Seorang ibu kepada mangsa kemalangan maut di Persiaran Senawang 1, Khamis lalu, meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila tidak dapat menerima permohonan maaf daripada keluarga pelaku kemalangan.
Rohani Ab. Ghani, ibu kepada Allahyarham Muhammad Aswari Lotpi berkata, dia tidak dapat memaafkan pelaku kerana anak bongsunya itu sangat rapat dengannya, dan kehilangan anaknya sangat menyakitkan.
Mangsa yang baru berusia 16 tahun itu meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta Honda Jazz pada pukul 8.30 malam di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1.
Ads
Dalam kejadian itu, seorang lagi mangsa, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, juga meninggal dunia, manakala adik Muhammad Aswari, Muhammad Asraf Adha, mengalami kecederaan parah.
Rohani menceritakan bahawa pada hari kejadian, Muhammad Aswari keluar rumah pada jam 3.30 petang untuk berbuka puasa bersama rakan-rakannya dan dia hanya menerima berita tentang kemalangan itu pada jam 8 malam.
“Anak saya dibawa ke hospital ketika saya tiba dan saya pengsan.
“Hiba hati saya ingatkan dia,” katanya dengan linangan air mata.
Selain itu, kemalangan itu turut mengorbankan seorang lagi mangsa, Aisar Azim Abdullah, yang disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada jam 7.23 malam tadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul mengumumkan dalam Belanjawan 2022, kit asas kebersihan diri akan diagihkan secara percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.
Menurut beliau, aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita amat penting dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah.
Sebelum ini, Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi telah pun mengeluarkan kenyataan di Sinar Harian mengenai Kemiskinan Had, terutama sekali mengenai isu wanita yang kurang mampu membuat keputusan untuk hamil dengan kerap bagi mengelakkan membeli tuala wanita selama 9 bulan tanpa memikirkan kos tanggungan anak di kemudian hari.
Buat pertama kalinya, Bajet kali ini memberi penekanan mengenai isu Kemiskinan Haid. 130,000 remaja wanita B40 akan menerima kit as kebersihan diri percuma setiap bulan.
Isu ini mendapat perhatian di media sosial yang rata-ratanya turut berkongsi situasi di mana kemiskinan haid benar-benar berlaku di negara kita.
“Berbulan saya perjuangkan isu Kemiskinan Haid ini tapi baru sekarang retweeted agak dahsyat di Twitter. Baguslah sekurang-kurangnya ramai sudah sedar isu ini realiti dan perlu ditangani,”
“Tuala wanita ini sepatutnya jadi hak mampu milik semua wanita dan percuma bagi yang tidak mampu. Murah bagi anda, mahal bagi orang lain. Apa pun saya gembira isu ini menjadi perdebatan hangat di Twitter & Instagram gara-gara kenyataan saya. Semoga menjadi asbab penyelesaian masalah bagi yang kurang mampu,”
“Tidak kurang juga ramai aktivis masyarakat dan NGO yang arif mengenai period poverty juga menyokong kenyataan saya. Kita akan teruskan basmi Kemiskinan Haid,” jelas Dr. Nurul Ashikin.
Mungkin sebelum ini ramai yang terlepas pandang tentang isu kemiskinan haid kerana tidak pernah terfikir atau melaluinya. Diharap dengan kebangkitan isu ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat, khususnya yang ingin memberikan bantuan kepada golongan susah. Bukan sahaja bantuan makanan dan pakaian, tuala wanita juga wajar diberikan kepada golongan miskin untuk kelangsungan hidup.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini ramai yang merungut dengan fungsi check out di MySejahtera kerana sering terlupa untuk berbuat demikian selepas keluar daripada premis. Kini, masyarakat Malaysia tidak lagi perlu pening kepala kerana sebuah ciri baharu yang dikenali sebagai MySJ Trace telah pun diperkenalkan.
Walaupun fungsi ini sudah diaktifkan, namun ramai yang masih belum cukup jelas dengan cara ia berfungsi. MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth yang akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan penggunaan lain yang turut mengaktifkan ciri baharu tersebut.
Maklumat interaksi yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabila seseorang pengguna MySJ Trace disahkan positif COVID-19, pengguna itu akan melakukan proses memuat naik maklumat interaksi yang terkumpul daripada MySJ Trace pengguna sepanjang 14 hari yang lalu ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.
Berikut kami senaraikan antara perkara-perkara tentang MySejahtera Trace yang korang perlu tahu.
Mengapa ada interaction walaupun korang duduk di rumah sahaja?
– Signal bluetooth boleh dikesan hingga 10 meter tetapi ini tidak bermaksud korang akan dikategorikan sebagai casual contact.
Bergantung kepada faktor-faktor yang boleh menghalang isyarat seperti:
Badan
Alat lain
Kunci elektronik
Kedudukan telefon (dipegang atau berada di dalam poket)
Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?
– MySJ Trace hanya memerlukan pengaktifan fungsi oleh pengguna
– Namun, tidak semua orang akan menggunakan sistem ini. Oleh itu, pihak KKM masih memerlukan maklumat daripada check-in untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan potensi kluster besar.
Kalau korang pelajar atau alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), mesti dah familiar dengan pokok besar yang ada di atas bukit tu kan?
Baru-baru ini, kecoh tentang pokok tunggal yang berusia puluhan tahun itu tumbang menyembah bumi.
Ada yang mengatakan bahawa pokok itu sudah terlalu tua dan daunnya juga dah tak serimbun dulu.
Pelbagai reaksi daripada orang ramai turut dikongsi di laman media sosial.
Bukan saja menjadi ikonik untuk pelajar UPM, pokok besar tersebut juga kerap kali muncul di kaca TV dan layar perak.
Paling diingati penonton adalah apabila pokok ikonik ini menjadi latar belakang bagi filem Lagenda Budak Setan lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.
Selain itu, pokok ini juga pernah menjadi lokasi untuk klip video Di Penjara Janji nyanyian penyanyi terkenal negara, Awie.
Air Asia tidak ketinggalan untuk mengabdikan lakaran gambar pokok lagenda tersebut pada sebuah badan pesawat atas kerjasama mereka dengan UPM pada 12 September 2017.
Tak dinafikan lokasi pokok besar tu memang sangat menarik. Ramai juga pelajar yang menjadikan tempat itu sebagai port ambil gambar time konvo.
Pastinya ia menjadi menyimpan seribu kenangan buat mereka..