalam bidang dakwah dan pendidikan.
Perkongsian Anwar mengenai penghargaan tersebut dibuat menerusi akaun Instagram rasminya sendiri ketika lawatan beliau ke Kerala, India.
Sumber : Instagram PMX
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ruangan sauna & spa yang terletak di cawangan Babel, Suria KLCC telahpun hangus terbakar dalam satu insiden kebakaran tengah malam Rabu.
Kebakaran berlaku di tingkat satu Babel pada jam 11.31 malam itu bagaimanapun berjaya dikawal dan dipadamkan oleh 39 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, BBP Pudu, BBP Keramat dan BBP Jalan Hang Tuah yang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.34 malam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Fatta M Amin berkata, anggaran keluaran kebakaran ialah 3×3 meter persegi dengan kemusnahan 100 peratus.
Tindakan tangkas oleh empat buat BBP itu sekaligus berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak ke unit lain dalam cawangan tersebut.
Punca kebakaran pula masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM Kuala Lumpur.
Foto: Bomba Kuala LumpurFoto: Babel KLCCFoto: Babel KLCC
Sementara itu, Suria KLCC dalam kenyataan pagi ini berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Pihak pengurusannya juga sedang berusaha menangani sebarang kebimbangan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteaan pelanggan, premis serta kakitangannya terjaga.
Buat masa ini, Babel KLCC akan ditutup buat sementara waktu sehingga satu pemberitahuan kelak. Namun, pusat membeli-belah itu masih beroperasi seperti biasa.
Pintu masuk ikonik Babel KLCC. Foto: Babel KLCC
Sebagai info, ini merupakan insiden kebakaran kedua yang berlaku di Babel KLCC, sebuah kelab kesihatan dan kesejahteraan ikonik dan inovatif di Malaysia dalam tempoh 20 bulan.
Kali terakhir kejadian seperti ini berlaku adalah pada 21 Ogos 2022 pada bahagian gimnasium dan orang ramai terpaksa mengosongkan Suria KLCC dan bangunan Menara Petronas 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon veteran terkenal, Lan Zailan baru-baru ini disahkan meninggal dunia pada usia 66 tahun kira-kira jam 4.24 pagi pada Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Ruby Sara Omar kepada Sinar Harian.
“Saya dan anak-anak berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Tambah Ruby Sara, Lan atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin dimasukkan semula ke PPUM pada Ahad lalu selepas mengadu mengalami kesukaran bernafas.
Bagaimanapun keadaan semakin merosot pada Rabu dan doktor telah meminta keluarga bersedia dengan segala kemungkinan.
Lan Zailan Ketika Menerima Rawatan Di Hospital
“Mewakili suami, saya minta maaf andai Allahyarham ada salah silap, halalkan makan minumnya. Semalam ketika dia nazak, saya ada pesan supaya dia maafkan semua orang dan dia sudah mengangguk. Jadi Lan juga sudah maafkan semua,” ujarnya sebak.
Dalam pada itu, Ruby Sara turut berterima kasih kepada semua pihak terutamanya peminat Allahyarham yang tidak putus mendoakan dan memberi sokongan sejak Lan disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.
Ruby Sara Yang Menemani Suaminya Ketika Menerima Rawatan Di Hospital
Jenazah akan disolatkan di Masjid As-Salam Puchong Perdana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.
Sekadar info, Allahyarham Lan mula mencipta nama menerusi filem ‘Suami, Isteri dan…..?’ disahkan menghidap kanser itu pada 27 November lalu. Walau bagaimanapun, kanser tersebut sudah merebak ke organ penting lain.
Semasa hayatnya, Lan pernah membintangi drama dan filem seperti Gerak Khas, Zaharul vs Zarina, Takdir Itu Milik Aku, dan Bini-Biniku Gangster.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila kita berada di tempat orang, memang sudah menjadi kewajiban untuk menghormati budaya dan mengikut peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh tempat dimana kita berada.
Lebih-lebih lagi, jika tempat persinggahan itu merupakan tempat suci atau beribadah bagi agama masing-masing termasuk agama Islam yang sinonim dengan ibadah umrah dan haji yang sering dilakukan di Mekah serta Madinah.
Terbaru, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, setiap individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di Mekah dan Madinah boleh dikenakan hukuman berat termasuk bunuh atau potong tangan.
Selain itu, pelaku tersebut juga tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
“Bentuk hukuman itu bergantung kepada jenis kesalahan. Kalau di Arab Saudi kesalahan bagi mencuri dikenakan hukuman potong tangan, maka kena potong tangan”
“Begitu juga bunuh. Kecuali jika mahkamah memberi kemaafan di atas sebab-sebab tertentu, (kalau tidak, perlu) terima hukuman itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada 6 November.
Dalam pada itu, jemaah dari Malaysia perlu tahu bahawa melakukan jenayah di luar negara terutamanya di kota suci Mekah sudah tentu kesannya adalah berdosa besar.
Ia kerana kawasan tersebut sepatutnya menjadi lokasi untuk umat Islam mendapat keberkatan dan mengumpul pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak.
“Mereka yang melakukan jenayah, awal-awal lagi sudah berdosa besar. Dalam Al-Quran juga ada menyebut larangan, jangan membuat onar atau kejahatan di negara orang lain,” ujarnya lagi.
Bagi jenayah penyeludupan dan pengedaran dadah adalah salah satu daripada kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi.
Menurut statistik AFP, jumlah keseluruhan hukuman mati yang dijalankan negara tersebut pada tahun 2024 membabitkan sekurang-kurangnya 106 pesalah dan tujuh daripada mereka yang menjalani hukuman mati adalah berkaitan kes dadah.
Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi turut melaksanakan semula hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah pada penghujung 2022 selepas ia dihentikan hampir tiga tahun.
Sekadar info, sepanjang tahun 2023, hukuman mati telah dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 170 orang, termasuk 33 individu yang dituduh melakukan jenayah berkaitan keganasan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!