Terbaru, seorang penyanyi muda, Alicia Wong Lingling mencuri perhatian di media sosial apabila mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai ketua anggota ‘girl group’ K-Pop terbaru, KIIRAS.
Memetik laporan sebuah berita tempatan, Alicia Wong Lingling atau lebih mesra dengan panggilan Lingling itu mula mendapat perhatian ketika menjadi satu-satunya peserta dari Asia Tenggara dalam program realiti Korea terkenal, I-LAND 2: N/a. Keunikan dan bakatnya menarik perhatian peminat dan media di seluruh dunia.
Dalam pada itu, selain mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan tarian, gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Klang itu juga dikatakan fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Korea.
Ads
Selain itu, beliau pernah menjalani latihan di bawah syarikat YG Entertainment iaitu salah satu agensi hiburan paling ternama di Korea Selatan serta merupakan peminat setia kumpulan popular, 2NE1.
“Saya akan berusaha keras untuk menjadi idola wanita pertama dari Malaysia,” katanya yang terkenal dengan sikap sentiasa bersemangat selain mempunyai personaliti yang disenangi ramai.
Difahamkan, selepas tersingkir dalam salah satu pertandingan mingguan rancangan tersebut, Lingling mula menandatangani kontrak dengan agensi hiburan Korea Selatan, LeanBranding, yang kini membimbing kerjayanya dalam industri K-pop.
Ads
Tidak lama kemudian, beliau mengumumkan melalui Instagram miliknya mengenai KIIRAS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dimana kumpulan itu akan dianggotai oleh Harin (17), Kurumi (18), Kylie (16), Doyeon (16), Roah (13) dan Lingling sendiri.
Ads
Album debut KIIRAS bakal diterbitkan oleh penyanyi-penulis lagu Korea Selatan SAAY, bekas anggota kumpulan EvoL, yang juga berperanan dalam mengawasi latihan vokal mereka. Manakala lagu debut mereka pula akan diterbitkan oleh DEEZ, seorang penerbit K-pop terkenal yang pernah bekerjasama dengan EXO, Red Velvet dan NCT.
Sementara itu, KIIRAS dijangka membuat kemunculan sulung mereka pada 29 Mei ini. Segala perkembangan terkini kumpulan itu juga akan dikongsi melalui saluran media sosial rasmi mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Kehilangan’ pelakon dan pengacara, Sean Lee Jia Ern dari radar industri seni sepanjang bulan Januari 2024 sedikit-sebanyak telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminatnya.
Cuma pada 16 Januari lalu, Sean membuat kemunculan sebentar sempena sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024. Jadi ke manakah Sean sebenarnya?
Sean yang ditemui REMAJA sewaktu acara pembukaan butik COACH di The Exchange TRX baru-baru ini memaklumkan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian lutut ketika bermain futsal, 1 Januari lalu.
“Saya kira inilah ‘hadiah’ tahun baru terbaiklah untuk saya. (Ketawa). Bola itu datang di antara kaki saya dan kaki kawan saya. Dia sedang menendang manakala saya pula cuba menghalang.
“Sebaik sahaja kaki kami berlaga, impaknya terus beralih dari kaki ke lutut. Itu yang saya rasa seakan ada movement pada bahagian lutut.
“Saya segera melakukan imbasan MRI dan bernasib baik apabila doktor katakan bahagian lutut saya tidak terkehel (dislocated). Cuma bila lakukan ujian mikroskopic & ligamen, mereka mendapati ada kesan pendarahan. Itulah punca lutut saya mengeras dan sukar dibengkokkan memandangkan cecair memenuhi liang ligamen.
“Mereka memberi saya suntikan untuk mengeluarkan cecair pada lutut dan lutut bolehlah dibengkokkan sedikit. Malangnya, saya dinasihatkan untuk berehat selama enam minggu dan mengakibatkan saya terlepas peluang terlibat dalam penggambaran filem baharu,” ujar jejaka berusia 30 tahun itu.
Kongsinya lagi, peluang membintangi filem bergenre aksi itu terpaksa dilepaskan kerana dirinya tidak boleh mengambil risiko impak jangka masa panjang sekiranya berdegil untuk meneruskannya.
“Berat hati memanglah berat hati kerana adalah impian saya untuk terlibat dalam projek bergenre aksi pertama saya. Tapi saya faham risikonya. Health comes first dan saya enggan memudaratkan kesihatan saya sendiri.
“Selagi boleh, saya ingin elakkan pembedahan pada bahagian lutut agar tidak mengganggu urusan saya di lain hari. Saya anggap ini sebagai tiada rezeki.”
Kongsi pelakon One Million Dollar Voice itu lagi, dia kini sedang menjalankan rawatan fisioterapi sekerap tiga kali seminggu selama sejam pada setiap sesi.
“Just spending time with myself and recovery. Bayangkan Januari lalu, saya tak boleh tahan dan perlu duduk. Saya tidak mampu berdiri untuk jangka masa lama. I did not feel good if I go out and meet others. Sekarang, keadaan saya semakin pulih,” simpul Sean.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun penularan wabak Covid-19 kini semakin berada pada tahap terkawal dengan penurunan jumlah kes di Malaysia, situasinya tidak sama seperti yang berlaku di luar negara.
Negara jiran kita seperti Indonesia dan Singapura masih bergelut untuk melawan wabak ini. Lalu, perancangan warganegara Malaysia untuk bercuti di negara jira seakan perlu dilupakan, sekurang-kurangnya sehingga tahun hadapan.
Namun, itu tidak bermakna korang tidak boleh merancang percutian lebih awal; bak kata influencer petah bercakap, Tahanee Shauki.
Dalam segmen #RemajaDengarKata yang dibawakan pada minggu lalu bersama Tahanee, penulis sempat untuk berborak mengenai pengalamannya di Yogyakarta, Indonesia untuk penggambaran rancangan Travel For Love bersama TLC (saluran Astro 727), baru-baru ini.
Love At First Sight
Saya sebenarnya jatuh cinta dengan Yogyakarta sebelum saya ke sana lagi. Saya rasa ramai di antara kita yang hendak melawat Yogya setelah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Jadi peluang ke sana itu saya ambil untuk melihat sendiri tempat orang seperti di dalam filem tersebut.
Terkenal Dengan Keindahan
Sebaik saja tiba, saya sudah menggemari energy dan vibe Yogya. Lagipun dengan penduduknya yang ramah dan gemar membantu, ia membuatkan trip kami lebih mudah.
Yogya sememangnya terkenal dengan bangunan bersejarahnya yang dijaga sejak berabad lama.
Korang boleh memilih untuk melawat muzium sejarah ataupun alam semulajadinya seperti pantai Jogan dan pantai Siung. Kata orang, natural wonders.
Pantai Siung.
Jika korang lebih tertarik kepada destinasi alam hijau, mungkin Jurang Tembelan dan Puncak Becici adalah tempatnya.
Borobudur
Tak sah kan kalau kita tak sentuh mengenai Candi Borobudur bila bercakap mengenai Yogya.
Borobudur
Ia adalah simbol kebanggaan penduduk di sana. Borobudur merupakan struktur candi terbesar di dunia dan ia memakan masa 75 tahun untuk disiapkan!
Pada mulanya, Borobudur dibiarkan usang selama berabad lamanua di bawah debu gunung berapi sehinggalah ia ditemui oleh pentadbiran British dahulu.
Saya cadangkan korang untuk ke sana sebelum matahari terbenam and just take in the view. It is just breathtaking!
Apabila korang berdiri di atas candi yang dikelilingi alam semulajadi serba hijau, dan korang boleh mendengar laungan azan Maghrib daripada banyak masjid yang terletak di bawah.
Hutan Pinus
Bagi yang ingin menjauhkan diri sebentar dari bandar Yogyakarta dan suka mengambil foto, korang boleh ke Hutan Pinus!
Sebaik saja tiba, korang akan disambut dengan udara nyaman dan pemandangan pokok pain.
Di sini juga terkenal di kalangan pelancong kerana mereka gemar mengambil foto bersama tree house berwarna-warni, hammock dan di bahagian tebing puncak.
Korang juga boleh berkhemah di sini jika merasakan satu hari tidak cukup to take the beauty of the forest in.
Pantai Parangtritis
Okay, saya tak sempat untuk ke sini. Tapi kenderaan kami sempat melalui sepanjang kawasan pantai ini and it was just as beautiful as shown in Ada Apa Dengan Cinta 2.
Bendi juga kelihatan di bahagian belakang dalam babak Ada Apa Dengan Cinta 2.
Pantai ini terkenal sebagai lokasi romantik untuk korang menunggang bendi, iaitu kenderaan yang ditarik oleh kuda pada waktu senja.
Tak jauh dari situ, terdapat juga air terjun Parang Endog di bahagian hujung Timur pantai. Tak ramai pelancong yang tahu mengenai candi terbiar yang tersembunyi di tebing sebelah Timurnya!
Pemandangan dari Bukit Parang Endog.
Apabila tiba waktu malam, korang boleh melihat bintang-bintang mulai muncul di langit. Bukan senang untuk penduduk bandar melihat langit yang dipenuhi bintang seperti ini, jadi why not korang ke sini dan tenangkan diri sehingga waktu malam.
*
Terus rasa macam nak pergi Yogyakarta kan lepas mendengar cerita Tahanee!
Tapi itulah, kita dinasihatkan untuk tidak melancong ke luar negara sehinggalah tahun hadapan. Adakah Tahanee merasakan perlu untuk kita tangguhkan je semua planning
”Nak tak nak, memang kena demi keselamatan dan kesihatan kita juga. TAPI tak bermakna kita tak boleh merancang itinerari terlebih dahulu.
”Korang jangan sedih kerana tak boleh travel pada tahun ini. Gunakan masa yang ada untuk membuat research mengenai tempat yang dipilih serta aktiviti yang ditawarkan di sana. Tak adalah korang stres dengan last minute plans.
“Penangguhan ini juga memberi kita lebih masa untuk mengumpul bajet lebih. Manalah tahu 5 hari 4 malam tak cukup untuk korang hehe,” kongsi pelajar ini lagi.
*
Bagi korang yang terlepas untuk menonton siri Travel For Love, korang boleh melihat perjalanan Tahanee dan 4 peserta lain ke 5 buah negara di Asia Tenggara di TLC (saluran Astro 727) setiap Khamis, bermula 7 Mei ini.
Siaran terdiri daripada 2 episod back-to-back pada jam 9.00 – 9.25 malam dan 9.25 – 9.50 malam.
Bagi semua peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) atau sesiapa yang pernah menonton filem keluaran Marvel Studios (which is like, er, everyone!), korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ini.
Peluang apa?
Bermula 28 Jun (Jumaat) ini, sebuah pameran yang dicipta khas untuk peminat MCU bakal menemui kita semua di Kuala Lumpur. Julung-julung kali diadakan di Malaysia, pameran yang dinamakan Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini adalah untuk meraikan ulang tahun 10 tahun kemunculan filem-filem kegemaran korang ke skrin pawagam.
Ia bukan saja akan menghimpunkan kesemua karakter utama MCU seperti pameran patung (mannequin) yang lain okay.
Pameran ini akan bersifat interaktif dengan para pengunjung, membawa semula kita ke semua babak menarik filem-filem Marvel sepanjang tempoh sedekad lepas dan mempunyai prop filem sebenar, kostum dan banyak lagi barangan istimewa yang diperoleh daripada pembikinan filem.
Antara tarikan lain yang REMAJA tak sabar hendak saksikan adalah 10 buah galeri yang menceritakan kisah superheroes kegemaran korang. Bermula Iron Man hinggalah Avengers: Endgame. Captain America, Thor, geng Guardians of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel – semuanya akan dipamerkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket di laman web Marvel Exhibition bermula sekarang.
Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini akan diadakan di Pavilion KL bermula Jumaat ini hingga 27 Oktober 2019. Namun jika korang menempah tiket sehingga 7 Julai 2019, korang layak untuk mendapat harga promosi sebanyak 10% seperti di bawah:
Jumpa di sana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.