Berita

Ikmal Amry Umum Isteri Hamil Cahaya Mata Ketiga, Raya Terakhir Berempat

Share

Khabar gembira buat peminat apabila aktor tampan, Ikmal Amry berkongsi berita bahagia mengenai keluarga kecilnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, dia mengumumkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga, dengan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Menurut Ikmal, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini cukup bermakna kerana ia merupakan raya terakhir mereka sebagai keluarga berempat sebelum kehadiran ahli baharu tahun hadapan.

“Tahun ini, macam-macam Allah kurniakan. Baru 4 bulan berlalu, tapi percaturan-Nya cukup indah, lebih dari yang kita sangka, cukup seadanya.

“Salam Aidilfitri dari kami, tahun ini berempat. InsyaAllah, tahun hadapan bertambah lagi seorang ahli keluarga.” tulisnya.

Perkongsian tersebut sekali gus mencuri perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan keluarga mereka.

Sebelum ini, media melaporkan Ikmal dan isterinya merancang untuk menambah cahaya mata selepas anak kedua mereka berusia tiga tahun.

Katanya, walaupun pada awalnya mereka merancang untuk memiliki tiga orang anak, namun tetap terbuka sekiranya dikurniakan rezeki tambahan.

Untuk rekod, bekas peserta Hero Remaja itu mendirikan rumah tangga bersama Najla pada 19 Disember 2020. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath